Wedding Kak Ija and Abang Aliff

Assalamualaikum bloggers


Apahal pulak gambar aku tetiba ada dekat sini? Hihi saja je nak kasi korang eksaited dengan kadar denyutan tak senormal selalu baca entri aku.


Ya, sudah beberapa hari aku menghilangkan diri. Aku tahu beberapa kerat manusia sudah mula merindui aku. Ya, jangan nafikan. Aku tahu barangkali apa isi hatimu.

Ceitttt, sudah sudah lah Zylee. Orang tak rindu jangan tersua sua. *kecewa dengan drastik secara tiba tiba.

Wehh cuba tengok perubahan dalam blog aku. Cepat cakap! Muwahaha lambat lah. Baik aku bagitahu sendiri. Dengar lagu kita. Apa tu? EEEE JIWANGNYERRRRRRRRRR. Kahkah kfine cakap aku minah jiwang. Maklumlah dalam hati punyalah banyak love terbang terbang macam burung dalam blog ni. Kuikui.

Btw, sebelum apa apa tolong klik INI, pijak SINI, tonyoh lelaju SINI. Thank you.

Sebenarnya aku menghilangkan diri bersebab. Ya, sebab yang sangat munasabah dan tercapai dek akalmu. Dah masuk balik lagu lagu semua. Sudahlah sudahlah. Okay continue balik, aku sebenarnya membawa diri pergi ke suatu tempat. Ceh mengalahkan orang frust aje kau kan? Tak, sebenarnya tuntutan kekeluargaan. Muwahahaha asal ayat aku macam ni pulak ni?

Aku pergi Klang. Sebabnya kakak sepupu aku, Kak Ija menikah masa hari Jumaat hari tu plus wedding ceremony hari Sabtu pulak. Jadi disebabkan keakraban kekeluargaan membuatkan aku tak boleh missed kan saat saat manis kakak Ija kita ni ye. Asal tetiba aku rasa cara penulisan aku skema dengan tetiba ni?

Okay, aku malas nak cerita panjang. Biar gambar menceritakan segalanya. Bak kata Yuna,"Di setiap gambar ada lagu". Jap ada kena mengena ke? Macam tak de je. Haha deiii podahhhh, Zylee. Huhu.

Sekilas di Majlis Pernikahan.

Ni salah satu barang hantaran kak Ija dekat abang Aliff. Ya Allah sumpah eksaited. Wooo wooooo tengok hantaran dorang. Memang nicely. Barang hantaran lelaki aku tak sempat nak ambil sangat. Dah lah datang lambat time dah settle nikah.

Ni tuala jenama Elle okay. Hantaran pihak lelaki kepada perempuan. Sumpah tertarik gila!


Handbag ni tak perasan pulak jenama apa. Kahkahh Zylee oiiii. Kau nak datang majlis orang ke nak buat hal dekat majlis orang? Sudahlah.


Set wangian badan. Dari side tepi aku nampak macam Body Shop punya. Tak tahu lah betul ke tak. Rasa salah -___-


Tu diaaaaaaaaaaaa. Hah aku yang paling jakun rembat coklat ni bebanyak. Maaf kak Ija. Haha.

Nahhhhhh. Blackberry? Wooooo aku pun nak dari Encik Baby. Eh tak boleh lah sebab dia baru beli handphone Sony Xperia sepesen dengan aku. Hew hewww itu pun nak kecoh.

Eeeee siapakah si gadis berkurung merah ini? Si baju merah sedang bergambar. Deiii jangan rosakkan lagu orang lah.

Sepintas lalu di Majlis Persandingan.

Asal tetiba gambar aku pulak ni? Ngeh ngehh ni dalam bilik pengantin. Pengantin tengah tacap mekap time ni. Terjumpa cermin besar gedabak tu yang gelojoh eksaited nak ambil gambar. Tu cousin kita, Siti Zulaikha.

Banyak betul gambar posing ni. Weii orang nak tengok pengantinlahh. Eh jap yang bertudung belakang tu cousin kita jugak, Shikin

Eeeeeee siapa tu baju kuning brownish tu? Awet mudanya! Hew hewww tu mama kita. Sayang mama kewtat kewtat. Asal tetiba ada unsur memerli tu? Haha sorry.

Kenapa dirasakan hari semakin hari aku semakin tembam? Oh noooooooooooooo!

Kenyataannya daku memang tinggi dari dia walaupun daku lagi muda darinya. *Shooooo bangga!

Apa senyum senyum bang? Haha kerek gila kau Zylee. Ni pengantin woiii. Kau tak nampak belakang tu dia ramai back up. Kang dia suruh orang dia belasah acano nasib ekau? Haha.

Ni diaaaa kak Ija yang dinantikan! Huiyo punyalah lama korang tunggu nak tengok gambar dia sekarang baru dapat. Haha nah tatap wajah pengantin sepuasnya.

Time ni aku tengah bengang dengan sorang orang tua ni. Aku nak ambil gambar dia kerek tak kasi. Nasib baik nilai murni aku menghormati orang tua jauh lebih tinggi dari dia. Wa rilekkk pakcik. Nasib baik dah tak ingat rupa pakcik tu. Kita report daddy cool kita. Huhu.

Seriously suka gila tengok dia punya pelamin. Sangat cantik menarik tertarik kau memang pommmm. Haha.


Sorry if tak banyak gambar pengantin sebab aku kena buat kerja bagi goodie bag dekat tetamu. Yang mana ada aje aku upload. Yehuuuuuuuuu, nantikan entri yang akan datang tau. Bye!


2 comments:

Unknown said...

wahh comelnya azi ;)
eh eh ada phone samsung galaxy kan?? fuyooo nak jugak ;3

Zylee Rahman said...

@Nur Aischa
Malu ah camni. Haha.
Tahu takpe. Aku tengok pun jadi jealous gila!

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!