Saya Sudah Kembali!

Assalamualaikum bloggers

Tok tok tokkkkkkkkkk.
Ada orang tak ni? Mana?
Macam sunyi je. Hukhukkkk.


Dan, hello bloggers! Saya dah kembali >,<

Ada yang rindu kita tak? Hihi.


Maaf k semua. Saya amat busy sampai saya tak sedar dah tak update blog berbulan bulan. Aiyooooooo, antara rekod terburuk setakat ni. Haha. Nasib baik followers sentiasa meningkat. Alhamdulillah. Ada jugak orang yang sudi follow blog picisan ni. Hihi. Terima kasih k. InsyaAllah yang mana tinggalkan jejak langkah kat chatbox tu akan di tracking sensorang. Weeeeee.

Banyak benda yang nak cerita tapi tak tercerita. Hihi. Serious payah nak cari time nak update blog. Pasal result SPM, abaikan. Yang penting saya dah buat Mama Abah bangga dengan saya. Sangat bangga! >,<

Dan yang penting, sekarang saya dah berhenti kerja. Dah sambung belajar macam yang saya harapkan selama ni. Macam apa yang keluarga saya harapkan untuk masa depan saya. Nak tahu saya sambung belajar kat mana?

Saya dapat form 6 dan saya terima! Why why? Mesti semua cakap susah kan? Actually ini sebenarnya yang akan mencabar saya untuk berjaya. Cuba cakap belajar apa yang senang? Selagi usaha selagi tu akan berjaya. Itu yang saya pegang.

Saya tak dapat tawaran UPU. Mungkin bukan rezeki saya sekarang ni nak jejak universiti. Tapi akan datang, insyaAllah. Saya juga tak apply politeknik. Teruk saya kena bash dengan Mama sebab tak apply. Saya lupa nak apply poli then the important saya tak minat kemahiran. Saya tak suka dan tak tahu mengapa. Jangan tanya dah. Hihi -__-

Back to the topic, lagipun now Pra-U dah ikut sistem semester. Tak sesusah dulu. Saya nak buat yang terbaik every sem and dapat pointer 3 something ke atas. Setakat ni saya tak tahu apa yang saya nak dalam hidup. I mean cita cita. Sebab kalau yang mana keep in track saya dulu tahu cita cita saya yang nak jadi doktor. Tapi now dah berubah. Maybe saya kena cari something yang sesuai dengan saya. InsyaAllah akan dipermudahkan.


And this is me with Apipah dalam Bilik Kuliah. Hoho, serious bilik ni like dalam Universiti punya dewan kuliah. And I'm shooooo excited at first time. *jakun*


Dari kiri Maizurah, Tasha and me. Hoho semua tak boleh ngorat sebab dah ada. Ehemmm uhuk uhuk.. Haha.


And sebenarnya, 5 Julai hari tu my 18th birthday. Wuwuuuuu Happy belated Birthday to me! Dan more terkejut bila kawan kawan lama and yang baru kenal kat BTHO tu buat surprise party untuk saya. Serious saya terharu. Siap ada birthday card daripada classmates lagi. Wuwuuuuuuuu rasa terharu plus nak nangis time tu jugak T.T


Fine, saya kena baling air, fine saya kena baling tepung. Kecomelan saya hancur gara gara kerakusan mereka membaling segalanya kat saya.


The girls. Thanks korang. Love muah muah. Haha.


Antara ucapan dorang. Ada 5 page semuanya but ni half of it. Terharu masa dapat ni. Huhu.
Actually nak letak gambar kek tapi masalahnya tak ingat save kat mana. Haha. Sadis amat k.

Dan yang paling utama.......


Saya terpilih jadi Pengawas Sekolah bersama Faris, Mirul and Aini. Aini takde pulak dalam ni. Wehuuuuu lepas ni kena garang garang sikit depan student lain.


Okay, ini sahaja yang saya nak cerita sekarang. Saya akan sambung lain. By the way, Selamat Menyambut Ramadhan kawan kawan. Bye bye!

Memperkenalkan Waris Keturunan Datuk Ray dan Datin Kay

Assalamualaikum bloggers


Hilang lagi. Hilang hilang! Kejam, ohhh kejam kejam! Jahatnya kamu, jahatnya kamu!

Semua tercari cari mana menghilangnya? Mana? Mana? Bawah selimut, no no noooo. Bawah katil? Nak main auuu cakk ke? Ke di perantauan? Aicehhh gelabah ah mu ni. Namo dah marah marah nangis nangis hentak kaki cari saya. Hai, saya dah kembali!

Serious saya busy. Lagi lagi raya cina hari tu. Chinese kat tempat saya ambil leave 7 days and saya kena back up kerja dia sampai dia balik sini. Balik surely penat and terus tidur. Dia dah balik saya fever teruk maybe sebab terlalu letih non stop back up kerja dia. Dapat MC 2 days but hanya dapat rehat tanpa dapat menghapdet blog picisan ini. Sob sobbb.
And not just that, disebabkan ghairah nak cepat siapkan lesen, boleh kata setiap kali ambil lesen mesti nak rushing. Balik lesen terus on the spot pergi kerja. And now, I'm losing 4 KG! Ohh my God, I'm tired! Nak berhenti kerja tak sanggup sebab kat situ kerja mudah and tak penat. Agak relax. Macam mano ni?

Okay, tamat sudah sesi meluahkan perasaan Zylee! Takde orang nak dengar mu meroyan prebiu drama sedih keletihan mu. Haha.


Hai hari ni saya nak memperkenalkan waris waris daddy mummy saya. Kenalilah muka dan watak inosen mereka. Sila gelojoh bersama saya teman teman. Mari mari, lai lai laiii laiiiii.

Apa kiss kiss ni? Nak kiss gelak suka pula. Malu lah titeww Mama. Nanti titeww jadi tak sabar nak tawin. Cilap cilappp tak cabar  nak kawin. Heww heww pelempang mari sedebik kat kau kang Zylee. Haha.
Haii daddy saya nama Abd Rahman. Muda muda dulu geng terjun parit dia panggil Ray handsome.
Mummy kita nama Khairom. Geng naik buaian sesama dulu panggil Kay comel.


Dan waris dia yang tercomel ialahhhhhh

ˇ


Hai, saya Zylee Ray. Daddy cool saya nama dia Datuk Ray. Mummy cool saya nama dia Datin Kay. Bila combine nama bunyi nak macam Mary Kay. Kuikuii. Saya waris mereka yang ke 4 yang superb LEGEND tu. *tetiba 

Hari tu ramai tanya "Actually you ada berapa adik beradik my dear? Macam ramai je". Hari ni dengan penuh kegigihan, keazaman sambil makan kuaci, wa bersiap sedia berkorban untuk negara! Woiii minah kau lambat lagi pergi PLKN! Takde kena mengena ni. Ehh silap saya bersedia melondehkan segalanya tentang adik beradik saya. *kenapa macam lucah ni?


Take note, yang muda mudi sahaja warisnya. Jangan salah anggap tentang "cewek" tudung putih. Itu nenek I yayang. Nak ngorat ke? Haha.

Yang lelaki tunggal tu my Along, then kakak yang kedua, nenek I yang uptodate, Zylee comel, and kakak first. Yang depan secotet tu my adik satu satunya.

Mari kita mulakan serangan!


Ini the only hero kat rumah saya, Along or nama dia Shahril. Si gemukkkk. Haha ketinggian agak tinggi tapi gua kalau lompat main jengket jengket boleh sama tinggi. Ohh ladies, sila jangan gatal komen dekat bawah kata abang saya handsome, minta no telefon, nak isi borang lah. Kennot okay? Dia dah 28. Tunggu masa ajo jangg oii. Teringat pulak den time sekolah rendah getek kawan I semua nak ngorat kata brother I handsome. Ohh no no, I tak nak sister I sebaya. Haha.



This my first sis, Kay. Tengok name nak macam mummy kita. Jeless ah cenni! Haha tetiba emo. Ini cewek cengih. Faham tak cengih tu apo? Sila buka dictionary muka surat 4 roman. Okay, ingat tak I cerita yang pasal zaman kanak kanak tu? Inilah my sis yang tepek akak senior berlagak bagus tu. Sila tepuk tangan untuk beliau. "Apa peace peace? Gua lagi kuat daripada peace ni." *ini adalah selingan ayat kakak saya. Okay, dia beza setahun saja dengan Along saya. So kalau rasa yang pernah masuk majalah maskulin ke, pertandingan kacak bergaya pancaindera ke, tolonglah. Saya merayu ni. Sila ngorat dia sebab nanti saya dapat abang ipar kacak. Haha.


Ni my second sis, Shasya. Antara my sis yang sebontot dengan saya. Rapat macam ayam, close macam itik. Apahal masuk semua binatang ternakan ni? Ehem ehem apa tenung gambar dia lelama? Sila scroll ke atas. Tengok awek tudung biru tu lelama boleh. Haha. Okay, my Shasya ni dah 20. Ohh my dah tua dah tua. Yeayy I muda lagi. Haha tetiba. Mulut dia sama macam saya. Celupar and ikut suka nak cakap apa. Ada aku kisah? *ayat Dhanial Yahaya. Almaklum lah nama pun tidur memalam bantal peluk rebut sesama. So genetic code tah pape semua dah tersend antara kitorang. Haha.


Siapakah si kering ini? Haha okay ini my only and never ada lagi adik, Ana. Tapi tak tahu lah kot Mama Abah berangan nak lagi. Haha. Ini antara adik yang mengikut jejak langkah saya kerana mewarisi genetic kekeringan alias kurus kering daddy mummy time muda remaja yang suka naik buai laju laju tu. Huhu. Now saya mula perasan yang mulut dia pun sudah mula naughty naughty nak gedik tiru macam saya padahal baru nak UPSR. Hihihi. Ada yang kata muka saya dengan dia sama. Adakah ya? Ekceli itu normal. Kitorang kan keluar dari mesin fotostat yang sama. Beza cuma tahun aje. Saya keluar tengah belahan perut, dia keluar celah sinun. Haha beza kan?

Cukup lah sikit sikit. Jenuh saya nak cerita semua. Kang takde orang baca, gila sekejap pulak. Haha. Mesti ada yang cakap "Wah ramainya adik beradik!". Trulynya Mama Abah saya aktif! Saya harap saya pun macam tu bila dah kahwin nanti -__- Anyway saya ada promise kan kan? Ingat tak ingat tak? Saya janji nak letak gambar orang yang berjaya teka saya yang mana dalam entri INI.

Mari kita saksikan wajah wajah Ustazah Pilihan Musim Terkini. Huhu



Disebabkan saya tak tahu nak cari gambar korang berdua yang cantik menarik tu, maka saya print screen comment kalian? Hebat bukan? Ada tu nama korang berdua. Haha. Yeayyy, berjaya menepati janji!


By the way, thanks to new followers. 2 minggu tak online, banyak betul orang follow. Thanks okay. Saya appreciate sangat. Saya akan singgah blog kalian slow and one by one. Thanks again. Lots of love from me!

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY

Assalamualaikum bloggers


Hello! Disebabkan ada yang suruh join ini, maka aku pun nak join GA ni. Kalau nak join, sila pantas. Hari ni closing date dia.

Klik banner untuk join.



I nak tag Scha

Hadiah boleh lihat kat empunya blog > The Ladies Photographer

Come join!



Ketika Zaman Hingusan Masih Belum Kering

Assalamualaikum bloggers


Untuk mengelakkan penyakit gila meroyan rindu nak update blog menggegar diri, nah meh saya ubatkan diri sendiri dengan post ni. Hew hewww.

Segala cerebellum, cerebrum dalam kepala otak saya kini sedang mengganas. Mula melancarkan serangan hendap dekat saya gara gara terlalu asyik busy bekerja sampai lupa jaga diri. Seriously, nak update blog time free aje, kepala mula berdetap kencang. Errrrrrrrrrrr.

Hari tu tweet dekat Twitter minta pendapat nak update blog pasal apa. Kepala otak yang tengah jam sebab ikut jalan highway tak ikut KESAS ni tak dapat nak korek korek dalam ni nak update apa biar orang tak bosan usha blog ni kosong takde entri terbaru.

Huhu by the way, thank you Fy kasi pendapat suruh update pasal zaman masa kanak kanak. Check entri tak pernah pun cerita pasal diri time kecil. Terus bangun lepas tidur tadi gigih dengan muka penuh keeksaitedan nak cerita zaman dahulu kala. Hew heww.

Ceritanya pun nya bermulanya. Saya guna aku.

Sejak kecil, aku memang kuat emo. Sikit sikit kalau tak dapat something, mesti menangis sambil hentak kaki. Sebab tu sampai sekarang, orang cakap sikit je terus hentak kaki. Tak tahu tabiat bangang ni datang dari genetic Mama atau Abah -___-

Camera memang sejak azali terlalu obsesi sangat. Dulu camera dekat rumah aku paling canggih dari yang korang ada sekarang ni. Camera ketik ketik sebut 1,2,3 senyum dia bunyi "tenenetnet"! Lagi lagi pakai Kodak Fujifilm dengan ada negatif gambar. Bila dah cuci gambar, yang negatif tu aku sakai gigit gigit macam si rabbit makan carrot. Lepas tu hancus nak cuci lain tak boleh.

Ini antara gambar terbaik keluaran Kodak Fujifilm. Kau tetap dalam anganku, Fujifilm. Err. Ni macam gambar zaman batu aje. Haha langsir pun colour season, Mama tak up to date lagi dengan fashion langsir time ni -__-

Aku teringat Acap hingusan. Mamat yang buat aku pressure sampai nak diserang darah tinggi kalau dia datang dekat aku. 24/7 dia kejar aku. Kat sekolah, dia kejar. Kat rumah dia kejar. Budak tak tahu malu sambil hingus leleh leleh mengaku dekat ayah aku "Pakcik, Acap suka sangat dekat Azie!" Aku terasa seperti "Everyday I want shufffling at muka you." Haha TETIBA.

Seriously, aku rimas dengan dia. Semua geng aku time tu tahu. Kalau aku pergi sekolah, dia follow aku kat belakang. Aku pergi kantin nak makan, dia ikut. Duhhh aku rimas gila time tu! Tapi time darjah 2 dia move. And now sekarang aku rindu nak cari dia balik. Sebab dia antara kawan rapat aku eventhough dulu aku rasa kalau aku ada kuasa Pikachu aku nak je Pika Pika kat dia. Haha.

And masa kecik ni jugak lah, aku dibuli oleh kakak senior kat sekolah agama. Dia halau aku shuh shuhh tak kasi naik bas nak balik rumah. So aku dengan kawan aku Aminah, jalan kaki dari sekolah agama balik rumah sejauh 2 km. What the hell punya kakak. Time tu aku macam nerd sakai sakai baru darjah 1 ikut aje sambil nangis.

Dan dengan sepantas kilat, daddy and mummy cool melancarkan gerakan mencari aku gara gara tak sampai rumah even dah hampir pukul 7 malam. Selalunya kalau naik bas, sampai pukul 5.30. Abang aku terjumpa aku celah mana tah dengan Minah sebab kitorang tersesat jalan tak tahu guna shortcut. Balik teriak macam orang gampangan ngadu dekat Mama. Sob sobbb.

Keesokannya, kakak aku mula menaikkan urat saraf dia maki hamun kakak senior berlagak bagus tu. Tuu diaaaaaaaaaa. Kuwajak lagi kan? Ha nala kakak aku debik kau. Heyarghhh heyarghhhh padan muka! Sambil aku angkat kening tunjuk jari thumbs down kat dia time tu. Hahaha.

Halah, actually aku dah banyak lupa zaman kanak kanak aku. Ini apa yang terlintas dalam kepala otak aku. Maklum lah gerakan involuntari. Tak sedar apa yang aku taip. Haha tetiba.

Hai, jika anda pandai, sila teka saya yang mana. Kalau pandai, saya akan letak wajah anda dekat blog saya dalam post terbaru. Sila gelojoh dengan cepat komen dekat bawah. Haha.

Serasa Jauh Seperti di England

Assalamualaikum bloggers


Hello! Lamanya tak update blog. Last entri merenyam tak berkesudahan. Muwahaha. Rasa seperti nun jauh di ceruk gurun dekat selatan Amazon berkawan dengan beruk sebab lama sangat tak update. Dah rindu aku letttewwww. Haha.

Actually saya busy. Serious busy. Dah lah kantoi teori L. 41/50. Rasa macam "Wehh kau tak baca buku ke? Soalan senang, podah podah!". Tapi saya rasa komputer tu yang suir sebab majoriti yang ambil hari yang sama dengan saya 41. Dah lah, malas nak ingat. Esok ambil lagi sekali. Hope lulus dah. Tak larat nak ulang.

And saya pun dah memulakan tugasan baru. Membesarkan perut di tempat kerja. Huhu. Jumaat hari tu, saya dapat tawaran kerja dekat kedai aiskrim, Gelato Fruity. So peluang right? Takkan nak menolak. Tu diaaaaa, gaji dia masyuk jugak. Ha juling mata tengok. Kuikuii.

Hari sabtu is my first day. Okay, seriously kerja dia very the mudah. Apa punya slang ni? Dan pekerja kat situ ada 2 India, sorang Cina. Okay, dorang peramah. Mudah sikit kerja saya. Sabtu ada yang cuti, so memang ramai customer. Letih, dah lah first day, banyak yang tak dapat tangkap lagi.

Customer pun ada yang macam tak puas hati. Hello bro. Saya baru lagi. Tolong faham, kalau saya lambat sikit. Saya bukannya tak reti pun cedok aiskrim. Cashier register saya tak pandai control lagi. Awak kena lah faham saya. Ingat saya tak tahu awak bebel marah saya dalam bahasa cina?

Ada pulak tu, maki maki saya masa second day. Cakap saya "Awak ni bodoh ke apa? Tak nampak ke anak I nak beli aiskrim? I dari jauh tengok dia depan ni diri nak aiskrim you buat tak tahu aje. Kalau supervisor ada depan ni pun you buat macam ni ke?"

Ewah ewah ni dah lebih. Aku tanya sendiri anak kau, "Dik, nak aiskrim?". Dia geleng geleng. Ha geleng tu apa maknanya. Podah lah. Anak kau salah aku kena? Nasib baik kau customer. Yelah, customer always right kan. *sambil mata pandang ke atas, tangan ke bahu.

Hari ketiga okay. Takde kena maki, kena cerca dengan customer. Machine register yang old fashion tu pun dah power guna. Blender juice yang bunyi macam gedegang gedegung tu pun dah power gegila guna. Nak cedok aiskrim pun tangan dah tak kaku, sebab sejuk sangat. Lepas ni, dah boleh panggil saya "Miss World Icecream". Errrr.

Dan sesungguhnya, saya sekarang benar benar busy. Kalau kalian datang jengah blog saya, please. Saya merayuu sambil hentak kaki, tinggalkan jejak anda dekat blog saya. Dekat chatbox tu paling sesuai sebab saya selalu check. Hm tapi, kalau nak up to date dengan saya, follow twitter saya. Saya rajin tweet dekat sana.

Nak follow, klik burung terbang gelabah dekat blog saya ni. Nasib baik burung ni baik, takde buang tahi bersepah dekat blog saya -___-


Ini masa kenduri kahwin jiran saya. Saya masih dalam mood gatai nak kahwin awal. Nanti boleh dapat anak comel macam ni. Hai, Nur Sumayyah Zahra >.<

Okay, saya chow dulu. Tunggu next entry.


Gegirl, I Said No!

Assalamualaikum bloggers

Saya guna aku.

Selamat datang kepada followers baru. Hew heww terima kasih follow blog gua yang sentiasa merapu basahan ini. Kuikui. By the way, selamat malam awak tu. Ya, awak lah. Selamat malam. Anyeong haseyo. Ktetiba.

Sejak akhir akhir ini hati disagat rasa sayu. Sayu mengenangkan kisah kisah lalu. Oh no no girl, I said no to cry. No no baby don't you cry. Okay, terima kasih Justin Timberlake nyanyi lagu ni untuk aku. Kdiam kalian.

Oh Mama, saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa. Dengan siapa aja Mama. Aduhh duhh.

Dah dah, kita merajuk. Tak nak dah pergi kenduri kahwin. Nanti terpengaruh kalau tengok wedding orang yang superb hebat. Nanti sibuk suruh Mama cari calon hari ni jugak.

Sejak meniti keremajaan ni, aku semakin miang sejajar dengan usia yang semakin menaik seperti kau panjat Gunung Kinabalu. Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi Mama sayang kamu. Err pahal kau minah? Ayat skem sangat?

Dengan itu, gigih beno cakap dengan Mama Abah, "Mama, kita dah boleh kahwin. Yeyyyy!". Bernyanyi girang sambil minta you alls clap your hands pewliss. Dan jawapan balasnya seperti bullets on roof. "No no. Miang sangat ni awatnya? Baru habis SPM jo!". Dengan kekuatan, kepekatan dan kelikatan loghat Perak dan Kedah, dua dua menyerang ke kanan, kiri, depan dan belakang. Tenennnnnneneeneet, pommmmmm.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Shooo sad. Hukhuk. *emoticon sedih

Entah mengapa gatai sangat nak menikah. Calon belum ada. Abah Mama, carikan calon untuk kita boleh? Nak jodoh yang diberkati Allah. Hew heww. Cepat sikit. Dah tak sabar. Nanti berduyun syaitan menangis tengok masa kita akad nikah. Haha.

Alahai kau ni apahal Zylee? Kau ingat kahwin senang macam kau duduk atas pelamin lepas tu orang silat depan kau? Tengah sedap pesilat angkat kaki buka langkah tersepak muka kau. Lepas tu lipstick kau tercelek zretttt sampai ke bawah mata. And then pengapit gigih cari tisu and bedak nak tepek balik muka kau agar omei photographer nak ambil gambar kau lekat dekat studio dia nanti. *err apahal imaginasi aku terlalu berlebih lebih?

Dan dan laki kau buat apa? Cerita sikit. Laki aku? Dia ninja balik pesilat tu. Dia kata, kuwajak hang. Aku tak belai belai bini aku lagi. Ni makan dia. Gedebuk si pesilat yang tak bersalah tapi berslah sebab overz sangat first time silat depan pengantin. Lai lai laiiii laiiii. Muwahaha, okay merepek.
Hm dan kenyataannya semua tak habis habis cakap "Toksah berangan nak menikah. Nak menikah duit kena ada. Takde duit tak jalan. Hang tahu tak payah nak buat kerja kahwin?". Kursus lagi, nak register lagi. Unless kalau kau dapat kahwin dengan anak dato bukan dato ya, kang ada kata aku gatai cari sugar daddy. Takpun cari "DATUK" untuk nenek aku. Hew heww.

Dan Zylee, hentikanlah nak berangan kahwin awal. Calon pun hang belum ada. Pasai apa hang gatai sangat nak kahwin? Shave pun belum sempurna. Lebat lagi. Haha no no kuwajaknya istilah. Masak pun kalah Mr Mama. Dah dah, hang pi belajar dengan anak Chef Wan lepas tu belajar cakap lepas dengan Chef Wan, so nanti kau tak dibuli oleh si suami yang mengado ngado nak itu ini. Haha.

Hang kena pikiaq, kalau ada anak nanti lagi letih hang. Nak kena potong kuku anak. Hang mentah lagi. Pegang anak jiran pun tak larat, ni nak pegang anak sendiri -___- Lagi lagi, susu anak pun kena pandai bancuh. Salah bancuh, disalahkan suami "apa pun tak boleh".

Mama, kita ada baju songket dah. Okay, cun buat baju nikah. Haha. Baju sanding Hatta Dolmat buat. Kita nak kaler pink yang soft sangat. Kau ingat aku tak mampu derr? Pandang gua kecik besar kecik besar pulak ehh? Kerek aa lu.
Bolehkan Mama? Huhu.

Dan aku rasa, Mama akan meroyan malam malam baca blog ni apahal anak dara dia sorang ni gatai miang nak kahwin. Along dah 28 pun tak kahwin lagi -___-. Ish ishhhh.

Mega Giveaway By Cik Bunny

Assalamualaikum bloggers


Morning guys. Pagi tadi bebelek chatbox yang dah lama tak dibelek. Padahal je kan. Baru semalam belek singgah blog orang. Haha.

And sedap belek tu perasan dari blog Cik Bunny invite buat kedua kalinya join Mega Giveaway dia. Thank you Cik Bunny invite kita. Heheh. Baru perasan yang dah 2 kali dia invite. Sorry ya Cik Bunny.




 
Nak join? Klik banner atas tu okay?
 
Tag : Fyka
 
 
Syarat untuk join Giveaway ini :

1) Mempunyai alamat di Malaysia.
2) Buat 1 entri bertajuk "Mega Giveaway By Cik Bunny", copy banner giveaway kat SINI dan linkkan ke entri GA.
3) Letak link sponsor dalam entri :
    * Cik Bunny : Blog / Fanpage
    * Amir Nawawi : Blog / Fanpage
    * Amely Afandi : Blog
    * Mira Miraie : Blog
    * Shawls Gallery : Blog / Fanpage
    * Herba Tihara : Blog 
    * Atienabila : Blog
    * Ika : Blog / Fanpage
    * Kedai Karspersky Online (KKO) : Blog / Fanpage

4) Like and follow sponsor. Done by me. Hehehe
5) Tag if nak. Tak wajib ya?
6) Tinggalkan link entri ke entri Cik Bunny yang INI. Yang lain tak diterima.

Tarikh Tutup : 31 Januari 2012
Juri : Random.org and Cik Bunny

Tutorial : Buat Blockquotes Comel

Assalamualaikum bloggers


Hei guys. Kita kembali dalam segmen tutorial okay? Hari tu ada lah perasan dekat blog tutorial mana tah dia ada buat post about blockquotes yang comel sangat. Tapi sayang, tengok ramai complaint dorang punya blockquotes tak jadi.

Nak tahu sebabnya? Sebab ada sesetengah template yang tak ada blockquote ni sendiri. Kita kena modify dia balik. Tak adalah korang menangis kempunan tak dapat nak buat blockquote.

Before that, ada yang tak tahu kan apa tu blockquote? Blockquote adlah border or frame yang akan memaparkan sesuatu perkataan korang yang important. Selalunya blogger buat tutorial guna blockquote ni lah.
Contoh :

Aku gadis cantik. Hew hewww
Okay, code bawah ni untuk orang yang tak ada blockquote lagi tau. Sebab aku dah modify code tu semua so senang untuk korang yang baru nak buat.

1) Dashboard > Design > Edit HTML. Tekan button F3 dan cari kod bawah ni.

/* Posts
2) Dalam bahagian /* Posts tu, scroll down bawah sekali dan tambah code blockquotes ini.

.post blockquote {
margin: 1em 20px;
}
.post blockquote p {
margin: .75em 0;
}

.post blockquote { background-image:url(
URL BACKGROUND IMAGE BLOCKQUOTES ); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 6px; Border: 1.5px solid #000000 ; margin:1em 20px; }
Tak faham? Tengok print screen ini.



3) Yang Border: 1.5px tu adalah ketebalan frame or  border dia. Boleh tukar ikut kesesuaian
    * 1px, 1.5px, 2px, 3px

4) Untuk code ini #000000 edit warna border frame dia tu.
    * Boleh tukar warna dia dekat sini. Ambil code warna dekat SINI.

5) Yang solid ini adalah jenis border dia. Nak tukar pun boleh.
    * solid ialah garis lurus seperti ini _____
    * dashed ialah garis putus putus -------

6) URL BACKGROUND IMAGE BLOCKQUOTES ni korang edit lah tukar dengan background yang korang nak. Boleh cari dekat Photobucket or Glitter Graphic. Kalau susah sangat search aje dekat Google Image. Banyak jugak lelawa. Kalau ambil dekat situ, korang upload dekat Imgur then ambil code Direct Link okay?

So korang dah siap! Ada pape, terus bagitahu saya okay?


2012 Yang Menjelma, Selamat Melabuh Langsir 2011

Assalamualaikum bloggers


Hai semua! Saya lah Zylee. Hek eleh hek elehh saya tetiba rajin nak update blog. Cepat lah teruja sikit. Hew hewww. Yelah entri terakhir untuk 2011. Bukan entri terakhir untuk segalanya okay? Take note anda yang kacak dan comel itu. Heheh.

Saya shooooo excited ni nak update blog pasal azam 2012. Halah saya tahu saya ketinggalan. Ramai dah update blog pasal 2012. Whine up selalu cakap "biar lambat asal alright". Haha.

Sebelum apa apa, saya nak minta awak semua tekan INI, INI and kalau nak join klik INI. Big thanks to all of you. Sedekah sempena 2012 right? Hihi murah rezeki you alls.


Sebelum kalian buat muka tak siuman nak baca entri ni, baik pampang gambar yang comel supaya kalian OMG you are shoo shooo prettay. Dah ni kenapa typo pulak? Overzz kau nyah mengaku kau comel -__-


Ramai yang wish text ucap Happy New Year. Terima kasih kalian semuanya. Appreciate sangat. Sampai kan si Fiona ni ha text text suruh update blog pasal azam 2012. Hey Jemah oii, aku dah tulis kat Twitter pun tak cukup? Kelaaaaaaasss kau Mah. Nasib baik, gua hargai peminat. *kperasan!

Azam Pertama : Gua nak kurus wehhh!

Kenapa kurus pulak ni? Siapa cakap saya bab bab debab angkat tangan pewlishhhh? Saya nak tahu. Hukhuk. Saya rasa saya dah naik sikit. Kau lah ni Siti Inoi. Bagitahu cheq buat apo? Kan cheq dah sontap 7 hari 7 malam pikiaq debab lagu mana? Haha. Takpe, berat badan gua masih ideal. 43 kg. Okay cun nak jadi model ngetopp plus masih bisa terbang akibat tiupan angin kencang. Zetttt. *Abah lah ni suka cakap aku kering sampai boleh terbang difuh fuh angin.

Azam Kedua : Nak tinggi lagi!

Berangan nak ketinggian macam Erra Fazira. So nanti boleh berlagak masuk Miss World Jahanam pe jadah. Kang buku lima naik dekat muka. Hew heww. Ada yang nak beri tips supaya saya tinggi? Saya tinggi jugak but nak tinggi lagi. Takat 165 cm payah lah. Pelis kasi idea cemana nak tinggi. Sob sobbb.

Saya tahu kenyataannya saya memang tinggi -___-

Azam Ketiga : Complete lesen motor dan kereta

Hek eleh hek elehh mu baru nak buat lesen ke? Jangan ketawakan gua derr. Gua dah lama nak buat lesen tapi Mama takut sebab gua terlampau kering masa form 4. Dia takut gua tak larat nak bawa motor -____-. Haha, bila ingat balik pun saya rasa macam nak ketawa pun ado. Haha, tak kira. Saya nak siapkan lesen B1 and D sebelum Cakling habis PLKN. Kau tengok kau tengok. *muka berlagak.

Azam Keempat : Boyfriend baru

Boyfriend baru, please come to gegirl please. Haha ni kenapa menunjukkan keterdesakan dalam meniti usia usia yang semakin menaik seperti lif?. Haha okay saya merapu. Actually, saya dah putus dengan sayang saya. Dah 2 hari. Saya akan cerita dalam entri lain. Udah jangan bikin gua kesel hingga gua menetes air mata kerana dia.

Azam Kelima : Terus beribadah

Yang ini focus utama saya. Goal untuk Malaysia yang pertama >.< Silap goal pertama untuk achieve. Selepas penghijrahan ini saya hope yang saya akan terus kekal dengan penghijrahan ini. Sila doakan saya bersama sama tau. Saya perlu sokongan yang padu dari side kanan dan kiri. Kenapa dah macam bola ni? *pengaruh Jozan dalam MLM akhir -___-

Azam Keenam : Result terbaik

Saya punya semangat untuk berjaya. Kenapa ayat seperti perempuan innocent je? Haha. Okay, overall tahu saya lepasan SPM. Dan sudah semestinya saya mahu yang terbaik untuk result so saya dapat capai cita cita saya selama ini. Apa cita cita nya tu? Berjaya jawab dapat 10 sen. Kuikuiii. Saya harap result ni dapat mengubah hidup saya ke jalan yang bukan bengkang bengkok T.T


Saya rasa cukup lah tu. Banyak banyak nak buat apa. Kang tak ado orang baca. Muwahahaha. Okay sebelum terlewat Happy New Year 2012. Wish you guys have a better life than the past years. Love from me, Zylee Rahman