Lagu Sedih

Salam pembuka bicara. Setelah lama menghilang, ku ingin mengupdate blog. Namun, bukanlah perkhabaran gembira yang mahu aku ceritakan. Aku tidak tahu mengapa harus begini :'(


Pengorbanan? Apakah itu? Sesungguhnya aku juga sedang melakukan pengorbanan. Pengorbanan yang sia sia. Kerana pengorbanan tersebut langsung tidak memberikan apa apa kesan pada diri ini. Entah mengapa aku telalu berduka mengenangkannya. 

Tidak salah untuk kau melakukan pengorbanan tersebut. Tapi tidakkah kau tahu pengorbanan yang kau lakukan itu hanyalah sia sia? Ianya hanya membuatkan ku berasa sungguh kecewa. Sungguh! Apalah ertinya pengorbanan itu jika hati sendiri tidak merelakan?

Aku tidak sekuat dan setabah orang lain. Kerana aku punya sekeping hati yang sering dikecewakan. Aku sudah lali dengan semuanya namun aku masih tidak kuat untuk menghadapinya lagi. Aku juga tidak mengerti mengapa diri ini harus begini. 

Padamu, pengorbanan ini demi sebuah persahabatan. Aku tidak menyalahkanmu kerana melakukan pengorbanan itu. Tetapi perlukah kamu melakukan pengorbanan sejauh itu? Pengorbanan yang kau lakukan itu langsung tidak terkesan buat diriku. Malahan aku makin terasa kecewa denganmu.

Walaupun dia sahabatmu, dan kau mengatakan padaku bahawa kau sayang akan dirinya, kau tidak seharusnya melakukan ini. Adakalanya kita terpaksa memilih untuk melakukan sesuatu yang kita inginkan. Kau memilih untuk melakukan ini. Tetapi adakah kau fikir apakah perasaanku dan juga perasaanmu?

Kau kecewa, aku juga kecewa. Siapakah yang gembira? Tidak ada sesiapa. Mungkin pada kau, aku akan gembira. Namun tidak! Walaupun kau melepaskan aku demi seorang sahabat, adakah kau berfikir aku akan pergi padanya? Cinta dan sayang aku tidak murah untuk senang pergi kepada orang lain. Sekali cinta, selamanya cinta.

Aku sudah mula menyayangi dirimu. Apakah yang harus aku lakukan kini? Bagaimana untuk aku melupakan segalanya? Aku tidaklah semudah itu untuk melupakan semuanya. Sekali sudah jatuh sayang, aku akan pertahankan. Tapi bagaimana untuk aku pertahankan sekiranya engkau sendiri yang tidak mahu?

Aku masih tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku masih menunggu jawapanmu walaupun pada ketika itu kau sudah bahagia bersama yang lain. Aku sentiasa mendoakan mu walaupun aku tidak bersama dirimu. Kau ingatlah daku walaupun saat itu kau sudah bahagia.

Siapalah aku untuk memaksa. Aku tidaklah setegar karang. Kadang aku rapuh, lemah tidak berdaya. Mungkin ini jalan yang kau rasakan terbaik buat kita. Aku pasrah atau mungkin aku redha. Dua perkataan yang membawa makna yang berbeza. Aku pun tidak pasti sama ada aku merelakannya ataupun tidak.

Aku percaya mungkin Allah ada perancangan yang baik untuk aku dan dirimu. Aku tak menyalahkan sesiapa. Allah sudah menetapkan begini maka aku harus terima. Siapalah aku untuk melawan takdir yang telah tertulis. Mungkin cinta dan sayangku pada Allah belum cukup kuat maka Allah mendugaku sebegini. Aku tidak salahkan Tuhan. Simpang malaikat. Aku akan terus berdoa untuk kau. Berdoa semoga hidup kau bahagia dunia dan akhirat kelak.

Menitis air mata untuk kesekian kalinya. Entahlah. Aku cuba untuk tidak menitiskan lagi air mata namun air mata juga tidak mahu berkompromi. Aku berdoa semoga Allah kuatkan aku. Kuatkan aku untuk hadapi semuanya seorang diri. Kuatkan aku untuk menjawab exam sem 2 dalam masa terdekat ini. InsyaAllah.

 

Aku sentiasa ingat akan dirimu walaupun kau mungkin tidak lagi memikirkan diriku. Ku berharap hanya satu, moga kau bahagia. Bahagia dengan pengorbananmu ini.