Wahai Kaum Adam, Kenalilah Diri Wanita!



Selamat petang wahai kalian semuanya. Ewahhh, sekarang ni semakin serius ya dengan dunia blog Cik Zylee sorang ni. Kalau mampu, nak update aje blog ni setiap hari sampai 10 entri. Memang kelaaaaaaaaaas kan? Tapi nak buat macam mana? Eshhhh Piiii Emmmm saya dah dekat wakk. Saya kena fokus lebih. Lagipun saya dah berjanji yang saya akan stop dari dunia blog start daripada 2/11/2011 - 30/11/2011. Harap semua tak bosan menanti entri saya selama saya tak ada okay? Hihi.

Eh ehh apa kaitan dengan entri tu. Jap nak ulang again. Apa yang kita nak kena kenal dengan hati perempuan ni? Ceittttt. Sabar, bertenang. Satu persatu tau. Jangan gelojoh, nak cerita lah ni. Entri ni panjang meleret leret. Kalau tak tahan sangat, cuba bawak bertahan dan jangan tekan pangkah atas tu. Nanti saya keciwa. Hihi, mari kita mulakan.

1) Perempuan yang sedang bersedih tetapi tidak menangis sebenarnya sedang menangis dalam hatinya.

Eh yeke? Memandai aje awak ni kan Zylee. Tak, sumpah saya tak tipu. Hihi. Ini adalah fakta sebenarnya. Perempuan tu sebenarnya tak nak tunjuk pada sesiapa bahawa dia seorang yang lemah. Elehh yelah selalu korang fikir perempuan ni sikit sikit nangis nak tunjuk depan korang. Konon nak publisiti murahan korang kata. Tapi wujud tau jugak perempuan yang menangis dalam hati sebab tak nak orang lain melihatnya.

2) Perempuan tidak akan melupakan sesaat pun wajah lelaki yang telah menambat hatinya.

Takkan ini pun korang nak kata aku tipu. Perempuan ni lumrah pintu hati dia senang diketuk. Sebab tu lah sekali kau datang dalam hidup dia, dia takkan pernah ingat jantan lain selain korang. Hewww, and sebab tu kalau korang perasan certain perempuan bila dah break dengan pasangan dia, dia takkan mudah lupakan ex dia tu. Take time gitu.

3) Perempuan akan cepat cair jika sang jejaka merenung tajam ke dalam matanya.

Hikhik ini aku admit lahh. Lagi lagi kalau perempuan tengok lelaki yang mata menggoda lagi cepat cair. Macam aku bila renung gambar Aaron Aziz lelama confirm terbawak bawak mimpi. Rasa macam dia cakap dekat aku, "I LOVE YOU SO MUCH ZYLEE. MUAH MUAHHH". Haha. Yelah and disebabkan itu lah ramai dekat luar tu perempuan senang ditinggalkan dengan lelaki pesen ni.

4) Perempuan suka meluahkan apa yang dirasa tanpa menyimpan sensorang dalam hati.

Perempuan ni jenis yang mudah meluahkan apa yang diorang rasa. Tak kisah lah melalui apa pun caranya. Kekadang diorang guna, muzik, lukisan dan tulisan untuk diorang luahkan apa yang dirasa. Macam aku dulu dulu guna kertas aje nak tulis surat kat pakwe luah masalah. Kekadang tulis dekat atas pasir guna batu. Sekarang dah canggih pakai super savers. Haha advance dah dunia sekarang kan?

5) Perempuan tak suka lelaki menggunakan perkataan yang membuatkan mereka rasa tak guna.

Hewww ni memang salah. Namo buat dah macam ni lepas ni tau. Hihi. Okay perempuan ni tak suka korang guna perkataan yang tak baik kepada diorang. Itu membuatkan diorang rasa "Ishhh tak berguna lah aku. Bukan nak jaga pakwe aku leklok. Mamat ni pun bikin malu aku je". Ha kan dah dapat masalah baru.

6) Perempuan paling benci lelaki yang mendekati mereka kerana nak tunjuk pada kekawan dia dapat perempuan cantik.

Ha ni lagi satu masalah. Aishhh korang ni. Cari lah perempuan seikhlasnya. Ni korang nak dekati dia sebab dia cantik then nak menunjuk depan kekawan yang kau dapat awek lagi cantik dari dorang punya. Apa lahh. Dah sah sah lah perempuan tu ingat kau ni menade nak menayang dia macam koleksi Barbie doll.

7) Perempuan inginkan lelaki yang mencintai dia bukan yang dicintai dia.

Faham tak maksudnya? Okay means perempuan ni lebih suka lelaki yang menyintai dia sepenuh hati banding diri dia. Ala contohnya lelaki tu sayang dia 100% yang dia 90% je sayang lelaki tu. Tapi for your info lah, sebenarnya ni yang membuatkan hubungan korang berjalan baik. Trust me! Hihi.

8) Perempuan mudah teringat kekasih lama dia, tetapi kekasih terkini akan tetap di atas.

Apa maksudnya itu? Okay perempuan ni cepat sangat terkenang zaman dahulu kala dia tu. Saat saat dia dengan boyfie lama lah sonang cerita. Tapi korang jangan risau! Kang ada yang hentam aku. Haha. Nama korang tetap yang paling latest dalam hati dia. Dia takkan mudah singkirkan nama orang yang berjaya mencuri hati dia waktu tu. Korang lah pojaan hati dia. Kihkih.


Hm so apa pendapat korang? Actually aku sengaja post ni sebab now banyak jugak follower aku lelaki. Nak appreciate diorang plus bantu diorang. Hoho. Okay lahh. Tengok pic di bawah. Mana tahu lepas ni boleh jadi sesweet macam tu. Nantikan post aku yang lain akan datang. Bye byeee

2 comments:

Unknown said...

wahh advanced azi ya bab bab cinta ni. hehe bagus2, bestlah baca. paling gemar yang no. 2,3,4,5,7 n 8. hahah

Zylee Rahman said...

@Nur Aischa
hikhik kerja part time ni jadi doktor love lepas habis SPM. haha.
kan kan? kenyataan right? hihi

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!