Saya Nak Cerita Pasal Ehem, Cepat Tekan!



Menonong laju semua tekan entri aku kalah Schumacer nak lawan dekat litar. Kahkah. Semuanya gara gara title entri yang superb bajet tu. Eh tahu ke ehem tu apa? Pakwe lah Zylee oiiiiiii! Eh gatal ya awak ni. Laju aje bab macam ni. Kecik kecik dah gatal nak tahu pasal couple. Siap pandai sebut PAKWE. Haha. Yelah, kekawan asyik tanya macam ni

Mana kau kenal baby kau? Cer citer!

Eh akak, dah ada pakwe baru? Bagilah tahu siapa

Alah Zylee, tulis lah dekat blog pasal pakwe you. I nak tahu sesangat!


Ewahhhh semuanya pakat nak tahu. Actually ikut hati tak nak cerita. Yelah aku tak nak show off dekat sesiapa pun. Nanti orang kata sengaja nak menunjuk. Eleh kau ni, baru ada pakwe dah kecoh? Kau ingat kau laku sangat? Ha tengok tu. Tu sebablah aku tak nak cerita apa pun.

Beginning nya cenggini. Masa tu aku baru aje menjinakkan diri dalam Facebook. Ceh ceh cehhhh niat di hati dengan penuh keazaman yang tinggi nak cari kawan seramai yang mampu dalam Facebook sampai nak terkoyak poket baju sekolah kalau boleh isi dalam tu. Aku dengan kegatalan yang amat sebab nampak muka dia yang tersangat handsome plus macho dengan pantas terus send request dekat dia. Dalam hati mula terdetik, "Eh dia nak approve ke aku? Muka handsome, aku tak berapa comel pun. Nanti dia tak approve malu nak letak mana muka awet muda ni. Hew heww". *P/S: Aku bukan pentingkan rupa okay. Tah tetiba bila nampak muka dia terus tangan gegatal sesangatnyew nak send request dekat dia.

Dua hari lepas tu aku online, nak tahu apa? Dengan terkezutnya tengok dia dah approve plus dia hantar dekat wall "Thanks add I. Jangan sombong okay?". Tu kira ayat standard lah kan. Hikhik. Tengah sengih sensorang ingat nak reply wall dia tetiba dapat IM. Bila tengok nama dekat IM, rasa macam jantung nak tercabut lepas tu cantum balik. OH HEM GEE, OHHHH HEMM GEE! Dia hantar chat. Cenggini dia hantar "Morning sweety. Have a nice day!" Ewah eksaited kemain aku ni, terus reply "Morning handsome. Awal online?". Ceh aku pun pandai ayat nak manis aje.

Hihi terus kitorang layan chat. Lama jugak chat dengan dia. Macam macam lah kitorang borak. Tanya itu, ini lah. Eleh wehh standard punya soalan aa. Memang masa tu aku rasa dia ni happening sesangat lah. At last lah, aku cakap dengan dia nak off sebab masa tu aku nak keluar dengan kekawan aku dekat KL. So aku cakap macam ni "You, I nak off dah. Later we chat again okay? Bye". Dia terus lelaju hantar, "I nak number you boleh?". Aduhai aku dengan perasaan yang berbelah darab terus reply "017-XXXXXXX, janji jangan kasi sesiapa pun." Haha macam budak kecik punya text pulak. Then dia terus reply "Thanks, nanti I text you." Aku pun terus off.

Then masa tengah nak bersiap lelawa tempek bedak berinci inci, blusher semerah merah yang mampu, lipstick kalah retis, tetiba sampai text, TIT TIT! Dalam hati, terdetik "Sibuk lah text ni. Aku nak mekap cantik macam Dato' Siti pun tak boleh. Kacau aje". Aku pun dengan muka terpaksa sampai orang rasa macam nak baling tepung terus pergi ambil handphone yang tengah charge tu. Bajet charge macam keluar jauh sangat padahal dekat KL je pun. Unknown number text. "Hai you, ni I ******." Wahh terus terloncat macam orang gila bila dapat text. Dalam hati mula cakap, "Jakun aa kau ni. Bukan retis pun yang hantar text dekat kau." Aku pun dengan advancenya terus reply, "Hai babe! Dah breakfast?" Ece ceh cehhhh. Tadi time sampai text punyalah mulut kau cakap memacam Zylee, bila tengok siapa hantar terus ngengada eh kau. Haha.

Hm dalam aku otw nak pergi jumpa kawan aku tu pun aku asyik text dengan dia aje. Sampai dekat KL pun memang tak renggang handphone dari tangan. Selalu simpan dalam poket aje sebab tak ada orang nak text. Amboi bila ada orang text terus lupa daratan sampai tak nak berenggang dengan handphone. Masa tu, nak pergi toilet tacap mekap pun handphone pegang, nak telan burger dekat McD pun handphone tak renggang, tengah pilih baju pun handphone dekat sebelah. Masa tu rasa macam dah angau sangat dah. Kahkah. Makin lelama text makin rasa something dengan dia. Percaya? Percayalah wehh.

Bukan takat situ je lah aku text dengan dia. Sampai dekat rumah pun sama. Nak makan handphone letak dalam poket. Sambil telan sebutir sebutir nasi tu, tangan kiri di bawah memainkan peranan me-reply text beliau. Haha, takut kantoi mama bising tu yang terpaksa macam tu. Silent mode tetap tidak dilupakan set pada handphone tu. Jangan heran lah kalau aku cakap aku siap bawak handphone masuk bilik air bila aku nak mandi. Semangat berkobar nak balas text dia. Takut dia menanti bosan tunggu aku reply ke tak. Bukan apa sebab aku betul betul seronok lah masa tu text dengan dia. Memang tak bosan. Ada je benda nak borak. Boleh dikatakan aku sudah mula obses pada dia waktu tu. Hew hew.

Hah nak tahu bila first jumpa? Keesokan harinya coincidently lah aku nak keluar dengan geng sekutu aku. Then tetiba tangan gegatalnya pergi ajak dia sekali keluar. Apalagi, dia pun "Okay, sayang!" Dengan muka penuh keterujaan sebab seronok dipanggil sayang, aku pun dengan pantas menyiapkan diri secantik cantik boleh. Kononnya tak nak sang jejaka nampak muka aku comot kalah gajah tak mandi. Sesampai aje dekat tempat dituju terus call "Babe, ada di mana?". Sang pria terus membalas "I fetch you. You ada dekat mana?" dan bla bla bla punya cakap. Masa tengah tunggu dia tu, terkejut tetiba ada orang serang dekat belakang. Terus muka pucat tak berdarah pandang orang tu. Masa tu nafas yang aku sedut pun tak terasa. Ceh wahh. Dia pun kelu aje tengok. Terus aku tanya "Macam mana you boleh cam I sedangkan you dari belakang?" Dia pun terus jawab, "I know all about you. I tahu you macam mana." Ehhhhhh, lagi sentap aku bila dia cakap macam tu. Dalam hati mula berdetak, apa sebenarnya yang dia maksudkan?

Sejak daripada hari tu, hampir setiap hari kami texting, calling. Aku daripada kaku dan kelu tak tahu nak cakap bermadah helah dengan dia terus pandai. Sudah pandai menggunakan perkataan "sayang", "baby", dan macam macam lagi. Lagi lagi dulu skema cakap I, you aje and perkataan sayang tu tapi sekarang dah pandai dia kerek sama wa. Kekadang dia bahasa kau aku. Bila dia marah aku mula mulut dia cakap aku bangang, senget dan memacam lagi. Ehh jangan ingat aku diam aje. Aku pun cakap macam tu jugak dengan dia. Ha brutal tak kami? Haha.

Sebenarnya sudah banyak kali dia ajak aku couple. Tapi aku cakap SAYA PERLU MASA = SPM. Haha sebenarnya aku lebih fikirkan masa depan aku and lagipun aku sudah pernah berjanji dengan diri sendiri, takkan bercinta sampai habis paper SPM. Aku suruh si pria tunggu dan dia sanggup. Walaupun kekadang aku rasa seperti menyeksa dia dan suruh dia cari perempuan lain namun sikit pun dia tak nak berpaling pada aku. Deyyy aku tak pakai ubat guna guna okay? Hihi. Dia yang batak aku. Kahkah. Okay, sayang sejujurnya I sayang you sesangat. I harap you pegang janji you. Thanks being one of my life.

P/S : Thanks to Kak Lyssa. Hihi


Nah baby, I senyum untuk you. I lappp chiuuuuu. Cepat senyum balik. Kihkih

2 comments:

Nur Aischa said...

pewittttt hahaha omg omg! xD so sweet,hope korang menjadi k lps spm nanti ;)

Zylee Rahman said...

OMG malunyaaaaaaa. Haha terima kasih scha. InsyaAllah kalau Allah dah tetapkan macam tu

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!