Saya Bukan Perempuan Jenis Begitu!



Hai dan selamat petang bloggers sekalian. Untuk makluman, entri ini ada berunsur geram dan sakit hati. Mungkin ada bahasa kesat yang akan dikeluarkan. Maafkan saya andai ada sesiapa yang terasa atau mahu mempertahankan hak dan prinsip mereka jika mereka membaca entri ini. Jika anda tidak sanggup membaca entri ini, sila tekan butang pangkah pada bahagian atas dan blah dari sini. *Maaf, belum start apa apa sudah marah. Watlek Zylee. Chill lah. Cool down bebeh. Biasalah kalau marah dah menguasai diri memang cenggini. Ya dak?

Okay actually aku nak tanya pendapat korang sekalian.


Korang suka orang yang korang tak kenal hantar mesej lucah dekat kau?

Kau suka dia anggap kau perempuan murahan?

Kau suka dia rasa macam kau ni serupa anak patung Barbie yang beli dekat pasar malam belakang rumah yang koyak dalam masa 2 hari dan throw macam tu aje?

Kau suka orang pijak kepala kau macam kau tu tak ada harga diri?

Kau suka orang kata kau ni macam perempuan tepi jalan yang boleh diorang kutip macam itu aje?

Kau suka dianggap perempuan yang tah apa apa punya perangai tu?


Okay korang jawab soalan atas. Korang suka? And aku dapat agak mesti tak suka kan? Sama macam aku. Aku tahu apa jawapan yang korang beri kalau benda ni semua jadi dekat kau. Kau mesti cakap


Saya tak suka orang macam tu. Dia ingat saya ni hape dia nak buat cenggitu

Kau jahat! Kau ingat aku ni perempuan jalanan ke?

Saya ada maruah, saya ada perasaan yang perlu dijaga. Hati saya hanya sekeping. Tolonglah faham!


Hah see kan? Perempuan tak suka lelaki yang cakap benda yang carut marut ni depan mereka. Mungkin bila lelaki tengok perempuan ni macam boleh terima apa yang diorang cakap tapi sebenarnya jauh panggang dari api. Hah kan dah bermadah helah aku ni. Okay mungkin kau nampak aku ni macam perempuan yang bersosial dan boleh terima apa saja yang kau cakap tapi sebenarnya tak! Tak tau. Kau mungkin fikir aku ni seperti perempuan jalang atau apa apa istilah yang sesuai. Tak wehhh! Kau tak kenal aku macam mana.

Adakala aku terfikir mungkin mak atau ayah kurang beri didikan pada anak dia. Tapi nak salah truly pun tak. Yang anak pun gatal. Setiap hari bukak laman web lucah kau tengok orang tu kong kek sana sini. Sebab tu hormon ADH plus Testosteron kau mula regulate dan terangsang. Tu yang kau kata stim lah sangap lah. Dan yang jadi mangsa perempuan. Oh mungkin lah kau sebelum ni pernah minta dekat awek kau, then dia bagi aje. Tapi kau jangan ingat aku macam tu. Tak mo tak mo. Saya bukan perempuan macam itu. Contoh mesej macam bawah ini.



Hah nampak tak? Tak nampak klik gambar. Okay mamat atas tu hantar dekat account Tagged saya "hi awk..sye stim laaa :(". Okay ayat dia tu saya ambil tanpa pengubahsuaian okay. Nanti awak semua tipu cakap saya ubah suai saja nak kejar hot ke hape. Tak tipuuuuu saya tak macam tu. Okay faham? Aku balas "so apa masalahnya? ada kaitan dengan aku?" Ayat aku pun tak ada ciplak ciplak. Ori mari.

Okay ayat mudah plus sopan saya gunakan lepas ni. Hm motif saya nak cerita dekat sini saya tak suka lelaki yang saya tak kenal hantar macam tu dekat comment ke mesej ke dekat profile saya. Awak tahu walau awak nampak muka saya ni jahat plus rasa macam nak rejam dengan batu (zaman apa tah kau ni hidup siap rejam batu. tu zaman purba dulu lah) tapi saya baik. Sebenarnyalah. Hihi. Jangan kata saya perasan okay? Orang cakap, saya cuma bagitahu aje.

Sejujurnya saya sangat tak suka orang hantar macam tu. Saya baru approve awak semalam. Awak kenal saya pun tak. Ada ke awak nak terus serang perempuan yang awak baru kenal then cakap macam tu dekat dia? Awak suka kalau hadik, hakak, makcik awak yang masih muda bergetah diperlakukan macam tu? Please lah. Saya bukan nak mengutuk lelaki tetapi saya luahkan saja. Saya tahu orang lain pun akan bersikap macam saya. Saya bukan sesuka nak malukan kaum Adam ke apa, sumpah tak! Saya nak awak semua fikir. Saya percaya pada karma. Kita buat kat ore, ore buat kat kita balik.

Sebab tu saya tak memalukan awak yang hantar dekat saya tu. Saya tak show image awak walhal muka awak sekali. Saya tahu awak akan malu dengan saya nanti. Dan mungkin orang sekeliling awak akan ejek awak. Sebenarnya bukan awak sorang aje yang hantar cenggini dekat saya, ramai lagi. Tapi saya malas nak print screen pampang banyak sangat. Nanti orang kata saya kejar hot lah glamour lah macam retis.

Note untuk kaum Adam. Janganlah buat macam tu dekat kaum Hawa. Kelak awak yang kena. Mungkin sekarang awak hanya fikir nak seronok aje, dan awak fikir bila awak cakap macam tu orang perempuan akan terima. Tak wak! Tak! Saya perempuan, saya tahu apa perempuan suka dan tak. Saya hanya tegakkan kebenaran. Saya tak nak lelaki sewenang-wenangnya anggap yang perempuan ni tak punya harga diri. Senang dipijak dengan selipar CROCS yang awak beli dekat Jaya Jusco atau kasut Hush Puppies yang awak beli dekat Sogo masa sale hari tu. Saya tahu kalau saya tak cakap pun mungkin orang lain akan cakap. Tapi terserah lah.

Saya tahu kalau saya cakap macam ni mesti ada yang kata perempuan pun sama. Tak kisahlah. Nasihat ini untuk perempuan juga. Saya pun tak kisah kalau kalian tak setuju dengan apa yang saya cakap ni. Saya cakap atas dasar manusia. Kita human being, masing masing ada silap. Mungkin awak saja nak main mainkan saya or bergurau. Tapi benda macam ni saya tak anggap gurauan! Saya take it serious. Mungkin awak tak sedar apa yang awak cakap semua tu tapi tak apa lah. Saya dah maafkan. Harap Allah ampunkan dosa awak tu.

P/S : Ending banyak menggunakan bahasa yang sopan. Saya tak nak awak rasa saya jahat lepas tu nak condemn kaum awak tak kira lelaki atau perempuan. Saya minta maaf sesangat andai awak anggap saya nak menjatuhkan awak. Tak! Saya nak tegakkan kebenaran. I have my pride and dignity! Saya tak nak orang sesuka anggap saya like sampah and senang senang buat saya macam tu. Mungkin cara hidup saya tak macam awak semua tapi saya pun hamba Allah. Saya hidup atas bumi ni bukan untuk apa pun. Kita dekat sini sementara sahaja. Umpama perantau macam dalam buku teks Agama Islam tajuk Hadis Kehidupan di Dunia Ibarat Seorang Perantau yang saya belajar awal tahun hari tu. Tak saya tak nak cerita pasal agama. Saya tak layak untuk memberi sebarang komen. Saya berharap dosa saya awak diampunkan Allah. Itu sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!