Hewww, Saya Dah Graduate!


Hai, selamat malam. Ehh budak comel atas ni bagi salam. Cepat jawab! Wajib tu. Hihi. Ehh lamanya rasa tak update blog. Ada jugak lah dekat seminggu. Yeke? Eh ada bukti ni. Tengok print screen bawah ni.



Tu print screen dari blog adik aku, Ana Berry. Try lah singgah. Nak ngorat? Euwwww dia budak lagi. Baru 11 tahun. Tak matang tak matang (sambil angkat tangan dan goyang goyang kata tak setuju.) Hew heww. Okay stop cerita pasal dia. Hm yang mana tertanya mana cik adik manis ni menghilang, jap nak list kan semua reason kenapa sampai tak sempat nak hupdate blog yang dah bersawang macam rumah terbiar ni.

1) Eeee sibuknya aku dengan masalah negara ni. Eh masalah apa tu? Sebenarnya bukan masalah tapi cabaran masa depan macam dalam PSK yang cikgu aku ajar tapi aku selalu tidur masa waktu dia. Nak tahu cabaran apa? SPM bang, dik! Gua goyang ni bila dengar SPM dah dekat.

2) Reason seterusnya, jarang online lelama dekat laptop or pc. Eh saya nak kasi tahu rahsia saya ni. Awak janji jangan bocorkan. Janji janji janji duluuuu! Hihihi. Saya ni pesen online sekejap lepas tu off balik. Sebab tu blog pun kekadang tak hapdet. Lagi lagi kalau bukak account Facebook esoknya mesti banyak IM chat yang tak balas masuk dekat inbox. Whaha, memang tak suka lah online lelama ni. Itew bukan hot pun. Heww.

3) Arggghhhhhh apa aku nak hupdate dekat blog ni? Eee nak tulis apa ni? Ala kering idea ahhhh. Sebenarnya, sebenarnya, sebenarnya kita takde idea idea dah nak mengarang cerita, mengarang puisi dalam ni. Ish tipu ahh puisi kan? Haha. Hah jangan cakap aku gagap macam dalam lagu Stacy tu. Kekadang dah on blog, tapi melopong leleh tak tahu nak update apa.

Eh jap jap. Panjangnya intro. Sebenarnya cuma nak cerita pasal hari bersejarah kita aje. Ni sampai sibuk nak listkan reason. Hari tu kan masa hari Sabtu, kita dah graduate. Menangis tak berdrama sebab sebak sangat kita dah tamat pengajian Tingkatan 5. Memula nak cover cuns. Alih alih Hidayah dekat sebelah menegur nampak air mata bergenang.Skemanya ayat aku. Bila dia cakap cenggitu cepat cepat aku tempek bedak cover air mata yang dah mula menitis.

Dewan Teater Maktab PDRM jadi saksi yang aku dah bebas belum sepenuhnya dari susah payah selama menjadi BUDAK SEKOLAH. Dah 11 tahun babe! Ishh rasanya mesti terkenang nanti zaman sekarang bila dah besar nanti. Eh mesti bila dengar PDRM korang cakap tak grand kan? Eh ne ada. Sumpah tempat dia lawa. Kitorang pakai dua dewan, satu Dewan Teater, satu lagi Dewan Banquet untuk makan. Nah tataplah gambar aku dan kengkawan meraikan hari terindah kitorang.


Yang penting haruslah pampang gambar tuan punya belog first sekali. So takde lah mata korang silau tengok gambar yang lain yang lagi superb. Heww. Okay ni depan sekolah tengah tunggu bas. Hm aku pakai heels coklat setinggi 5 cm. Semua risau aku tumbang jalan depan stage ambil sijil. Watrilek je. Syukur takde apa jadi.


Tengok tu. Matching gitu colour kitorang. Blueish girl. Nak kenal sebelah? Enda namanya. Takmo takmo. Itu budak jiwa kosong. Nanti hidup korang kosong jugak. Haha.


Eh siapa awek purple tu? Mana mana? Tengok lah bebetul tu. Haha. Tu Cik Fara Hamster. Nak kenal? Ishh kang aku kena wrestling dengan abe SI dia kalau aku rekomen dia kat orang lain. Nanak nanak, yang biru cair pun tak boleh. Nanti Alan Ross mengamuk sakan dekat aku. Hew.


Ehh itew suka gambar niww. Comelnyepppp. Haipp siapa yang comel tu? Aku ke orang sebelah? Jangan cakap orang sebelah. Haha. Okay tu Hidayah. Dia dah ada kot. Pape isi borang dekat bawah. Ni masa dalam Dewan Teater tu. Dari sini boleh nampak dewan dia memang grand kan? Hikhik.


Ni most paling penting. Okay I dapat bunga dari budak paling pandai dekat sekolah. Abang Raimi aka abang Ray. Heww awak ingat saya tak laku ke? Tengok abang Ray yang senyap pun boleh kasi bunga dekat I. Harapan lah nak tunggu baby aku kasi. Padahal je kan Raimi bagi. Aku yang mintak sebenarnya. Haha.


Ni sebelum nak sentap menyentap. Eh apa tu? Makan lah. Bahasa diraja guna santap kalau bahasa aku sentap. Heww. Muka wajib menayangkan gigi ku yang cantik dan bersinar gitu. Gunalah POLIDENT. Apakah punya jenama itu?


Dan gambar takkan lagi menarik kalau takde gambar bersama guru tingkatan. Aku tersepit tu ha. Sian aku. Eh jap nama cikgu kita, Cikgu Zack. Dia comel? Memang. Nak ngorat? Haipppp tak boleh. Dia dah married dah ni dengan Abang Mad yang handsome. Muka masih awet muda ye? Betul tu (sambil angkat tangan dan kepala terangguk angguk geleng geleng). Dah jadi mama dah pun ni. So reject dari list korang nak ngorat tu.


Ini gambar sesudah menyentap dan berkenyang kenyangan. Aku orang kampung tu pakai tangan. Sudu kasi sudu plastik. Memang tak dapat lah aku nak ngap ayam masak merah tu. Last last pakai tangan jo lahh. Eh yang tengah tu kawan kita. Namanya Anis. Eh bukan Anis Syafira. Ni Anis Maniss. Hahah.


Gambar lagi menarik bersama gegirl saya. Yang lain semua dah kenal. Yang green belum kan? Okay si green Atifah Chong. Dia makwe Ayie. Tak boleh kebas dah. Siapa suruh lambat. Haha. Okay si gemuk tak pandang camera mahal aku ni Aqi. Dia tak dapat dikenal pasti statusnya. Haha


Gambar seng sekelas mesti ada. Eh tali pinggang green tu siapa? Cepat je korang kan? Tu Angah, sebelah dia Piee. Nak kenal tak boleh. Dah ada booking. Haha. Yang lain tak larat nak sebut nama. Nak kenal bagitahu nama kaler baju. Heww.


Okay rasanya cukuplah dengan semua gambar dekat atas. Tak larat nak tunjuk bebanyak. Okay, hope korang enjoy! Doakan aku untuk SPM yang tinggal tak lama lagi waktunya ini. Dadaaaa.

2 comments:

Nur Aischa said...

hahah semua enjoy kan masa hari graduasi tu :D goodluck spm ya azi !

Zylee Rahman said...

@Nur Aischa
hihi tahu takpe. btw, thanks scha. kau pun sama tau!

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!