Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan


Hai! Hari ini kita cerita pasal lelaki dan perempuan. Apa istimewa lelaki dan apa istimewanya perempuan. Nak tahu tak? Eh kalau nak tahu cepat tekan entri aku ni lelaju sepantas kereta Formula 1 berkelajuan 350 km/J. Ewahh sampai gitu nok!

Kita human being, semua ada melakukan silap include me. Tapi dari sudut pandangan mata kita, kita dapat lihat perbezaan antara orang lelaki dengan perempuan. Percayalah lelaki dan perempuan Allah ciptakan berbeza-beza. Setiap manusia lain-lain. Aku lain kau lain. Aku hidung senget, kau hidung mancung. Pipi aku leper, pipi kau tegang. Aku putih berseri, kau hitam menawan. Bulu mata aku lebat dan panjang, bulu mata kau macam tak ada aje. Aku slim ala ala tiang lampu, kau tembam ala ala Giant dalam cerita Doraemon tu. Bukan Giant hypermarket ye wak. Saya highlight lagi sekali. Nmpak ada beza kan?

Mari kita lihat perbezaan antara lelaki dan perempuan.

1) Perempuan tidur lagi lama daripada lelaki.

Eh betul ke ni? Macam tak caya aje. Kalau tak percaya, tengok orang sekeliling kita tu. Contohnya kakak kita. Cuba ingat balik dia bangun tidur pukul berapa? Dia tidur sebenarnya pukul berapa. Ha dari situ dah boleh banding kan? Kakak aku bangun pukul 11 pagi hari ini. Aku bangun 6.15. Awal kan? Ewahh jangan percayalah kalau sabtu ahad aku bangun waktu macam tu kan? Aku bangun sempurnakan semua dulu then aku tarik bantal melelehkan segala apa yang ada dalam mulut aku lepas tu. Zettttt!

Ewah bangunlah yang atas ni. Alarm dah bunyi dah tu tapi tak nak bangun lagi.

2) Sperma lelaki yang menentukan jantina bayinya.

Ha ni pun takkan tak percaya. Bila aku baca balik fakta ni betul lah. Macam masa aku dalam kelas Biology, Cik Rohana aku cakap sperm lelaki tentukan jantina anak. Bukan ovum perempuan. Berjuta kali dia cakap. Cuba kau fikir yang mana berenang dan banyak pakai tenaga? Dah confirm sperm kan? Ovum hanya senyap tunggu sperm datang. Sperm pun berlarian cari ovum dengan mitochondrion menjanakan tenaga maksimum untuk fuse dalam ovum. Ha masa sperm dah fuse tu lah automatically dia dah hantar genetic info dekat ovum.

Hah yang banyak sekeliling tu lah sperm ye kawan kawan. Nampak masing masing berebut jadi juara nak masuk ovum.

3) Perempuan mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki.

Ha nak tahu apa sebabnya? Sebab setiap bulan perempuan kan datang bulan. Setiap kali datang bulan, telur akan pecah dan darah haid keluar. Bukan setakat darah haid aje. Cuba tengok kalau mak kau tengah mengandung adik kau. Kalau masa tu mak kau dah nak bersalin, masa dia bersalin kan darah keluar banyak. Kita panggil darah nifas kan? Ala ala darah haid jugak dia keluar. Jadi disebabkan itu lah perempuan memerlukan sel darah lebih dari lelaki.

Nampak kan pregnancy woman atas ni? Bayangkanlah macam banyak sel darah dalam tu.

4) Perempuan mempunyai lebih banyak peluh daripada lelaki.

Ewahh ini betul ke tak ni? Aicehhh secara jujurnya aku menyokong fakta ni. Dulu masa aku kecil aku selalu macam ni. Bila pergi sekolah dah banjir dekat ketiak tu. Bila lama lama jadi kuning kat bahagian tu. Okay sekarang dah tak ada. Tak hengat pakai apa. Nak tengok? Kahkah. Okay, ia sebenarnya penyakit yang dikenali sebagai "hyperhydrosis". Hyperhydrosis ni tak bahaya tapi kita perlu dapat nasihat pakar if nak sembuh. Ada orang kata penyakit keturunan. Itu aku tak pasti lagi. Kenapa perempuan lebih banyak penyakit ni aku tak pasti jugak. Maybe sebab perempuan mempunyai kelenjar keringat lebih 75% daripada lelaki.

Kau selesa dengan keadaan diri kau yang macam tu? Gulpppp!

5) Lelaki lebih kuat berdengkur berbanding perempuan.

Ini fakta wa sokong 100%. Ewahhh. Setiap kali bila aku mengurut kaki ayah aku, confirm dia leleh. Dah dia tengah leleh tu siap ada bunyi "Ghoooo". Hah sentap Mak Jemah okay bila dengar. Apa bunyi "Ghooooo" tu? Eh tanya lagi, dengkurlah. Itu baru satu prove. Lagi satu Along aku. Kekadang bila aku bangun nak pergi sekolah, confirm aku dengar dia berdengkur. Kekadang aku sengih sesorang bila tengok. Habis lah kalau Kak Ila baca. Mengikut fakta lah, seramai 48% lelaki tidur berdengkur banding perempuan sebanyak 22%. Yang ini tak kaji lagi kenapa lelaki lebih kuat berdengkur.

Kau mampu bertahan dengan situation macam ni? Zassssssss!

6) Lelaki yang telah mencecah umur 65 tahun cenderung mencari isteri yang lebih muda untuk dibuat teman.

Okay lebih mudah words kita cakap orang veteran lah. Ini telah dibuktikan oleh pakar pakar dekat luar sana tu. Ustaz Shariman yang selalu mengajar Agama Islam dalam kelas aku tu pun ada cakap lelaki semakin dia meningkat tua, nafsu dia semakin membuak buak. Zasssssss! Ini betul lah. Tapi ayah saya okay aje. Haha. Tak tahu nak banding macam mana. Tapi kalau perasan sebelum ni kat dalam paper pun banyak keluar artikel pasal ni. Yang saya tahu pasal Nek Wok sorang aje. Bagi perempuan, semakin usia meningkat, nafsu dia semakin menurun. Itu sebab dia nak mengalami satu proses iaitu menopause. Menopause menyebabkan hormon estrogen dalam badan berkurangan dan mengalami penurunan fungsinya. Menopause dialami oleh perempuan yang menjangkau umur 50 tahun ke atas.

"Sayang love you sorang je manje"

7) Perempuan lebih suka warna cerah manakala lelaki lebih suka warna gelap.

Jika orang perempuan diberi pilihan untuk memilih antara warna Merah dan warna Biru, mereka akan lebih memilih warna biru. Instinct perempuan lebih menggemari warna yang soft seperti Pink, Putih, Blue dan sebagainya. Lelaki lebih cenderung warna yang lebih gelap seperti Hitam, Merah, Oren dan sebagainya. Ini memang benar tau! Kita boleh nampak berdasarkan persepsi kita. Aku selalu perasan benda alah ni semua dekat family aku, kawan dan baby aku sendiri. Haha. Tak percaya? Lu pikirlah sendiri.

Maaf lah, model lain cuti. Model ni aje free. Kihkih

8) Lelaki lebih lama membaca satu buku berbanding dengan perempuan.

Yang ini fakta beno ye! Aku sendiri nampak depan mata. Cehhh. Contoh ayah aku ni ha. Dia memang suka baca surat khabar. Dan aku rasa kalau aku beri 2 jam untuk ayah aku habiskan baca 1 paper tu belum tentu habis. Aku tak tahu apa yang ayah aku baca. Maybe dia teliti sekali semua iklan apa yang ada dalam tu sebab kekadang ayah aku cerita dekat mama. Kuikui. Tapi betul aku tak tipu. Sampai kan kawan ayah aku dekat pejabat, aku panggil Mak Enon, dia cerita dekat mama yang ayah aku suka baca paper tapi selalu tak habis habis. Eh memang aneh sikap ayah aku ni. Tapi bukan bermakna perempuan tak membaca. Sekarang ni kalau tengok pun perempuan lebih pandai daripada lelaki even perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu banding lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 nafsu.

Maaflah tak ada gambar ayah aku macam ni untuk dibuat contoh -____-

Okay Aku rasa cukup lah setakat 8 sahaja. Penat lah nak cerita lagi. Tapi kalau korang semua kurang yakin dengan fakta ni semua, try lah survey. Hihi. Okay choww dulu. Bye bye!

2 comments:

Unknown said...

ohh, betul lah kebanyakan fakta atas ni. hahaha lagi2 yg part baca surat khabar tu, terbukti bila tgk ayah sendiri yg baca mmg lama :D

Zylee Rahman said...

kihkih kekadang gelak sensorang bila baca balik

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!