Changes? Yess, I Have Made Changes!

Assalamualaikum Bloggers


Maaf andai aku broke promise. 30 November akan datang tak serupa apa yang diutarakan oleh bibir manis aku. Ye, aku minta maaf. Tapi nak buat macam mana. Blog ni hidup aku. Kalau aku ada cerita, aku akan tulis dalam blog. Tolong faham sebab aku TER-mungkir janji. Aku tahu orang akan anggap kalau aku boleh broke promise pada diri sendiri, tak mustahil boleh buat dekat orang lain. Its okay, lagipun tinggal 3 paper lagi. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.

Changes? Ye, perkataan yang kerap bermain di fikiran aku sejak dah start SPM hari tu. Entahlah, dalam hati serba tak keruan. Tak buat lagi rasa sebersalah yang amat menggunung gunung.

Ye, aku mahu membuat pembaharuan. Pembaharuan apa? Pakai tudung. Ahh tak kisah lah, pashmina ke, shawl ke hape ke. Tudung bawal pun boleh tapi aku tetap pendirian seteguh teguhnya nak tutup mahkota aku. Dah lama sebenarnya terfikir macam ni tapi ...........

Memang dulu orang ada perasan kita pakai tudung. Heww memang kita pakai tudung tapi bila kita rasa mood kita nak pakai tudung plus selalunya pakai tudung tengok tempat nak pergi. Tapi sekarang, kita betul betul nak tutup kepala kita. Dah takkan bukak dah.

Start minggu ni sebenarnya aku dah start pakai tudung. Setiap hari lepas sembahyang, aku selalu berdoa Allah ampunkan semua silap aku sebab langgar larangan dia. Yelah, aku manusia, kau pun manusia. Kalau tak takkan aku boleh update blog. Lumrah buat silap dan aku yakin orang lain pun sama. Menangis pun dah tak berguna. Janji aku sudah sedar semuanya.

Mungkin dulu kalau korang lepak area Pavilion, Times Square korang perasan imej aku yang agak kuning campur biru sampai tak tahu nak gambarkan macam mana. Tak, aku bukan perempuan macam tu dah. Percayalah. Aku perlukan sokongan semua orang.

Selepas ni, kalau korang pergi sana korang akan perasan aku dengan imej serba serbi yang baru. Bertudung litup dengan style sendiri. *Aku pun nak ikut edaran zaman pashmina jugak. Baju dah takde yang tak cukup sifat segalanya. Rambut keperangan aku ni takkan jadi tatapan mata galak korang dah. Cukuplah selama ni.

Aku bukan lagi si gadis HOT seperti di dalam zaman kegemilangan MySpace
Aku bukan lagi si gadis yang berpakaian sampai tersembul mata
Aku bukan lagi si gadis yang akan mengikut fesyen Barat
Aku bukan lagi si gadis seperti dahulu

Kalau korang ada perasan dekat mana mana muka aku dengan pakaian yang agak strike-ing mata korang, jujur tu bukan aku. Aku ada 7 kembar. Mungkin tu kembar aku yang pertama dekat sini. Kembar aku yang lain ada kat tempat lain. Dekat Korea ada sorang kembar aku. *Dah mengarut meraban dah aku ni.

Lepas ni korang jangan lah tunjukkan I muka I dengan free hair semua. I malu. Hew hewwwww. Saya nak lupa zaman Gelap saya. Saya nak masuk ke zaman Pertengahan dan selepas tu zaman Renaissance. Aku tak nak berpaling belakang dah. Dunia Tom Anderson tu aku dah tinggalkan jauh dari diari aku. InsyaAllah.
Twitter, Facebook, Tagged aku masih belum tukar gambar baru lagi. Selepas exam habis baru aku tukar. Lagi pun line ciput beno. Okay, khas untuk korang tataplah wajah I yang baru ni. Khas untuk you alls. Kalau nak cakap I omei, sila komen dekat bawah. Huahuaaaa.

Ni masa raya AidilFitri hari pertama. Tengok aku. Nak lilit tudung pun tak reti. Heww, sila jangan kutuk saya. Huwaaaaaa. Takpe, lepas ni kena lelaju bukak youtube setiap hari belajar pakai tudung macam ni. Tak pun tengok Pyka Rahmat, Fyka Mohamed, Yana dan Tyah punya blog. Hikhik. Goodbye readers!


P/S : Blog kita dah berwajah baru. Tengok sidebar kita. Dah macam production krew semua bagai. Okay aku perasan jap. Ghahahahha actually aku tak sabar nak menunggu Ombak Rindu keluar. Sebab tu sampai taksub buat title sidebar cenggitu. Wewitttttt.

4 comments:

Unknown said...

mydear, serius kau cantik comel bila dah berhijab <3 aku pun mcm kau jugak sbelum ni, rasa2 nak pakai tu ada tp takut bukak balik kan? hehe tp skrg tak lagi,kita tetap pegang agama allah utk bertudung. wee~ tahniah ya azi !!

Zylee Rahman said...

@Nur Aischa
Weheeeee, thanks sayang oiii. Wah terharu. Hihi.
Tahu takpe, tapi lepas ni dah tak dah. InsyaAllah.

Amoychanteks said...

bagus laa..kekalkan kan bertudung tau. jaga aurat elok-elok. ingat, dosa kita nanti, mak ayah tanggung. kesian diorang kalau kena siksa kat akhirat nanti sebab anak perempuan mereka :)

Zylee Rahman said...

@Amoychanteks
InsyaAllah kak. Terima kasih :)

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!