Assalamualaikum bloggers
Hai semua. Korang apa khabar? Alhamdulillah aku baik. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan aku dan kejayaan aku dalam SPM yang aku sedang duduki kini. Terima kasih bebanyak! Mesti ada yang tertanya dalam hati kan? Aku cakap tak nak online till 30/11/2011 ni. Tapi now?
Seriously gua cakap gua rindu sama belog gua. Tak dapat ah nak bayangkan macam mana rasa tanpa tengok belog gua ni. Coincidently hari ni tak ada paper. So aku ambil kesempatan online sesenyap mampu semata mata nak hupdate belog naif aku ni. Ala kali NiewW jeW iTew nAk oNlinE. EsOk iTewW tAk oNlinE daH. Okay keluar dah bahasa wempittttzzz. Tetttt.
Hari ni aku nak cerita kan pasal semua yang berlaku dalam masa aku lenyap dalam dunia blog ni. Ala aku tahu lah korang semua tak rindu aku. Tak kisah kan kalau aku ada ke takde. Rasa macam nak ambil baldi meraung raung dalam tu. *kecewa T.T
Day One - 11/11/11
Okay suddenly aku tahu semua tengok date tu semua cakap "Ohhhhhh Myyyyyy Allah" *tak payah nak OMG sangat kan? Haha. Mesti semua, "Ehh tu date I couple dengan baby I. I sayang dia sangat." "Ya Allah Zylee, you nak tahu date tulah hari paling membahagiakan I. I sayang boyfie I" Kihkih, takde maknanya lah date tu pada aku. Setakat nombor je. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal nombor tu. Okay that day Jumaat kan? Hm pepagi lagi aku menggagahkan diri seperti Badang semata mata nak pergi sekolah. Niat dalam hati nak ambil sijil, slip SPM, majalah USTEJA. Dengan kadar kemalasan yang tinggi, pagi tu aku pergi dengan sejuta harapan nak minta maaf dekat cikgu, terutama cikgu Sivik sebab selalu tidur waktu dia ajar dengan cikgu Kimia sebab dia selalu mengajar aku susah nak tangkap. Jadi belakang dia aku bebel sesorang diri. "Teacher, ni anak muid teacher yang jahat. Teacher titik jari dia kalau dia tak dapat result baik dalam Kimia" -___-
Last day sekolah hari tu. Masa lepas mohon restu. Muka semua menahan sebak. Dari kiri Atifah Chong, Fara, Enda dan Aku. Fara paling sentap masa ni. Hewww.
Day Two - 12/11/11
Subuh lagi, Mama tolak bontot aku nak kejutkan bangun tidur. Sebabnya Mama Abah nak balik kampung pergi kenduri sedara dekat Ipoh. Mama cakap "Eh Azie nak ikut Mama tak? Nak ikut pergi mandi." Aku dengan tenyeh segala yang melekat dekat muka terus jawab "Tak nak lah. Nak baca buku. Nak SPM isnin ni." Terus sambung buat taik mata. Tetiba sedar balik, mula terfikir dalam hati "Ala Mama takut ni nak pergi berdua dengan Abah. Takut nanti kalau benti R&R takde oang nak teman pergi toilet." Terus bangun dari tempat tidur sambil gelak jahat, Huahuaaahuaa. Dalam kereta kerja aku hanya baca buku, buku dan buku. Okay, malas nak cerita suasana dekat rumah kenduri sebab aku takde geng nak borak. Aku ikut bontot Mama je. Ceitttt.
Day Three - 13/11/11
Ha time ni memang langsung tak keluar bilik. Duduk dalam bilik sambil membaca buku dan baca tips di saat saat akhir. Ya, aku memang suka buat kerja saat akhir macam tu. Sila jangan tiru perangai saya wahai kekawan. Dari pagi sampai ke malam yang hanya mampu dilakukan ulangkaji sahaja. Sebab apa? Sebab aku dah merasakan yang aku dah banyak mensia siakan waktu selama ni. Ha kan padan muka aku. Malam tu aku dah siapkan semua kelengkapan nak periksa. Baju siap gosok malam tu jugak. Selalu tu aku tenyeh iron dekat baju aku 10 minit sebelum pergi sekolah. Stokin pun siap letak dalam kasut lagi. Yang penting haruslah kasut daku bershining warna putih dengan hasil daku menconteng dengan kapur kasut jenama Penguin.
Day Four - 14/11/11
Hari yang dinanti sudah menjelma. Bangun pagi tu awal sangat. Terima kasih Mama kejut kita setiap hari. Lagipun Mama ambil cuti sebab kita exam. Yehuuuu! Deyyy baru nak ucap terima kasih? Pape je lahh. Bila bangun, mula rasa memacam. Takut, rasa macam tak percaya yang aku ada sembilan days lagi untuk memakai pakaian seragam sekolah, dengar jeritan Mama yang kejut suruh pergi sekolah, tunggu bas sekolah lelama sampai nak kena kejar dengan anjing liar. Ahh rasa tak percaya, tak percaya! Hihi, pepagi kakak dah hantar ke sekolah. Tepat pukul 7 sampai terus check peralatan dalam beg, review mind saat akhir. Masa nak masuk dewan peperiksaan, memang berdetap jantung. Time tu hanya mampu berselawat, dan baca al-Fatihah. Bila tengah jawab, alhamdulillah. Tak sesukar dijangka. Hikhik.
Day Five - 15/11/11
Hari ni periksa Bahasa Inggeris. Pukul 5.45 dah bangun. Terus sental gigi, sental muka, solat Subuh. Sebelum pergi sekolah siap breakfast makan telur half cook, nasi putih, lauk gulai ikan dengan air Hoo hoo hoo Horlicks. Jadi lah nak alas perut sampai tengah hari. Okay, sampai sekolah terus set dalam mind segala format essay dan memacam lagi. Tapi aku sebenarnya yakin yang aku mampu buat untuk essay tu. Semangat aku berkobar sebab masa majlis restu hari tu teacher aku peluk siap bagi semangat kata aku boleh dapat A dalam BI, bukan A- macam yang selalu aku dapat. Alhamdulillah jugak soalan essay senang. Lagi senang sebab idea mencurah curah macam air bila aku sibuk dok cerita pasal Aaron Aziz dalam essay 350 words. Kelaaaaaaaaassssssss kau Jemah oiii!
Haruslah memampang wajahnya yang kacak sebesar besar gedabak. Biar juling mata bloggers lain. Hewww, wajib tayang nama eden di celahan sinun. Haha
Day Six - 16/11/11
Hari yang paling mencuakkan aku di kala ini. Sejarah wehhh. Aku sanggup minum kopi 3 cawan semata mata tak nak tidur sebab nak terus baca buku Sejarah walaupun sebenarnya akhirnya aku tak mampu kawal contengan eye liner syaitan dekat mata aku. Nasib baik lah ada Encik Love tolong kejutkan pukul 3 pagi. Dia pun memang sejak tak berapa azali dah tahu yang aku kuat tidur. Sebab tu dia kejut aku. Aduhh tebal muka eden rahsia eden orang lain tahu. *malu. Haha okay soalan Sejarah perghhhh memang the latest lahhh gua cakap. Paper 1 agak menjerut fikiran aku. Paper 2 alhamdulillah sonang sobabnyo eden banyok fokus tang bab yang eden dapat soalan spotnyo tu ha. Sebab tu eden mampu menjawabnyo. Tapi strukturnya banyak sangat soalan KBKK. Memang mencabar akal kewarasan daku. Btw, terima kasih tukang memberi.
Day Seven - 17/11/11
Semalam punya cerita. Mathematics paper 1 and 2. Rasa arghhhhhhh, arghhhhhhhh sebab tak cukup masa untuk jawab paper 1. Mana cukup 1 jam 15 minit tu. Eh ke aku yang tak reti nak manage? Untunglah dapat pengawas yang baik, siap bagi kitorang take time sikit masa tu. Sayang akak pengawas. Muah kanan kiri! Hikhik. Terus terang cakap aku boleh jawab paper 1. Paper 2 pun okay lahh. Ada lah sikit sikit yang tak berapa berjaya nak jawab. Agak strike soalan dia. Takpe takpe, come on bebehh. You dah buat yang terbaik. Tawakal okay lepas ni. *beri semangat kepada diri sendiri.
Dahh 4 paper dah daku berjaya menjawab. Tinggal 5 paper sahaja then dah freedom! Yehuuuuu, nak cari duit dengan 206 tulang ni lepas tu kita nak pergi National Service cari boyfriend baru. Terdesak, haha. Haipppppp, kang kena dushh dengan Encik Pakwe pulak. Hikhik, terima kasih kekawan yang mendoakan aku. Teruskanlah beri semangat dekat aku untuk 5 paper lagi, Agama, Add Math, Chemistry, Biology and Sains Sukan. Terima kasih. I loveeeeeee youuuuuuuu kekawan!
0 comments:
Post a Comment
Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!