Tolonglah Aku!


Selamat petang kalian. Sihat? Okay, fine alhamdulillah. Sebenarnya, sebenarnya. Argghhhhhhhh sebenarnya aku nak cakap suatu benda ni. Ishhhh susahnya nak cakap.

Sebenarnya hari ni boleh dikata entri sedih. Sebab apa? Sebab hari ni last aku online, last aku update blog, last aku jenjalan usha blog blogger lain, last aku buat tuto yang susah korang nak jumpa before my SPM. Korang kena faham aku dah tak boleh aktif dah sekarang ni. Aku kena fikir masa depan aku. Dan inilah jalan yang terbaik.

Trial SPM hari tu pun aku cuma dapat 4A sahaja. Aku kena lah buat yang the best lagi agar cita cita aku sebagai doktor pakar tu tercapai. Dan SPM nilah penentunya. Aku sekarang terpaksa struggle diri aku. Masa dah tak banyak. Harap korang faham.

Aku terpaksa korbankan banyak masa yang ada. Masa makan, tidur, jenjalan semua aku hadkan hanya sebab teringat SPM. Ni tengah sental gigi, teringat SPM. Tengah garu garu, teringat SPM. Tengah text, teringat SPM. Tengok tv teringat SPM. Tengah dating, teringat SPM. Oopssssssss! Haha. Semuanya yang nampak SPM.

Aku harap korang tolong jaga blog aku ni bebaik dari esok hingga 30 November 2011. Tolonglah saya, awak! Saya merayu. Blog ni saya dah anggap sebahagian dari hidup saya. Saya tak pernah sehari pun tak teringat blog saya ni. Jagalah blog saya ni sebaiknya macam mana saya jaga dia. Kalau boleh jirus mandikan blog saya ni, dah lama saya suruh awak buatkan. Yang mana dah follow saya tu, awak tinggallah link awak dekat shoutbox saya. Saya akan follow awak balik bila saya dah online nanti. Rerajinlah usha blog naif saya ni tau.

Kepada kekawan lain yang sama nak berjuang mati matian dengan saya, saya doakan yang terbaik untuk awak. Kita akan tetap berjuang sampai tamat. Semoga keputusan yang baik menjadi milik kita. InsyaAllah. Dan satu aje pesan saya, awak semua janganlah lupa minta pada Allah jugak. Hanya usaha kita tak menjamin apa apa. Solat, doa dan zikir adalah jalan terbaik.

Sekian, Zylee Rahman

5 comments:

Amoychanteks said...

goodluck dear :)

Zylee Rahman said...

@Amoychanteks
Thanks ye kak :)

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow..folow pakjoe blk tau heheheh

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow....follow pakjoe blk tau hahahaha

Zylee Rahman said...

@cerita best
Terima kasih pak joe. InsyaAllah

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!