Serasa Jauh Seperti di England

Assalamualaikum bloggers


Hello! Lamanya tak update blog. Last entri merenyam tak berkesudahan. Muwahaha. Rasa seperti nun jauh di ceruk gurun dekat selatan Amazon berkawan dengan beruk sebab lama sangat tak update. Dah rindu aku letttewwww. Haha.

Actually saya busy. Serious busy. Dah lah kantoi teori L. 41/50. Rasa macam "Wehh kau tak baca buku ke? Soalan senang, podah podah!". Tapi saya rasa komputer tu yang suir sebab majoriti yang ambil hari yang sama dengan saya 41. Dah lah, malas nak ingat. Esok ambil lagi sekali. Hope lulus dah. Tak larat nak ulang.

And saya pun dah memulakan tugasan baru. Membesarkan perut di tempat kerja. Huhu. Jumaat hari tu, saya dapat tawaran kerja dekat kedai aiskrim, Gelato Fruity. So peluang right? Takkan nak menolak. Tu diaaaaa, gaji dia masyuk jugak. Ha juling mata tengok. Kuikuii.

Hari sabtu is my first day. Okay, seriously kerja dia very the mudah. Apa punya slang ni? Dan pekerja kat situ ada 2 India, sorang Cina. Okay, dorang peramah. Mudah sikit kerja saya. Sabtu ada yang cuti, so memang ramai customer. Letih, dah lah first day, banyak yang tak dapat tangkap lagi.

Customer pun ada yang macam tak puas hati. Hello bro. Saya baru lagi. Tolong faham, kalau saya lambat sikit. Saya bukannya tak reti pun cedok aiskrim. Cashier register saya tak pandai control lagi. Awak kena lah faham saya. Ingat saya tak tahu awak bebel marah saya dalam bahasa cina?

Ada pulak tu, maki maki saya masa second day. Cakap saya "Awak ni bodoh ke apa? Tak nampak ke anak I nak beli aiskrim? I dari jauh tengok dia depan ni diri nak aiskrim you buat tak tahu aje. Kalau supervisor ada depan ni pun you buat macam ni ke?"

Ewah ewah ni dah lebih. Aku tanya sendiri anak kau, "Dik, nak aiskrim?". Dia geleng geleng. Ha geleng tu apa maknanya. Podah lah. Anak kau salah aku kena? Nasib baik kau customer. Yelah, customer always right kan. *sambil mata pandang ke atas, tangan ke bahu.

Hari ketiga okay. Takde kena maki, kena cerca dengan customer. Machine register yang old fashion tu pun dah power guna. Blender juice yang bunyi macam gedegang gedegung tu pun dah power gegila guna. Nak cedok aiskrim pun tangan dah tak kaku, sebab sejuk sangat. Lepas ni, dah boleh panggil saya "Miss World Icecream". Errrr.

Dan sesungguhnya, saya sekarang benar benar busy. Kalau kalian datang jengah blog saya, please. Saya merayuu sambil hentak kaki, tinggalkan jejak anda dekat blog saya. Dekat chatbox tu paling sesuai sebab saya selalu check. Hm tapi, kalau nak up to date dengan saya, follow twitter saya. Saya rajin tweet dekat sana.

Nak follow, klik burung terbang gelabah dekat blog saya ni. Nasib baik burung ni baik, takde buang tahi bersepah dekat blog saya -___-


Ini masa kenduri kahwin jiran saya. Saya masih dalam mood gatai nak kahwin awal. Nanti boleh dapat anak comel macam ni. Hai, Nur Sumayyah Zahra >.<

Okay, saya chow dulu. Tunggu next entry.


6 comments:

eiyzniey said...

Love to tweett toooo
:))))

Unknown said...

wahhh azi dah kerja ya! bestnyaaaa, kita pun tak tahu lagi bila nak kerja nih.. :(

Zylee Rahman said...

@eiyzniey
Hihi best right?

Zylee Rahman said...

@Nur Aischa
Yeahhh! Baru lagi. Cepat lah apply mana mana. Nanti cepat sikit dapat gaji. Weee :)

Mieza Everdeen said...

assalamualaikum. hye sis, boleh tanya sikit. gaji kerja kat gelato fruity macam mana ya ?

Zylee Rahman said...

@Fiery Phoenix
Waalaikumussalam.
Hihi gaji dia part time ikut hour. 4.50 sejam. Kalau full time basic dia 800 berapa tah.
Nak kerja sana ke?

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!