Gegirl, I Said No!

Assalamualaikum bloggers

Saya guna aku.

Selamat datang kepada followers baru. Hew heww terima kasih follow blog gua yang sentiasa merapu basahan ini. Kuikui. By the way, selamat malam awak tu. Ya, awak lah. Selamat malam. Anyeong haseyo. Ktetiba.

Sejak akhir akhir ini hati disagat rasa sayu. Sayu mengenangkan kisah kisah lalu. Oh no no girl, I said no to cry. No no baby don't you cry. Okay, terima kasih Justin Timberlake nyanyi lagu ni untuk aku. Kdiam kalian.

Oh Mama, saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa. Dengan siapa aja Mama. Aduhh duhh.

Dah dah, kita merajuk. Tak nak dah pergi kenduri kahwin. Nanti terpengaruh kalau tengok wedding orang yang superb hebat. Nanti sibuk suruh Mama cari calon hari ni jugak.

Sejak meniti keremajaan ni, aku semakin miang sejajar dengan usia yang semakin menaik seperti kau panjat Gunung Kinabalu. Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi Mama sayang kamu. Err pahal kau minah? Ayat skem sangat?

Dengan itu, gigih beno cakap dengan Mama Abah, "Mama, kita dah boleh kahwin. Yeyyyy!". Bernyanyi girang sambil minta you alls clap your hands pewliss. Dan jawapan balasnya seperti bullets on roof. "No no. Miang sangat ni awatnya? Baru habis SPM jo!". Dengan kekuatan, kepekatan dan kelikatan loghat Perak dan Kedah, dua dua menyerang ke kanan, kiri, depan dan belakang. Tenennnnnneneeneet, pommmmmm.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Shooo sad. Hukhuk. *emoticon sedih

Entah mengapa gatai sangat nak menikah. Calon belum ada. Abah Mama, carikan calon untuk kita boleh? Nak jodoh yang diberkati Allah. Hew heww. Cepat sikit. Dah tak sabar. Nanti berduyun syaitan menangis tengok masa kita akad nikah. Haha.

Alahai kau ni apahal Zylee? Kau ingat kahwin senang macam kau duduk atas pelamin lepas tu orang silat depan kau? Tengah sedap pesilat angkat kaki buka langkah tersepak muka kau. Lepas tu lipstick kau tercelek zretttt sampai ke bawah mata. And then pengapit gigih cari tisu and bedak nak tepek balik muka kau agar omei photographer nak ambil gambar kau lekat dekat studio dia nanti. *err apahal imaginasi aku terlalu berlebih lebih?

Dan dan laki kau buat apa? Cerita sikit. Laki aku? Dia ninja balik pesilat tu. Dia kata, kuwajak hang. Aku tak belai belai bini aku lagi. Ni makan dia. Gedebuk si pesilat yang tak bersalah tapi berslah sebab overz sangat first time silat depan pengantin. Lai lai laiiii laiiii. Muwahaha, okay merepek.
Hm dan kenyataannya semua tak habis habis cakap "Toksah berangan nak menikah. Nak menikah duit kena ada. Takde duit tak jalan. Hang tahu tak payah nak buat kerja kahwin?". Kursus lagi, nak register lagi. Unless kalau kau dapat kahwin dengan anak dato bukan dato ya, kang ada kata aku gatai cari sugar daddy. Takpun cari "DATUK" untuk nenek aku. Hew heww.

Dan Zylee, hentikanlah nak berangan kahwin awal. Calon pun hang belum ada. Pasai apa hang gatai sangat nak kahwin? Shave pun belum sempurna. Lebat lagi. Haha no no kuwajaknya istilah. Masak pun kalah Mr Mama. Dah dah, hang pi belajar dengan anak Chef Wan lepas tu belajar cakap lepas dengan Chef Wan, so nanti kau tak dibuli oleh si suami yang mengado ngado nak itu ini. Haha.

Hang kena pikiaq, kalau ada anak nanti lagi letih hang. Nak kena potong kuku anak. Hang mentah lagi. Pegang anak jiran pun tak larat, ni nak pegang anak sendiri -___- Lagi lagi, susu anak pun kena pandai bancuh. Salah bancuh, disalahkan suami "apa pun tak boleh".

Mama, kita ada baju songket dah. Okay, cun buat baju nikah. Haha. Baju sanding Hatta Dolmat buat. Kita nak kaler pink yang soft sangat. Kau ingat aku tak mampu derr? Pandang gua kecik besar kecik besar pulak ehh? Kerek aa lu.
Bolehkan Mama? Huhu.

Dan aku rasa, Mama akan meroyan malam malam baca blog ni apahal anak dara dia sorang ni gatai miang nak kahwin. Along dah 28 pun tak kahwin lagi -___-. Ish ishhhh.

7 comments:

Flower Detox Tea said...

samelah kita..teringin sangat nak kawen walaupun calon takde..doa je banyak2..kalaunkita sentiasa doa dapat jodoh yang baik,insyaAllah akan dapat jodoh baik..

Zylee Rahman said...

@Gadis Pantai Timur
Mama cakap baru 18 kau mengada ngada nak kahwin? Haha.
InsyaAllah. Kadang kadang jealous sikit tengok orang bahagia. Haha.

bicara mak dara said...

Semoga cepat bertemu jodoh ya..

Zylee Rahman said...

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA
InsyaAllah Mak Dara :)

akuamir said...

wah2,, gatal naa...
jap2,, yang shave tak sempurna masih lebat part mana tuh?? :O haha.. aku follow sini..

jemput singgah blog ku:)

Zylee Rahman said...

@akuamir
Kdiam kdiam. Hahaha.
Itu ayat main bedal je. Wehh aku shave tiap tiap hari. Haha.
Okay, thank you babe!

akuamir said...

@Zylee Rahman
tanx singgah! :D
tiap2 hari? wau wau :O
licin,, cleaarr

Post a Comment

Hai my dear.
Drop your comment here okay?
Thank you!