Sepi....

Assalamualaikum.


Lama aku sepi. Masa terlalu kekang untuk aku lebih terjebak dengan laman sosial. Fuhhh gila sangat gilaaa!


Btw, hai bloggersssss!
Terlalu lama aku tak menyinggah belog ni. Bukan apa, terkadang rasa takde benda pun yang nak diceritakan. Sadis bukan? Terlebih berkongsi dikatakan mencari perhatian. Tapi bila tak update, rindu rinduannnn. Uwahhhh, dah mula dah aku berkata kata. Hehehe.


Yess, now aku ada kehidupan yang sangat mencabar. For the first time, aku terpaksa pergi. Berpisah dengan keluarga yang aku tak pernah tinggalkan walau seminit. Ni lah jalan yang aku pilih. Jauh dari keluarga, merantau ke tempat orang demi kejayaan. KL to Perlis quite far okay? Huaaa menitik air mata masa menaip ni, Tapi takpe, insyaAllah aku kena yakinkan keluarga yang aku mampu!


Eventhough sometimes ramai yang cakap aku ni terlalu manja. Cuti sem parents ambil, hantar balik masa sem dah nak buka. Yeah tapi tu lah parents aku. Diorang terlalu protective. Maybe sebab aku tak pernah jauh dari mata diorang. Dulu diorang nampak apa yang aku buat. But now, diorang hanya dapat tahu aku melalui suara atau gambar yang aku kirimkan. Hmm, rindu sangat ya Allah. Padahal baru je family hantar sini and kuliah pun baru seminggu mula.


Takpe, Azie kuat. Yes, Azie dah besar. Dah matang, tak boleh lagi lemah and cepat mengalah.



I miss you, family :'(

Sedih yang Terasa

Assalamualaikum bloggers



Hai! Agak lama juga menghilangkan diri. Maklumlah, busy dengan 'student's life'. Katekoooo. Ahahaha.


Masih lagi di bulan Ramadhan, dan syukur alhamdulillah. Namun bakal menghilang lagi :( Berat sungguh hati ni tapi apakan daya. Entah dapat ke tak kita merasa Ramadhan pada tahun hadapan.



Sebenarnya aku sendiri tak faham motif aku buat entry ni -____-


Yang penting akan kukejar masa yang tinggal berapa hari lagi ni dengan sebaiknya. Hikhik nak pulun hayati Ramadhan selagi ada masa ni.

* Sebenarnya gambar ni takde motif pun, saje nak cakap jap 'Selamat Berbuka' untuk berapa jam yang ada ni. Huahua :p



Btw, aku teringat junior aku yang terlibat dengan kemalangan ngeri hari rabu lepas tak jauh dari kawasan sekolah. Muda lagi, baru 17. Scary bila ingat macam mana dia accident. Bertembung lori minyak wehhhhhhh(!) Walaupun aku tak rapat sangat dengan dia tapi aku still ingat dia sebab kitorang sama sama prefect kat sekolah.

Hm aku tak mahu share macam mana keadaan dia. Cukuplah tahu keadaan dia lepas accident tu teruk sangat. Meninggal kat tempat kejadian. Sungguh tragik. Bila buka profile Twitter arwah, dia tulis kat bio dia, DEAD. Seolah olah dah tahu hayat dia tak lama dah.

Dik, walaupun kita pernah sekali dua bertegur, tapi akak still ingat adik. InsyaAllah, doa doa orang tersayang sentiasa mengiringi. Semoga roh adik tenang kat sana, Hasnul Imran.