I'm Backkkkkkkkkkkk

Assalamualaikum bloggers


 Ya Allah, baru sedar yang dah berzaman tak update blog.

Hello guys! Sorry sebab dah lama tak update blog. Berhabuk berdebu bagai dah blog sang pencinta ini. Kihkih. Agak busy dengan sem 1 yang lepas plus lepas habis exam tu saya kerja. I repeat eh, I kerja! Haaa k k I kerja kat McDonald's Jusco. Hikhik cari lahhh nanti :P

Actually banyak benda nak cerita. Terlalu banyak! Rasa macam satu post ni pun takkan cukup. Kalau 10 post pun tak cukup. K tamak -____-

Plus plus aku terkejut sebenarnya tengok blog dah berwajah baru then then tak boleh nak convert old version balik. K dying nak kena belajar balik(!) Huwaaaaaa bahana dah lama tak online. K bengang. Haha.

Tetiba bila taip ni teringat yang aku tak cari lagi azam tahun 2013 ni. Mana nak gali ni. Haha malam new year sibuk kat dapur McD. Tapi of course lah nak finish kan 2 sem lagi STPM tahun ni dengan cemerlang, gemilang, terbilang. Cehhhhhhhhh. Then nak sambung degree kat U (angkat kening tetiba).

Lepas tu tetiba rasa rindu membuak buak kat kawan kawan yang dah semakin jauh. K sedih. Sumpah sedih. Masing masing cari kejayaan kat tempat orang. Macam aku sorang je yang terpinggir kat sini >,< Flying kiss dari jauh untuk korang. Muah muah. Ktetiba. 

Sebenarnya, ada banyak benda nak cerita lagi tapi tak boleh nak mampat padat sendatkan dalam satu post je. Tak ekstrem weh. K ayat aku -___- Akan aku update untuk next post satu persatu. Ah aku tak kira! Nak kasi korang pengsan hari hari on blog tengok post aku berjela jela. Haha k over.

https://twimg0-a.akamaihd.net/profile_images/2648549270/32fcf3feb8bf031ba8010c76a745ee76.jpeg 
K saja nak membajet post gambar posing bajet princess ni. Nak kasi korang mimpi ingat aku. Haha berangan.


Nantikan update yang akan datang k!


Saya Sudah Kembali!

Assalamualaikum bloggers

Tok tok tokkkkkkkkkk.
Ada orang tak ni? Mana?
Macam sunyi je. Hukhukkkk.


Dan, hello bloggers! Saya dah kembali >,<

Ada yang rindu kita tak? Hihi.


Maaf k semua. Saya amat busy sampai saya tak sedar dah tak update blog berbulan bulan. Aiyooooooo, antara rekod terburuk setakat ni. Haha. Nasib baik followers sentiasa meningkat. Alhamdulillah. Ada jugak orang yang sudi follow blog picisan ni. Hihi. Terima kasih k. InsyaAllah yang mana tinggalkan jejak langkah kat chatbox tu akan di tracking sensorang. Weeeeee.

Banyak benda yang nak cerita tapi tak tercerita. Hihi. Serious payah nak cari time nak update blog. Pasal result SPM, abaikan. Yang penting saya dah buat Mama Abah bangga dengan saya. Sangat bangga! >,<

Dan yang penting, sekarang saya dah berhenti kerja. Dah sambung belajar macam yang saya harapkan selama ni. Macam apa yang keluarga saya harapkan untuk masa depan saya. Nak tahu saya sambung belajar kat mana?

Saya dapat form 6 dan saya terima! Why why? Mesti semua cakap susah kan? Actually ini sebenarnya yang akan mencabar saya untuk berjaya. Cuba cakap belajar apa yang senang? Selagi usaha selagi tu akan berjaya. Itu yang saya pegang.

Saya tak dapat tawaran UPU. Mungkin bukan rezeki saya sekarang ni nak jejak universiti. Tapi akan datang, insyaAllah. Saya juga tak apply politeknik. Teruk saya kena bash dengan Mama sebab tak apply. Saya lupa nak apply poli then the important saya tak minat kemahiran. Saya tak suka dan tak tahu mengapa. Jangan tanya dah. Hihi -__-

Back to the topic, lagipun now Pra-U dah ikut sistem semester. Tak sesusah dulu. Saya nak buat yang terbaik every sem and dapat pointer 3 something ke atas. Setakat ni saya tak tahu apa yang saya nak dalam hidup. I mean cita cita. Sebab kalau yang mana keep in track saya dulu tahu cita cita saya yang nak jadi doktor. Tapi now dah berubah. Maybe saya kena cari something yang sesuai dengan saya. InsyaAllah akan dipermudahkan.


And this is me with Apipah dalam Bilik Kuliah. Hoho, serious bilik ni like dalam Universiti punya dewan kuliah. And I'm shooooo excited at first time. *jakun*


Dari kiri Maizurah, Tasha and me. Hoho semua tak boleh ngorat sebab dah ada. Ehemmm uhuk uhuk.. Haha.


And sebenarnya, 5 Julai hari tu my 18th birthday. Wuwuuuuu Happy belated Birthday to me! Dan more terkejut bila kawan kawan lama and yang baru kenal kat BTHO tu buat surprise party untuk saya. Serious saya terharu. Siap ada birthday card daripada classmates lagi. Wuwuuuuuuuu rasa terharu plus nak nangis time tu jugak T.T


Fine, saya kena baling air, fine saya kena baling tepung. Kecomelan saya hancur gara gara kerakusan mereka membaling segalanya kat saya.


The girls. Thanks korang. Love muah muah. Haha.


Antara ucapan dorang. Ada 5 page semuanya but ni half of it. Terharu masa dapat ni. Huhu.
Actually nak letak gambar kek tapi masalahnya tak ingat save kat mana. Haha. Sadis amat k.

Dan yang paling utama.......


Saya terpilih jadi Pengawas Sekolah bersama Faris, Mirul and Aini. Aini takde pulak dalam ni. Wehuuuuu lepas ni kena garang garang sikit depan student lain.


Okay, ini sahaja yang saya nak cerita sekarang. Saya akan sambung lain. By the way, Selamat Menyambut Ramadhan kawan kawan. Bye bye!