END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla

Assalamualaikum bloggers

Morning alls. Tadi blogwalking as usual. Tiba tiba nampak ada orang tag kita untuk join satu GA yang superb awesome before 2011 melabuh langsirnya. GA ini adalah by Cahaya Azyla.


Nak join? Klik banner okay?

Tag : Fyka, Ana and Lyssa

Tarikh tutup contest : 31 Disember 2011

Okay, dalam tu dia ada minta letakkan senarai sponsor dalam entri. So lets started.

Senarai Sponsor:


So mari join ramai ramai ya?

Jiwa Kacau

Assalamualaikum bloggers


Hai. Kita bertemu kembali. Genap seminggu saya tak update blog. Saya tahu kalian noticed tentang tu. Masakan ada yang bertanya di Facebook dan Tagged di mana hilang kewujudan saya. FT Island pun cari saya nak ajak tengok konsert dorang 14/1/2012 ni. Halah halah saya dah update ni. Jangan report dekat Mama kalian dah.

Saya tak sihat. Kerongkong saya buat hal yang sangat serius. Melancarkan Perang Dunia Ketiga bersama dengan anak tekak. Sehinggakan saya menjadi mangsa. Kerongkong dan anak tekak, sila bekerjasama dengan saya semula setelah 17 tahun, 5 bulan, 3 minggu  dan 4 hari kita bersama.

Actually saya busy. Kalian tahu kan saya pulang ke kampung Jumaat lepas. Kalau tak tahu, ada dalam entri INI. Hm, dekat kampung tahu ler macam mana. Line pun susah nak dapat. Kalau dapat pun, sangkut sangkut macam tengah tunggu ayam bertelur.

Saya ada buka blog. Saya approve komen kalian. Cuma saya tak reply aje. Terima kasih drop komen tu semua. Saya akan up to date dengan kalian. Cuma saya agak tak selesa bila ada yang seperti menyanjungi post saya yang saya rasa seperti "Oh my, apa kau merapu this entri shoo like erghh erhghhh". Haha.

Saya bukan retis untuk kalian sanjungi. Saya hanya manusia biasa yang hidup di dunia ini sebagai perantau yang sangat kerdil. Saya appreciate bila kalian kata kalian suka baca post saya. Ada juga yang hantar dekat chatbox suruh saya update lagi banyak cerita. Itu buat saya juling kalah Halimah Jongang. Eh silap seperti Fatimah Juling.

Saya tak minta begitu. Saya ni bukan superstar. Saya ni hotsentap. Bukan hotstuff seperti zaman MySpace. Siapalah saya ini. Bukan kembar tak beriras iras Lisa Surihani. Nak kata adik angkat Nora Danish, jauh bontot dari kuali. Tapi, saya bersyukur sebab semua orang menyokong saya dalam dunia blog ni.

Apa yang kalian suka dengan entri saya sebenarnya? Saya selalu baca post lama lama. Saya rasa saya lebih banyak merapu rapu. Cerita baby pang pang lah, cerita yang rasa macam ayam ayam jo cerita kau ni jang. Saya ni dah lah digelar Zylee The Legend oleh cikgu Add Math. Dah diam! Jangan ketawakan aku.

Saya sekarang banyak masalah sebenarnya. Itu saya nak fikir, ini saya nak fikir. Saya tak suka menyusahkan orang. Saya lebih suka selesaikan masalah sendiri. Pening saya nak fikir. Kesihatan yang tak berapa nak cool bebeh cool bebeh, uh uhh. Tengok saya dah mengarut balik.

Saya tahu saya tak lawa mana pun. Tapi saya bersyukur sebab Allah ciptakan saya lengkap serba serbi. Hidung mancung sederhana, bibir kemerahan, kulit putih, slim tiang lampu. Saya tak cucuk tang sini, tak cucuk tang situ untuk cantik. Pakai Fair and Lovely aje wehh!


Hai, ni kawan saya Aina. Gambar dia rasanya tak berapa nak ado dalam blog ni. Meh gua pampang gambar omeii Aina ni. Mwehehehehhe.

Semalam saya keluar bersama kawan baik saya, Aina dan Fara. Gambar di atas semua ketika di sana. Enjoy ya! Nantikan entri seterusnya. Daaaa

Year End Mega Giveaway

Assalamualaikum bloggers

Hari ni nak join satu GA sempena penghabisan year 2011. Taksub gila dengan hadiah dia.



Senarai Hadiah :

1) 10 pemenang 2x contact lens and case sponsored by All Type Lense
2) 5x baucar RM 15, 5x baucar RM 10 and 5x baucar RM 5 sponsored by Pearl Closet
3) 3 hermes purse sponsored by Most Dagang Trading
4) 5x header sponsored by Nabila Mars
5) 1x header sponsored by Maliihah Madzelan
6) 2x header glitters and 1x edit classic template sponsored by Aina Hanani
7) 3x doodles sponsored by Anys

40 Hadiah untuk dimenangi. So lets catch it up!
Tarikh Tutup : 31 Disember 2011

Tutorial : Make Beautiful Chatbox

Assalamualaikum bloggers


Hai kalian. Kita kembali dengan segmen tutorial bersama Kak Zylee. Weeee. 

Disebabkan si owner shoutmix yang menggedik menukar perkhidmatan shoutbox dari free kepada berbayar menyebabkan korang semua garu garu kepala tak tahu nak bayar pakai duit kertas ke daun kan?
Ya, saya tahu semua geram sebab shoutmix lagi best dari chatbox. Tapi apa kan daya?

Actually banyak link lain yang boleh korang guna untuk buat shoutbox lain. And salah satunya cbox.

Cbox nak lebih kurang macam shoutmix. Kita boleh design lelawa. Tapi yang tak best bila kita nak letak link dekat blog orang lain, kita kena tulis again name and link kita.

So mari kita mulakan tuto kita.

1) Pergi ke link ini > SINI

2) Then klik kat bahagian atas "Sign Up".

3) Fill in semua yang ada dekat situ. Boleh tengok bawah ni.


4) Yang style tu biarkan je modern blue. Nak tukar pun boleh tapi takpe kalau tak tukar. So lepas dah fill terus TICK dekat "I have read blah blah blah". Terus tekan Create my Account.

5) Nanti dia akan keluar macam bawah ni. So terus aje log in dekat atas tu.


6) Tekan dekat Look & Feel and ambil Colour & fonts. So korang tukar aje lah colour mana yang korang nak dekat situ. Dah puas terus tekan Apply.


7) Kalau nak tukar smileys pulak, tekan dekat Option then ambil Smileys. If tak suka pattern dia, tukar aje lah macam dalam shoutmix. Icon tu boleh dapat dekat SINI.

8) Tekan Publish and korang copy code yang keluar. Nak save tekan dekat Design > Page Element > Add Gadget > HTML/Javascript, and save dekat situ.

So you are done! Anything? Just ask dekat bawah okay? Thank you!

Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!

Assalamualaikum bloggers


Hai. Hari ni nak join satu contest yang dirasakan agak menarik. Saya di-invite sendiri oleh pemilik blognya : Innanie Ariffin. So kalau nak join, jom lihat di bawah ini.

Leopard Printed Cosmetic Bag by Elle

Tag : Lyssa and Aischa

Tak rasa menarik ke? Ada banyak lagi so korang boleh lihat sendiri.

Syarat- Syarat Penyertaan :

1) Buat entri bertajuk "Blog Hanya Dari Mata Mini Give-Away :TQ Followers!" dan linkkan gambar ke blog HDM.
2) Follow blog HDM dan letak gambar di atas.
3) Tag 2 orang rakan blogger.
4) Tinggalkan URL di comment form GA.

Tarikh tutup ialah 31 Disember, Sabtu jam 12.30 malam.

So jom join GA ini ya? Owner akan pergi sendiri dekat blog korang untuk judge. Sedia ya nak hadapi peguam ini. Muwahahaha hope terpilih sebab tak pernah menang contest or whatever GA. T.T

Tak Seindah Mimpi

Assalamualaikum bloggers


Saya guna aku.

Sudah 3 malam berturut turut mimpi yang tak berkesudahan. Saleem pun ketawa mengekek ngekek dekat aku. Serius. Aku mimpi Lee Min Ho. Ah gila ah kau, gila ah kau. Ya, memang gila. Gilakan Lee Min Ho.

Macam orang gampangan aje. Ah persetan iblis kan. Lee Min Ho, Lee Min Ho. Apa kau mandrem aku wehh? Jangan ah camni. Tak lena gua. Aaron Aziz pun tak buat aku cenggini.

Hari ni pulang ke Tanah Suci. Ehh silap tanah tumpah nya darah Daddy daddy cool. What about daddy cool. Daddy daddy cool. Okay, sudah sudah. Petang ni balik kampung. Di mana di mana. Di mana letaknya kampung mu itu Zylee? Sudah menggila Jac, Shila dengan Ning jap lagi.

Hai awak, saya Zylee. Petang ni saya balik Parit Buntar, Perak. Lepas tu kata mama nak jejalan Penang. Hope betul sebab sebab ahhhh rinduuuuuu Penanggggggggggggggg. Okay, goyang Inul jap.

Aku tadi belek belek old pictures dekat folder dalam laptop semua. Then terjumpa banyak sangat gambar season. Ohh, terus rasa nak pinjam sayap fairytale or spender dengan kain terbang Superman sebab nak terbang lelaju jadi orang pertama yang sampai dekat kampung.

Bukannya apa. Bila belek all those picture, terus rasa macam nak panggil abe abe photographer top ambil kan gambar kita buat photoshoot dekat situ. Rasa macam nak posing tengah sawah sambil jerit "I love you, Lee Min Ho". Takpun terjun parit belakang rumah Pak Su suruh abe photographer buat gambar tu jadi macam scene dalam air. *ktetiba.

Halah halah kau cakap kampung aku kampung ayam ayam je, kau tak tengok lagi. Silap hari bulan Nisa Kay pun datang situ semata mata nak buat photoshoot. Tak pun Irine Nadia nak buat photoshoot pre-wedding ke 2 dekat situ. Jangan ingat nama kampung aku Tebok Haji Musa, Titi Serong, dia serong seserong mungkin. Kang mata kau yang seserong serong menyerong. Haha. *sensitif dengan tetiba.

Julingkan mata anda lihat gambar kita di kampung halaman. Klik untuk pembesaran sebesar besar gajah duduk. Mwahahaha.


Yang paling besar tu cousin kita, Ida. Dia istimewa sikit. So jangan hina dia.


Selain theme coklat, tu semua cousin kita tau. Nak kenal? Alololo yang pink baru kahwin. Yang dalam entri INI. Hihi.


Tak tahu kenapa nak show jugak picture ni. Almost the feveret lah. Macam dalam album gambar. Weheee.


Nampak background sawahnya? Cantik gila kan? Ahhh abah cepat lah balik kampung!


Rasa macam nak meroyan bila tengok. Abang Aizul Marcello tolong ambil gambar saya macam ni. Pewlishhhhh. Hukhuk.


Sawah yang semakin hari semakin cantik. Sayang negeri Perak! *ktetiba.


Hai, saya tahu awak jealous. Boiiiii.

Amacam? Hew heww, mama abah cepat balik ofis lepas tu terus balik kampung. Kita rindu nak ambil gambar cenggini.

Oh forget, ni dekat Perak bukan kampung aku kat Kedah. Kedah dah lama tak balik. Jangan tanya aku kenapa. Okay, aku nak kemas baju dah. Bye!

P/S : Kenapa aku suka update entri tak serupa tajuk? Wuuuu -_____-


Setelah Menghilangkan Diri

Assalamualaikum bloggers


Hai! Saya mula buat keputusan untuk update blog saat ni. Maka adalah beberapa penghendap blog tegar saya ni mula berbicara sesama sendiri "Di manakah menghilang dirimu Zylee? Hadir dalam bayangan" Woii dah petang cenggini melamun merapu masuk lagu orang.



Hai Maria Dania! Terima kasih sebab appreciate blog kita ni walaupun kita selalu update entri merapu. Hew heww nah kita kasi sekupang. Cayang kewtat kewtattt. *Aghhh geli menyampah eden.

Agak lama saya tak update entri. Last 15/12 entri yang bertitle INI. Niat dalam hati nak update blog tapi asyik terbantut. Maaflah kepada semua silent readers, overzz readers blog gua. Gua bukan tak nak update tapi kekangan waktu mengakibatkan gua terpaksa bantutkan niat gua dalam pasu bunga depan rumah gua. Muwahaha kperasan!

So kepada yang sebelum ni singgah blog saya walaupun tiada entri terbaru, terima kasih tolong cuci, sental, mop lantai blog saya ni. Bila usha shoutbox tadi, terkejut tengok bersih sangat blog saya. Siap ramai tinggalkan jejak langkah World mereka. *Tetiba teringat dulu ada rancangan Langkah Mawi World.

Actually banyak idea mencurah curah nak update blog. Sampai dirasakan duopuluhampatjam sehari pun tak cukup nak isi semua update yang saya nak buat. Almaklumlah, minah perasan pantas sepantas pantasnya menaip dengan kadar 256 Mbps.

Dan sebenar benarnya saya menghilangkan diri kerana BOF atau nama panjangnya Boys Over Flowers. Gila ke hape aku ni? Mwehehehe.

Gila lah cerita dua tahun yang lalu baru nak tengok. Actually, dulu tengok jugak but episode akhir je. Kahkah podah orang tengok dari awal, yang saya dah part penghujung baru nak tengok. Dah masa tu buat muka toyer melayan cerita tu yang tak tahu hujung pangkal akar pokoknya cerita dia pasal apa.

Masa cerita tu ditayangkan dekat Malaysia saya baru Form 3. Then, kalau nak online or tengok tv punyalah payah sebab dikawal ketat oleh security rumah alias Parents. Gila lah, wa cakap kalau ada je nampak wa online, boleh dikata rentung telinga wa, dengar panahan petir dari mulut mama gua. Dah kenapa wa gua pulak ni?

Dan saya seperti rusa baru masuk bandar lepas tu terjatuh terhumban balik masuk pekan bila tengok cerita tu. Gelak bergolek golek bila tengok cerita tu. Kadang kadang dirasakan kalah kanak kanak yang baru dapat gula gula sebab teman Mama dia pergi klinik check pregnant kedua ke tak. *Tetiba.

Semestinya lepas tengok cerita tu, hati wanita seperti saya mula merasakan bibit bibit panah asmara menerjah bayangan di siang hari. Haha apahal ayat macam apa dah. Saya mula jatuh hati kepada kumpulan F4 dalam cerita tu. Wahh cayalah.


Ala bro Lee Min Ho ni buat muka seksi pulak pandang gua. Muwahahaa. Okay, kalau anda perasan saya mula memakai nickname Zylee time Form 3 dan itu gara gara cik abang Lee kita ni. Saya angau setengah mati dekat dia that's why sanggup letak nama ada pangkal Lee. Dan asalnya dari nama family saya dulu jugak.


Abe Kim Hyun Joong. Ahhhh ahhhhhhhh. Pahal dah macam perempuan histeria kau minah? Yilek yilekkkk. Suka watak dia dalam BOF as Ji-Hoo. Watak yang sungguh polos macam baby sesuai dengan muka dia yang not macho but comel dipandang. Kahkah geli.


Kim Bum comel. Wooo wooooooooo. Suka tengok bila dia senyum dalam BOF. Dah gila bayang bagai sampai terbawa dalam mimpi. Dah lah dalam tu jadi playboy, lagi haremmmmm lah sangkut tengok dia senyum. Muah ciket oppa Yi-Jieong.


Siapakah jejaka mata boolat boolat ni? Auw geli mak. Mwehehe ini Kim Joon. Dalam BOF boleh dikatakan dia antara yang macho. Dia tak handsome tapi gaya dia menampakkan dia macho. Dan aku sudah mula gila dekat dia walaupun tak pernah nampak dia berlakon cerita apa -____-

So kepada encik yayang, sila prepare nak angkat kaki keluar dari hati kita ya, sebab kita dah ada 4 boyfriend baru. Kuikuii.

P/S : Tolong klik segala link yang appear dekat entri ni. Mari ramai ramai bersedekah. Orang yang bersedekah ke jalan Allah dengan ikhlas akan diberi ganjaran yang setimpal. Amin.

Heyarghhh Heyarghhhh Yehuuuuuuu!

Assalamualaikum bloggers


Weheeee. Title entri menggedik mengalahkan apek kong kong menang loteri 600 ringgit. Ehh tak mengalahkan kanak kanak dapat lolipop besar ada gambar Johan Asari. Muwahahaha. Eh Cinta Elysa dah habis. Ala tak sempat nak tengok. Takpe, search Malay Movies nanti. Heiii guys! Aduhaii lambatnya hei heii dekat peminat. Nanti peminat lari baru tahu. Kahkah.

Actually aku nak merasmikan something ni. Cepatlah tunjukkan muka keterujaan anda semua tu. Cepatlah tanya apa dia yang aku nak rasmi ni. Cepatlahhhhhh. Hai Zylee comel, apa saspen yang awak nak kasi dekat saya tu? Haii, adik cantik. Sila scroll ke bawah sikit tau. Saya nak bagitahu lah ni.



Jap eh jap ehhh. Saya malu ah. Haha



SEBENARNYA CUMA NAK CAKAP SAYA DAH HABIS SPM SECARA RASMINYA.
YEHUUUUUUUU!

Ehh tu merasmikan ke? Ala rasmilahh tu. Nak keluar perkataan MERDEKA tu payah nak keluar di bibir sebab tersekat di kerongkong. Rasa nak kena sedut dengan mesin hampagas alias vacuum baru nak keluar perkataan "Hai budak sekolah, saya dah merdeka." Hew hewww.

Anyway, babai baju sekolah Canggih saiz 15 setengah. Babai beg sekolah yang mulanya jenama Converse lepas tu putus ke T Me Up then terjahanam talinya bertukar ke Nike lepas tu talinya dirobek robek oleh buku sekolah aku menyebabkan pertukaran ke beg terbaru pada bulan 7 jenama Yamaha. Hihi banyaknya aku tukar beg tahun ni.

Ehh lupa babai kasut sekolah All Star. Babai pensil box cartoon cartoon beli dekat Econsave. Huahua. Babai botol air pink cartoon cartoon Paris yang dibeli dekat Popular semata mata nak trial SPM takut kehausan. Dan tanpa sedar sebenarnya botol air tu sama dengan Aischa. Haha bila dah SPM baru perasan kan yayang oiii? Banyaknya aku nak babai. Sodihnya T.T

Selepas ni, masa saya untuk menempuh cabaran 2012 yang belum pasti sinarnya kelam mahupun terang. Jyeahhhh! Masa untuk saya memulakan karier. Apakah ini? Kerja babe! Kerja! Aku butuh uang untuk biayai kos aku. Aku mau beli itu beli ini jadi aku butuh uang. Kahkah bosanlah cakap Indon. Maaf ya ibu bapak segalanya Indonesian.

Walaupun cenggitu, aku mula rindu sekolah. Aku rindu kawan kawan. Aku rindu nak kutuk orang yang cakap belakang pasal aku. Jahatnya aku. Tak sebenarnya aku rindu nak berstory cerita suka duka riang hilai segala tawa bersama kawan kawan. Ahh kenyataannya aku tahu lepas ni susah kita nak keluar macam selalu.

Enda dah dapat kerja. Yang lain masih belum dapat dikenal pasti. Cakling dah nak gerak PLKN tepat 1 Januari. Aku baru je cari kerja tadi. Ada beberapa tempat macam ada peluang nak dapat kerja. Kawan aku semua macam mana? Rasa nak kering dah segala hingusan dalam hidung sampai rasa air mata pun turut keluar melalui hidung. K aku tipu.


Hai, saya rindu nak pergi lawatan anjuran sekolah. Ni depan Masjid Kristal. Tahun lepas punya trip. Saya jadi kakak senior yang disayangi adik adik. Tu majoriti adik adik saya. Sayang adik adik. Jangan lupa rajin rajin berdoa. Result PMR dah nak keluar. *ktetiba.


Hai saya ROBOCOP rindu nak jadi referee dan penjaga masa futsal lagi. Last year punya gambar. Saya yang gelap manggis manggis tu? Noo noooooo. Jahatnya awak. Babap kang. Saya yang putih tu. Itu dia saya bersama Cakling. Hitam hitam lelaki budiman. Muwahaha.


Ini masa hari gotong royong perdana. Saya rindu nak pura pura rajin dan bercemangat kental mengemas kelas. Haha, saya rindu nak snap snap overzzz guna DSLR cik Camy cinonet tu ha. Hew heww. Kelas saya menang kelas tercantik time ni dapat 100 riyahh. Huiyoo sho bangga. Hidup 5 Cemerlang!


Tadaaaaaaa. Ini sewaktu Merentas Desa dekat Wetland, Putrajaya. Saya paling hujung berkaler oren. Muwehehe bercemangat sekali saya nak lari sampai diri lane paling depan. Bila bunyi je PRITTTTTT, saya overzz lari sekuat kuat particle zarah kejar Peeqa si jaguh sekolah. Dan akhirnya saya berjaya. Weee.


Haii saya Zylee, sebelah tu Fara Kora. Itu froggy. Ya, saya dah bedah dia. Pengajian Biology membuatkan saya tak boleh nak bersimpati dengan katak ni sebab saya nak menuntut ilmu di dada jadi saya bedah ia. Kalau saya simpati maknanya saya dah bunuh binatang. Jangan suruh saya bersimpati dengan ia. Saya hanya belajar. Tolong mengerti! Babai froggy.


Hai, ini namanya candid. Candid sewaktu saya lawan Volleyball. Baju awak cantik lah Zylee. Terima kasih. Tu baju rasmi budak Sport Science. Weeeee bangga. Awak kurus. Ya, thank you. Haha. Malu ah tengok muka titewww macam nieww. Raseww macam nux sorok dalam bantal jewpp. Hew hewww kang sekali dengan badan kau aku sumbat dalam bantal. Huhu.


Ini masa graduasi sekolah dekat Dewan Teater and Banquet PDRM. Time ni semua eksaited kemain sebab melepas rindu dekat cikgu kesayangan alias Mama Zack yang baru habis pantang. Muah muahh dekat cikgu. Yayang cikgu kiri kanan. Mwehehehe.


Tenenenenee, ini depan kelas ku yang tercinta. Muah dekat kelas. Rindu nak nyanyi dalam ni. Huhu. Hai, ini masa hias kelas untuk sambutan Merdeka Raya. Kelas saya Juara. Ya, 5 Cemerlang selalu juara dalam sekolah. Serious tak tipu. Bangga dapat kawan yang sporting gila dan sanggup tolong saya masa ni! Saya yang paling berhempas pulas segala function pinggang dan anggota badan semata nak kelas saya menang!


Dan akhirnya akhirnya. Saya rindu nak pergi sekolah balik. Rindu nak ambil gambar dalam bilik lepas tacap mekap sebelum pergi sekolah. Rindu nak buat muka terkejut macam ni. Rindu nak dengar bebelan mama kalau susah nak bangun pergi sekolah. Arghhhh saya rindu segalanya. Serious korang tak macam tipah tertipu. Huhu.


Saya sudah mula percaya kata kata kakak senior sebelum ni. Dorang banyak kali cakap lepas ni saya mesti rindu sekolah. Kan betul. Baru semalam saya keluar dari sekolah secara rasmi, saya dah rindu segalanya. Teringat muka innocent yang takde sen saya tunjuk masa first masuk sekolah saya 5 tahun lalu. Rindu semua cikgu cikgu yang pernah ajar saya. Saya akan sentiasa ingat jasa cikgu. Terima kasih semuanya.

P/S : Saya merindui kekasih cerah saya sepertimana saya merindui sekolahku syurgaku, SMK Cheras Jaya.

1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara

Assalamualaikum bloggers


Hello! Tetiba rasa macam lama je tak update blog. Hew hewww tetiba kay. 
And actually tadi belek belek shoutbox then terjumpa lah ada orang hantar suruh join contest seperti yang tertera. Nak tahu siapa? Tuan empunya blog sendiri yang menjemput aku untuk turut join sekaki memeriahkan 1st GA dia.
Btw, terima kasih kak Lily. Hihi.


Nak join? Klik sahaja banner tu okay?

GA ni berlangsung selama sebulan. So banyak lagi masa untuk korang join. Lagipun contest ni baru dilancarkan.

Hadiah? Confirm superbbbbb! Tak cayo? Tengok sendiri okay dekat blog Kak Lily

Anda di tag : Anis, Atifah and Lyssa


SEGMEN | JOM TAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum bloggers


Hello guys. Ya, saya baru balik dari melabur duit dalam poket dekat Mines. Masa pergi terasa seluar jeans nak terlondeh jatuh sebab duit banyak sangat simpan. Bila dah balik, bukak purse kupu kupu pun takut nak hinggap. Cerita Mr Bean menipu. *ktetiba.

Ah jadilah. Tak habis SPM tak boleh pergi jejauh, kata Mama ni. Sebagai anak yang sebaik baiknya, saya ikut je. Huhu.

Anyway tadi blogwalking dekat blog siapa tah then terjumpa satu segmen. Ehh ni segmen bukan contest lah. Contest dari Cik Lulu Caldina. Ya, segmen yang dirasakan sangat berbaloi dan dijamin hebak. Mu dengar aku cakap apa? Confirm hebakkkk!


Dalam segmen ni Lulu minta saya bagi reason kenapa nak sangat join segmen ni.

1) Nak sangat kenal dengan semua bloggers yang ada dekat Malaysia ni. Ha nampak sangat tamak. Ekceli, kenyataannya aku memang sejak dahulukala lagi memang suka berkawan dengan orang. Hew hewww.

2) Suka kumpul kawan baru. Ya, ini penting. Sampai kekadang aku rasa nak beli Album gambar besar gedabak dekat Popular, lepas tu simpan semua gambar bloggers dalam tu. Nanti nak kecoh dengan semua orang. Haha ktipu.

3) Nak tahu apa yang diorang post. Aku ni suka baca post orang tapi kekadang malas nak drop comment. Aku akan tulis dekat shout dia "Hello, kita singgah sini. Best post awak". Ha tapi kalau sampai hari mood kerajinan membatu batu, kalau boleh semua post kau aku nak comment. Kihkih.

Okay, rasanya cukup sampai situ. Eh lupa nak kasi tahu kalau nak join klik aje banner tu. Tarikh tutup dia 11.12.2011 ni tau!

Saya Cemburu

Assalamualaikum bloggers


Seperti biasa, Hai sebagai salam pembuka bicara. Entah kenapa, hati saya dikuasai oleh cemburu. Ya, saya cemburu. Cemburu yang sangat keterlaluan. Saya tak kiralah awak nak cakap saya dengki ke apa? Godai.

Okay klik lah SINI kalau nak tahu. Kalau awak benar benar mahu ambil tahu.

Maaf tetiba terkasar. Ya, awak buat saya cemburu. Sungguh, saya benar benar cemburu. Rasa seperti malam ni nak pergi serang Kementerian Pelajaran eh tak nak tubuhkan Ganyang Lembaga. Ya, saya nak ganyang Lembaga Peperiksaan SPM. *tetiba rasa bangga kalau betul dapat tubuhkan Ganyang Lembaga. Nanti mesti muka aku keluar dalam buku teks Sejarah edisi tahun 2020. Hew heww.

Entah kenapa saya cemburu dengan kekawan yang dah habis paper. Majoriti kawan kawan saya dah habis paper hari ni. Ya, saya rasa macam nak nangis lelaju dengan kadar 17 MBPS. Saya tahu melampau tapi saya peduli apa. Kajang banjir, Cheras Jaya pun tetiba nak rasa penangan banjir. Ktipu.

Eh betul ke Kajang banjir? Serious baru tahu Ahad hari tu masa nak pergi Jom Heboh. Halah aku memang tak tengok paper langsung sebab sibuk uruskan majlis wedding kakak sepupu tu. Okay, memang aku jakun nak tengok pekan Kajang. Dah kenapa tetiba lari tajuk?

Semalam tengok dekat status Shuzu, kawan lama update dah habis paper Account. Halah Shuzu, mu dah berjaya meroyakkan hatiku. Sampai hatimu! Hek elehhhhhhh. Kata brutal, tah tetiba tacing pehal? Cerr rileks gegirl. Ha like that. Let's dance together, get on the dance floor. Tah pehal kau wehh sikit sikit nyanyi? Tahun depan dah layak nak masuk pertandingan menyanyi. Apa hang tunggu? Pi lah. Haha.

Ha okay sambung tak cukup Shuzu, intai lagi orang lain. Ni ha makcik sorang pulak, Scha. Eh jang, ekau pun sama. Hancur luluh hatiku bila lihat post mu itu. Mu buke tak tahu, mike dok tunggu bila lagi giliran saya? Ha dah kenapa keluar dialog Hamdan Ramli cerita Man Laksa ni? Tah tetiba sedih apehal lambat sangat paper. Untunglah kan kan? Boleh buat macam macam dah habis awal.

Takpe, gua buat rileks, buat cool. Muka harus macho, harus tunjuk semangat kental. No lap hingus hingus. Haha. Siap ah, siap ah. Tengok lah korang. habis paper aku menyondol blog aku update status, update blog overz overzz. Ciap uolzzz cemuewww! Hew hewwww.

Habis paper, memang kaw kaw saya guna masa. Saya akan start ambil lesen complete habis then siap siap ah kita cari kerja. Nak kerja kedai kek. Best. Sambil tu boleh merasa kek sedap sedap. Lepas tu balik rumah boleh try cuba resipi. Lepas tu bagitahu kawan kawan "Weh aku ada buat kek. Meh lah datang rumah. Resipi terbaru aku". Heww hewww lepas tu perasan kata aku yang create resipi tu.

Tengok lah, tengok lahhh korang. Hari pembalasan akan tiba. Ktetiba pehal kau Zylee? *ketawa besar dengan sbeesar besar zarah manusia.

Kau pehal Zylee nak letak gambar sebesar besar gajah? Hew kita pergi Jom Heboh. Siapa nampak kita cepat komen bawah. Huhu


Tutorial : Buat Reply To Comment Button

Assalamualaikum bloggers


Hello guys. Lamanya tak ajar buat tuto. Kan kan? Perasan tak? Huhu, kfine korang tak perasan sebab korang memang tak teringin nak tengok blog aku. *Kecewa tau!

Anyway semalam ada sorang budak tanya aku kenapa dah lama tak buat tuto. Halah halah aku dah buat ni. Tengok jelah. Haha.

Okay hari ni, aku nak ajar buat Reply to Comment button. Apakah itu? Okay tengok gambar bawah.


Yang ada arrow tu lah reply to comment button. Nak belajar tak? Lets go bebeh.


1) Dashboard > Design > Edit HTML
2) Tekan button F3 and cari perkataan bawah ni

<data:commentPostedByMsg/>
3) Paste kod di bawah ni selepas kod dekat atas tadi.

<span><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=BLOG ID KORANG&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=450,height=450&quot;); return false;'><img alt='Reply To This Comment' src='http://3.bp.blogspot.com/_3TLQUQnfZ8A/TBsk-ANVrPI/AAAAAAAAAHs/0NIewfyVreQ/s1600/replygray+2.png'/></a></span>


4) Preview dulu. Dah jadi terus save.


* BLOG ID KORANG : replace dengan blog ID korang. Tengok dekat menu bar atas kalau tak tahu.
* WARNA BIRU : gantikan dengan URL GAMBAR Reply to Comment button.

Dekat bawah ni ada suggestion untuk reply to comment button. Kalau tak suka korang boleh create sendiri. Aku buat tak berapa cantik. Lebih puas hati kalau korang buat sendiri. Nak ambil, ambil je lah.










Btw, kalau menjadi bagitahu tau!

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

Assalamualaikum bloggers


Pepagi lagi dah update blog. Woot woooott Zylee bangun awal. Ha yelah yelah bangun awal nak pergi kelas sebenarnya. Eh btw, tadi terus perasan yang bloggers terkenal dekat Youtube tu, Nisa Kay baru sahaja launch GA dari dia. Ya Allah seriously hadiah menarik. Nak join? Klik banner bawah.


Cara nak menyertai mudah sahaja. Follow step dekat bawah ni okay?

1) Buat entry bertajuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

2) Letak banner giveaway dalam entry korang.

3) Letak link sponsors dalam post dan bloglist korang. Wajib tau!

4) Promotelah entri ni sebab ada hadiah untuk top referral.

5) Make sure korang follow semua rules dia okay?
Senarai Sponsor :

Wahh seriously hadiah dia sangat menarik. Ada 77 hadiah dengan 77 pemenang okay? Ha amacam? Rasa nak menang tak? Jom lah rebut peluang ni



Wedding Kak Ija and Abang Aliff

Assalamualaikum bloggers


Apahal pulak gambar aku tetiba ada dekat sini? Hihi saja je nak kasi korang eksaited dengan kadar denyutan tak senormal selalu baca entri aku.


Ya, sudah beberapa hari aku menghilangkan diri. Aku tahu beberapa kerat manusia sudah mula merindui aku. Ya, jangan nafikan. Aku tahu barangkali apa isi hatimu.

Ceitttt, sudah sudah lah Zylee. Orang tak rindu jangan tersua sua. *kecewa dengan drastik secara tiba tiba.

Wehh cuba tengok perubahan dalam blog aku. Cepat cakap! Muwahaha lambat lah. Baik aku bagitahu sendiri. Dengar lagu kita. Apa tu? EEEE JIWANGNYERRRRRRRRRR. Kahkah kfine cakap aku minah jiwang. Maklumlah dalam hati punyalah banyak love terbang terbang macam burung dalam blog ni. Kuikui.

Btw, sebelum apa apa tolong klik INI, pijak SINI, tonyoh lelaju SINI. Thank you.

Sebenarnya aku menghilangkan diri bersebab. Ya, sebab yang sangat munasabah dan tercapai dek akalmu. Dah masuk balik lagu lagu semua. Sudahlah sudahlah. Okay continue balik, aku sebenarnya membawa diri pergi ke suatu tempat. Ceh mengalahkan orang frust aje kau kan? Tak, sebenarnya tuntutan kekeluargaan. Muwahahaha asal ayat aku macam ni pulak ni?

Aku pergi Klang. Sebabnya kakak sepupu aku, Kak Ija menikah masa hari Jumaat hari tu plus wedding ceremony hari Sabtu pulak. Jadi disebabkan keakraban kekeluargaan membuatkan aku tak boleh missed kan saat saat manis kakak Ija kita ni ye. Asal tetiba aku rasa cara penulisan aku skema dengan tetiba ni?

Okay, aku malas nak cerita panjang. Biar gambar menceritakan segalanya. Bak kata Yuna,"Di setiap gambar ada lagu". Jap ada kena mengena ke? Macam tak de je. Haha deiii podahhhh, Zylee. Huhu.

Sekilas di Majlis Pernikahan.

Ni salah satu barang hantaran kak Ija dekat abang Aliff. Ya Allah sumpah eksaited. Wooo wooooo tengok hantaran dorang. Memang nicely. Barang hantaran lelaki aku tak sempat nak ambil sangat. Dah lah datang lambat time dah settle nikah.

Ni tuala jenama Elle okay. Hantaran pihak lelaki kepada perempuan. Sumpah tertarik gila!


Handbag ni tak perasan pulak jenama apa. Kahkahh Zylee oiiii. Kau nak datang majlis orang ke nak buat hal dekat majlis orang? Sudahlah.


Set wangian badan. Dari side tepi aku nampak macam Body Shop punya. Tak tahu lah betul ke tak. Rasa salah -___-


Tu diaaaaaaaaaaaa. Hah aku yang paling jakun rembat coklat ni bebanyak. Maaf kak Ija. Haha.

Nahhhhhh. Blackberry? Wooooo aku pun nak dari Encik Baby. Eh tak boleh lah sebab dia baru beli handphone Sony Xperia sepesen dengan aku. Hew hewww itu pun nak kecoh.

Eeeee siapakah si gadis berkurung merah ini? Si baju merah sedang bergambar. Deiii jangan rosakkan lagu orang lah.

Sepintas lalu di Majlis Persandingan.

Asal tetiba gambar aku pulak ni? Ngeh ngehh ni dalam bilik pengantin. Pengantin tengah tacap mekap time ni. Terjumpa cermin besar gedabak tu yang gelojoh eksaited nak ambil gambar. Tu cousin kita, Siti Zulaikha.

Banyak betul gambar posing ni. Weii orang nak tengok pengantinlahh. Eh jap yang bertudung belakang tu cousin kita jugak, Shikin

Eeeeeee siapa tu baju kuning brownish tu? Awet mudanya! Hew hewww tu mama kita. Sayang mama kewtat kewtat. Asal tetiba ada unsur memerli tu? Haha sorry.

Kenapa dirasakan hari semakin hari aku semakin tembam? Oh noooooooooooooo!

Kenyataannya daku memang tinggi dari dia walaupun daku lagi muda darinya. *Shooooo bangga!

Apa senyum senyum bang? Haha kerek gila kau Zylee. Ni pengantin woiii. Kau tak nampak belakang tu dia ramai back up. Kang dia suruh orang dia belasah acano nasib ekau? Haha.

Ni diaaaa kak Ija yang dinantikan! Huiyo punyalah lama korang tunggu nak tengok gambar dia sekarang baru dapat. Haha nah tatap wajah pengantin sepuasnya.

Time ni aku tengah bengang dengan sorang orang tua ni. Aku nak ambil gambar dia kerek tak kasi. Nasib baik nilai murni aku menghormati orang tua jauh lebih tinggi dari dia. Wa rilekkk pakcik. Nasib baik dah tak ingat rupa pakcik tu. Kita report daddy cool kita. Huhu.

Seriously suka gila tengok dia punya pelamin. Sangat cantik menarik tertarik kau memang pommmm. Haha.


Sorry if tak banyak gambar pengantin sebab aku kena buat kerja bagi goodie bag dekat tetamu. Yang mana ada aje aku upload. Yehuuuuuuuuu, nantikan entri yang akan datang tau. Bye!