Hu Yeahhhhh Akhirnyaaaaaaa!

Assalamualaikum bloggers


Heyargh heyarghhh *sambil longgar longgarkan jejariku yang runcing dan halus ni dan kunyah kacang cap Pagoda. Bukan baju Pagoda ayah aku. Apa kena mengena tah intro dengan tajuk. Nampak sangat kepala serabut dengan masalah negara. Hew hewwwwww. Ehh choppp choppp. Klik SINI jap kalau awak comel plus handsome plus plus plus minus plus minus plus. Haha.

Lalalalaa hai senangnya dalam hati. Kalau beristeri duuuuuuaaaa. Eh macam lirik lagu P. Ramlee lahh. Again mengarut lagi. Okay, hari ni hari apa anak anak? Rabu! Bagus aku tanya aku yang jawab. Takde orang nak jawab soalan aku. Merajuk ah camni. Nak lari lari macam dalam filem Hindustan sambil kesat air mata tunggu  hero pujuk sambil join aku lari. Sob sobbbb T.T

Hari ni kan hari ni kan hari ni kan kita dah habis paper SPM dah. Ehhh yeke? Tipu ah sebenarnya. Kita ada satu paper lagi wak. Satuuuuu lagi. Sains Sukan. Tapi lambat lagi wak. 14 Disember wak. Sebab tu kita gedik gedik ah nak online lah, nak update status lah, nak stalk profile orang semua bagai. Hew hewwww, dua minggu gap wak. Dua mingguuuuuu!

Kita tak tahan ah nak tunggu. Lembaga gedik gedik atur jadual paper kita hari last. Macam dedik menade nade tak nak kasi kita habis paper awal. Lembaga pun macam tahu kita ni dah seronok nak tengok dunia luar, nak usha budak dress up sesentap mampu dekat depan Pavi. Fuyooooo! Ha tengok tu aku jakun dah. Sebab tu Lembaga kasi paper aku habis last. Huhu.

Nak update blog panjang panjang siap letak entri bergambor tapi tak dapat sebab letih sangat. Dua hari tak tidur kau tahu. Memang kau tak tahu sebab tu aku bagitahu. Ehh meraban aje lagi ni. Hanya berbekalkan air kopi je aku menahan ngantuk sebab risau dengan paper Kimia and Biology. Tapi takpe, lepas ni I dah tak tengok lagi paper tu semua. Ilek ilekkkk, cool bebeh. Hew heww.

Btw, nantikan entri aku yang tak lama lagi. And aku nak transform blog aku jadi lebih omeiiii. Tunggu tau! Silalah meringankan jari like and comment dekat bawah. Aku paksa kau ni. Haha ktipu. Okay, bye byeeeeee!

Changes? Yess, I Have Made Changes!

Assalamualaikum Bloggers


Maaf andai aku broke promise. 30 November akan datang tak serupa apa yang diutarakan oleh bibir manis aku. Ye, aku minta maaf. Tapi nak buat macam mana. Blog ni hidup aku. Kalau aku ada cerita, aku akan tulis dalam blog. Tolong faham sebab aku TER-mungkir janji. Aku tahu orang akan anggap kalau aku boleh broke promise pada diri sendiri, tak mustahil boleh buat dekat orang lain. Its okay, lagipun tinggal 3 paper lagi. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.

Changes? Ye, perkataan yang kerap bermain di fikiran aku sejak dah start SPM hari tu. Entahlah, dalam hati serba tak keruan. Tak buat lagi rasa sebersalah yang amat menggunung gunung.

Ye, aku mahu membuat pembaharuan. Pembaharuan apa? Pakai tudung. Ahh tak kisah lah, pashmina ke, shawl ke hape ke. Tudung bawal pun boleh tapi aku tetap pendirian seteguh teguhnya nak tutup mahkota aku. Dah lama sebenarnya terfikir macam ni tapi ...........

Memang dulu orang ada perasan kita pakai tudung. Heww memang kita pakai tudung tapi bila kita rasa mood kita nak pakai tudung plus selalunya pakai tudung tengok tempat nak pergi. Tapi sekarang, kita betul betul nak tutup kepala kita. Dah takkan bukak dah.

Start minggu ni sebenarnya aku dah start pakai tudung. Setiap hari lepas sembahyang, aku selalu berdoa Allah ampunkan semua silap aku sebab langgar larangan dia. Yelah, aku manusia, kau pun manusia. Kalau tak takkan aku boleh update blog. Lumrah buat silap dan aku yakin orang lain pun sama. Menangis pun dah tak berguna. Janji aku sudah sedar semuanya.

Mungkin dulu kalau korang lepak area Pavilion, Times Square korang perasan imej aku yang agak kuning campur biru sampai tak tahu nak gambarkan macam mana. Tak, aku bukan perempuan macam tu dah. Percayalah. Aku perlukan sokongan semua orang.

Selepas ni, kalau korang pergi sana korang akan perasan aku dengan imej serba serbi yang baru. Bertudung litup dengan style sendiri. *Aku pun nak ikut edaran zaman pashmina jugak. Baju dah takde yang tak cukup sifat segalanya. Rambut keperangan aku ni takkan jadi tatapan mata galak korang dah. Cukuplah selama ni.

Aku bukan lagi si gadis HOT seperti di dalam zaman kegemilangan MySpace
Aku bukan lagi si gadis yang berpakaian sampai tersembul mata
Aku bukan lagi si gadis yang akan mengikut fesyen Barat
Aku bukan lagi si gadis seperti dahulu

Kalau korang ada perasan dekat mana mana muka aku dengan pakaian yang agak strike-ing mata korang, jujur tu bukan aku. Aku ada 7 kembar. Mungkin tu kembar aku yang pertama dekat sini. Kembar aku yang lain ada kat tempat lain. Dekat Korea ada sorang kembar aku. *Dah mengarut meraban dah aku ni.

Lepas ni korang jangan lah tunjukkan I muka I dengan free hair semua. I malu. Hew hewwwww. Saya nak lupa zaman Gelap saya. Saya nak masuk ke zaman Pertengahan dan selepas tu zaman Renaissance. Aku tak nak berpaling belakang dah. Dunia Tom Anderson tu aku dah tinggalkan jauh dari diari aku. InsyaAllah.
Twitter, Facebook, Tagged aku masih belum tukar gambar baru lagi. Selepas exam habis baru aku tukar. Lagi pun line ciput beno. Okay, khas untuk korang tataplah wajah I yang baru ni. Khas untuk you alls. Kalau nak cakap I omei, sila komen dekat bawah. Huahuaaaa.

Ni masa raya AidilFitri hari pertama. Tengok aku. Nak lilit tudung pun tak reti. Heww, sila jangan kutuk saya. Huwaaaaaa. Takpe, lepas ni kena lelaju bukak youtube setiap hari belajar pakai tudung macam ni. Tak pun tengok Pyka Rahmat, Fyka Mohamed, Yana dan Tyah punya blog. Hikhik. Goodbye readers!


P/S : Blog kita dah berwajah baru. Tengok sidebar kita. Dah macam production krew semua bagai. Okay aku perasan jap. Ghahahahha actually aku tak sabar nak menunggu Ombak Rindu keluar. Sebab tu sampai taksub buat title sidebar cenggitu. Wewitttttt.

Contest Blog Simple But Awesome


Contest again? Ahahah , aku terpanggil untuk join contest ni. Hadiah okay, lumayan lah orang kata. Nak join? Klik aje banner. Rules dia? Baca kat tuan empunya blog okay? Lagi details sikit. Hihi.

Closing Date : 13/12/2011

Okay, so better korang cepat okay walaupun date dia lambat lagi. Weheeeee!

3rd Giveaway By Yana

Assalamualaikum bloggers

Hari ni nak ajak korang semua join this GA from Yana. Meh lah join. Lumayan jugak hadiah dia. Nak join? Klik aje pada banner bawah ni.


Okay, rules dia korang boleh show sendiri dekat blog Yana. Cepattt. Tarikh tamat dia 20/12/2011. Hadiah yang mungkin korang menang boleh jadi handbag/ produk mary kay/ shawls and topup. So apa tunggu lagi? Rebut lah peluang ni. Hihi.

Aku nak tag dekat : Atifah, Aischa and Temoyo

Ohh Noooooooooo!

Assalamualaikum bloggers

Hai semua. Korang apa khabar? Alhamdulillah aku baik. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan aku dan kejayaan aku dalam SPM yang aku sedang duduki kini. Terima kasih bebanyak! Mesti ada yang tertanya dalam hati kan? Aku cakap tak nak online till 30/11/2011 ni. Tapi now?

Seriously gua cakap gua rindu sama belog gua. Tak dapat ah nak bayangkan macam mana rasa tanpa tengok belog gua ni. Coincidently hari ni tak ada paper. So aku ambil kesempatan online sesenyap mampu semata mata nak hupdate belog naif aku ni. Ala kali NiewW jeW iTew nAk oNlinE. EsOk iTewW tAk oNlinE daH. Okay keluar dah bahasa wempittttzzz. Tetttt.

Hari ni aku nak cerita kan pasal semua yang berlaku dalam masa aku lenyap dalam dunia blog ni. Ala aku tahu lah korang semua tak rindu aku. Tak kisah kan kalau aku ada ke takde. Rasa macam nak ambil baldi meraung raung dalam tu. *kecewa T.T

Day One - 11/11/11

Okay suddenly aku tahu semua tengok date tu semua cakap "Ohhhhhh Myyyyyy Allah" *tak payah nak OMG sangat kan? Haha. Mesti semua, "Ehh tu date I couple dengan baby I. I sayang dia sangat." "Ya Allah Zylee, you nak tahu date tulah hari paling membahagiakan I. I sayang boyfie I" Kihkih, takde maknanya lah date tu pada aku. Setakat nombor je. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal nombor tu. Okay that day Jumaat kan? Hm pepagi lagi aku menggagahkan diri seperti Badang semata mata nak pergi sekolah. Niat dalam hati nak ambil sijil, slip SPM, majalah USTEJA. Dengan kadar kemalasan yang tinggi, pagi tu aku pergi dengan sejuta harapan nak minta maaf dekat cikgu, terutama cikgu Sivik sebab selalu tidur waktu dia ajar dengan cikgu Kimia sebab dia selalu mengajar aku susah nak tangkap. Jadi belakang dia aku bebel sesorang diri. "Teacher, ni anak muid teacher yang jahat. Teacher titik jari dia kalau dia tak dapat result baik dalam Kimia" -___-

Last day sekolah hari tu. Masa lepas mohon restu. Muka semua menahan sebak. Dari kiri Atifah Chong, Fara, Enda dan Aku. Fara paling sentap masa ni. Hewww.

Day Two - 12/11/11

Subuh lagi, Mama tolak bontot aku nak kejutkan bangun tidur. Sebabnya Mama Abah nak balik kampung pergi kenduri sedara dekat Ipoh. Mama cakap "Eh Azie nak ikut Mama tak? Nak ikut pergi mandi." Aku dengan tenyeh segala yang melekat dekat muka terus jawab "Tak nak lah. Nak baca buku. Nak SPM isnin ni." Terus sambung buat taik mata. Tetiba sedar balik, mula terfikir dalam hati "Ala Mama takut ni nak pergi berdua dengan Abah. Takut nanti kalau benti R&R takde oang nak teman pergi toilet." Terus bangun dari tempat tidur sambil gelak jahat, Huahuaaahuaa. Dalam kereta kerja aku hanya baca buku, buku dan buku. Okay, malas nak cerita suasana dekat rumah kenduri sebab aku takde geng nak borak. Aku ikut bontot Mama je. Ceitttt.

Day Three - 13/11/11

Ha time ni memang langsung tak keluar bilik. Duduk dalam bilik sambil membaca buku dan baca tips di saat saat akhir. Ya, aku memang suka buat kerja saat akhir macam tu. Sila jangan tiru perangai saya wahai kekawan. Dari pagi sampai ke malam yang hanya mampu dilakukan ulangkaji sahaja. Sebab apa? Sebab aku dah merasakan yang aku dah banyak mensia siakan waktu selama ni. Ha kan padan muka aku. Malam tu aku dah siapkan semua kelengkapan nak periksa. Baju siap gosok malam tu jugak. Selalu tu aku tenyeh iron dekat baju aku 10 minit sebelum pergi sekolah. Stokin pun siap letak dalam kasut lagi. Yang penting haruslah kasut daku bershining warna putih dengan hasil daku menconteng dengan kapur kasut jenama Penguin.

Day Four - 14/11/11

Hari yang dinanti sudah menjelma. Bangun pagi tu awal sangat. Terima kasih Mama kejut kita setiap hari. Lagipun Mama ambil cuti sebab kita exam. Yehuuuu! Deyyy baru nak ucap terima kasih? Pape je lahh. Bila bangun, mula rasa memacam. Takut, rasa macam tak percaya yang aku ada sembilan days lagi untuk memakai pakaian seragam sekolah, dengar jeritan Mama yang kejut suruh pergi sekolah, tunggu bas sekolah lelama sampai nak kena kejar dengan anjing liar. Ahh rasa tak percaya, tak percaya! Hihi, pepagi kakak dah hantar ke sekolah. Tepat pukul 7 sampai terus check peralatan dalam beg, review mind saat akhir. Masa nak masuk dewan peperiksaan, memang berdetap jantung. Time tu hanya mampu berselawat, dan baca al-Fatihah. Bila tengah jawab, alhamdulillah. Tak sesukar dijangka. Hikhik.

Day Five - 15/11/11

Hari ni periksa Bahasa Inggeris. Pukul 5.45 dah bangun. Terus sental gigi, sental muka, solat Subuh. Sebelum pergi sekolah siap breakfast makan telur half cook, nasi putih, lauk gulai ikan dengan air Hoo hoo hoo Horlicks. Jadi lah nak alas perut sampai tengah hari. Okay, sampai sekolah terus set dalam mind segala format essay dan memacam lagi. Tapi aku sebenarnya yakin yang aku mampu buat untuk essay tu. Semangat aku berkobar sebab masa majlis restu hari tu teacher aku peluk siap bagi semangat kata aku boleh dapat A dalam BI, bukan A- macam yang selalu aku dapat. Alhamdulillah jugak soalan essay senang. Lagi senang sebab idea mencurah curah macam air bila aku sibuk dok cerita pasal Aaron Aziz dalam essay 350 words. Kelaaaaaaaaassssssss kau Jemah oiii!

Haruslah memampang wajahnya yang kacak sebesar besar gedabak. Biar juling mata bloggers lain. Hewww, wajib tayang nama eden di celahan sinun. Haha

Day Six - 16/11/11

Hari yang paling mencuakkan aku di kala ini. Sejarah wehhh. Aku sanggup minum kopi 3 cawan semata mata tak nak tidur sebab nak terus baca buku Sejarah walaupun sebenarnya akhirnya aku tak mampu kawal contengan eye liner syaitan dekat mata aku. Nasib baik lah ada Encik Love tolong kejutkan pukul 3 pagi. Dia pun memang sejak tak berapa azali dah tahu yang aku kuat tidur. Sebab tu dia kejut aku. Aduhh tebal muka eden rahsia eden orang lain tahu. *malu. Haha okay soalan Sejarah perghhhh memang the latest lahhh gua cakap. Paper 1 agak menjerut fikiran aku. Paper 2 alhamdulillah sonang sobabnyo eden banyok fokus tang bab yang eden dapat soalan spotnyo tu ha. Sebab tu eden mampu menjawabnyo. Tapi strukturnya banyak sangat soalan KBKK. Memang mencabar akal kewarasan daku. Btw, terima kasih tukang memberi.

Day Seven - 17/11/11

Semalam punya cerita. Mathematics paper 1 and 2. Rasa arghhhhhhh, arghhhhhhhh sebab tak cukup masa untuk jawab paper 1. Mana cukup 1 jam 15 minit tu. Eh ke aku yang tak reti nak manage? Untunglah dapat pengawas yang baik, siap bagi kitorang take time sikit masa tu. Sayang akak pengawas. Muah kanan kiri! Hikhik. Terus terang cakap aku boleh jawab paper 1. Paper 2 pun okay lahh. Ada lah sikit sikit yang tak berapa berjaya nak jawab. Agak strike soalan dia. Takpe takpe, come on bebehh. You dah buat yang terbaik. Tawakal okay lepas ni. *beri semangat kepada diri sendiri.

 
Dahh 4 paper dah daku berjaya menjawab. Tinggal 5 paper sahaja then dah freedom! Yehuuuuu, nak cari duit dengan 206 tulang ni lepas tu kita nak pergi National Service cari boyfriend baru. Terdesak, haha. Haipppppp, kang kena dushh dengan Encik Pakwe pulak. Hikhik, terima kasih kekawan yang mendoakan aku. Teruskanlah beri semangat dekat aku untuk 5 paper lagi, Agama, Add Math, Chemistry, Biology and Sains Sukan. Terima kasih. I loveeeeeee youuuuuuuu kekawan!

Tolonglah Aku!


Selamat petang kalian. Sihat? Okay, fine alhamdulillah. Sebenarnya, sebenarnya. Argghhhhhhhh sebenarnya aku nak cakap suatu benda ni. Ishhhh susahnya nak cakap.

Sebenarnya hari ni boleh dikata entri sedih. Sebab apa? Sebab hari ni last aku online, last aku update blog, last aku jenjalan usha blog blogger lain, last aku buat tuto yang susah korang nak jumpa before my SPM. Korang kena faham aku dah tak boleh aktif dah sekarang ni. Aku kena fikir masa depan aku. Dan inilah jalan yang terbaik.

Trial SPM hari tu pun aku cuma dapat 4A sahaja. Aku kena lah buat yang the best lagi agar cita cita aku sebagai doktor pakar tu tercapai. Dan SPM nilah penentunya. Aku sekarang terpaksa struggle diri aku. Masa dah tak banyak. Harap korang faham.

Aku terpaksa korbankan banyak masa yang ada. Masa makan, tidur, jenjalan semua aku hadkan hanya sebab teringat SPM. Ni tengah sental gigi, teringat SPM. Tengah garu garu, teringat SPM. Tengah text, teringat SPM. Tengok tv teringat SPM. Tengah dating, teringat SPM. Oopssssssss! Haha. Semuanya yang nampak SPM.

Aku harap korang tolong jaga blog aku ni bebaik dari esok hingga 30 November 2011. Tolonglah saya, awak! Saya merayu. Blog ni saya dah anggap sebahagian dari hidup saya. Saya tak pernah sehari pun tak teringat blog saya ni. Jagalah blog saya ni sebaiknya macam mana saya jaga dia. Kalau boleh jirus mandikan blog saya ni, dah lama saya suruh awak buatkan. Yang mana dah follow saya tu, awak tinggallah link awak dekat shoutbox saya. Saya akan follow awak balik bila saya dah online nanti. Rerajinlah usha blog naif saya ni tau.

Kepada kekawan lain yang sama nak berjuang mati matian dengan saya, saya doakan yang terbaik untuk awak. Kita akan tetap berjuang sampai tamat. Semoga keputusan yang baik menjadi milik kita. InsyaAllah. Dan satu aje pesan saya, awak semua janganlah lupa minta pada Allah jugak. Hanya usaha kita tak menjamin apa apa. Solat, doa dan zikir adalah jalan terbaik.

Sekian, Zylee Rahman