1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!




Hello semua. Okay tetiba tadi balik sekolah terjumpa this GA. Woowwww! Hadiah dia sangat lumayan. Jom lah join reramai. Takpe, kita cuba aje lah nasib. Mana tahu menang kan? Hihi


Klik aje banner untuk pergi ke blog empunya tuan plus join this GA. Hihi.

Tapi make sure hari ni tau kalau nak join sebab hari ni last bersamaan 31 Oktober 2011. Esok dah takde dah. Kan korang dah rugi. Meh reramai join and support Mr Baiz tau!




Wahai Kaum Adam, Kenalilah Diri Wanita!



Selamat petang wahai kalian semuanya. Ewahhh, sekarang ni semakin serius ya dengan dunia blog Cik Zylee sorang ni. Kalau mampu, nak update aje blog ni setiap hari sampai 10 entri. Memang kelaaaaaaaaaas kan? Tapi nak buat macam mana? Eshhhh Piiii Emmmm saya dah dekat wakk. Saya kena fokus lebih. Lagipun saya dah berjanji yang saya akan stop dari dunia blog start daripada 2/11/2011 - 30/11/2011. Harap semua tak bosan menanti entri saya selama saya tak ada okay? Hihi.

Eh ehh apa kaitan dengan entri tu. Jap nak ulang again. Apa yang kita nak kena kenal dengan hati perempuan ni? Ceittttt. Sabar, bertenang. Satu persatu tau. Jangan gelojoh, nak cerita lah ni. Entri ni panjang meleret leret. Kalau tak tahan sangat, cuba bawak bertahan dan jangan tekan pangkah atas tu. Nanti saya keciwa. Hihi, mari kita mulakan.

1) Perempuan yang sedang bersedih tetapi tidak menangis sebenarnya sedang menangis dalam hatinya.

Eh yeke? Memandai aje awak ni kan Zylee. Tak, sumpah saya tak tipu. Hihi. Ini adalah fakta sebenarnya. Perempuan tu sebenarnya tak nak tunjuk pada sesiapa bahawa dia seorang yang lemah. Elehh yelah selalu korang fikir perempuan ni sikit sikit nangis nak tunjuk depan korang. Konon nak publisiti murahan korang kata. Tapi wujud tau jugak perempuan yang menangis dalam hati sebab tak nak orang lain melihatnya.

2) Perempuan tidak akan melupakan sesaat pun wajah lelaki yang telah menambat hatinya.

Takkan ini pun korang nak kata aku tipu. Perempuan ni lumrah pintu hati dia senang diketuk. Sebab tu lah sekali kau datang dalam hidup dia, dia takkan pernah ingat jantan lain selain korang. Hewww, and sebab tu kalau korang perasan certain perempuan bila dah break dengan pasangan dia, dia takkan mudah lupakan ex dia tu. Take time gitu.

3) Perempuan akan cepat cair jika sang jejaka merenung tajam ke dalam matanya.

Hikhik ini aku admit lahh. Lagi lagi kalau perempuan tengok lelaki yang mata menggoda lagi cepat cair. Macam aku bila renung gambar Aaron Aziz lelama confirm terbawak bawak mimpi. Rasa macam dia cakap dekat aku, "I LOVE YOU SO MUCH ZYLEE. MUAH MUAHHH". Haha. Yelah and disebabkan itu lah ramai dekat luar tu perempuan senang ditinggalkan dengan lelaki pesen ni.

4) Perempuan suka meluahkan apa yang dirasa tanpa menyimpan sensorang dalam hati.

Perempuan ni jenis yang mudah meluahkan apa yang diorang rasa. Tak kisah lah melalui apa pun caranya. Kekadang diorang guna, muzik, lukisan dan tulisan untuk diorang luahkan apa yang dirasa. Macam aku dulu dulu guna kertas aje nak tulis surat kat pakwe luah masalah. Kekadang tulis dekat atas pasir guna batu. Sekarang dah canggih pakai super savers. Haha advance dah dunia sekarang kan?

5) Perempuan tak suka lelaki menggunakan perkataan yang membuatkan mereka rasa tak guna.

Hewww ni memang salah. Namo buat dah macam ni lepas ni tau. Hihi. Okay perempuan ni tak suka korang guna perkataan yang tak baik kepada diorang. Itu membuatkan diorang rasa "Ishhh tak berguna lah aku. Bukan nak jaga pakwe aku leklok. Mamat ni pun bikin malu aku je". Ha kan dah dapat masalah baru.

6) Perempuan paling benci lelaki yang mendekati mereka kerana nak tunjuk pada kekawan dia dapat perempuan cantik.

Ha ni lagi satu masalah. Aishhh korang ni. Cari lah perempuan seikhlasnya. Ni korang nak dekati dia sebab dia cantik then nak menunjuk depan kekawan yang kau dapat awek lagi cantik dari dorang punya. Apa lahh. Dah sah sah lah perempuan tu ingat kau ni menade nak menayang dia macam koleksi Barbie doll.

7) Perempuan inginkan lelaki yang mencintai dia bukan yang dicintai dia.

Faham tak maksudnya? Okay means perempuan ni lebih suka lelaki yang menyintai dia sepenuh hati banding diri dia. Ala contohnya lelaki tu sayang dia 100% yang dia 90% je sayang lelaki tu. Tapi for your info lah, sebenarnya ni yang membuatkan hubungan korang berjalan baik. Trust me! Hihi.

8) Perempuan mudah teringat kekasih lama dia, tetapi kekasih terkini akan tetap di atas.

Apa maksudnya itu? Okay perempuan ni cepat sangat terkenang zaman dahulu kala dia tu. Saat saat dia dengan boyfie lama lah sonang cerita. Tapi korang jangan risau! Kang ada yang hentam aku. Haha. Nama korang tetap yang paling latest dalam hati dia. Dia takkan mudah singkirkan nama orang yang berjaya mencuri hati dia waktu tu. Korang lah pojaan hati dia. Kihkih.


Hm so apa pendapat korang? Actually aku sengaja post ni sebab now banyak jugak follower aku lelaki. Nak appreciate diorang plus bantu diorang. Hoho. Okay lahh. Tengok pic di bawah. Mana tahu lepas ni boleh jadi sesweet macam tu. Nantikan post aku yang lain akan datang. Bye byeee

Tutorial : Flying Twitter Bird In Blog


Hai! Time for tutorial. Eh tetiba rasa macam banyak aje masa untuk aku buat tutorial sekarang. Aicehh tipu ah banyak masa. Nak SPM dah lagi ni. Memang goyang lah, tak cukup masa lah.

Actually hari tu aku ada perasan dekat blog siap tah ada gambar burung Twitter terbang sekeliling blog dia. Memang merata burung ni lari. Tapi tu yang membuatkan nampak cute sebenarnya. Hihi. Bila burung tu kena mouse dia jerit dengan comel TWEET ME, FOLLOW ME. Eleh korang kan memang suka benda cute macam ni nak tempek dalam blog kan? Nak tengok contoh macam gambar bawah ni. Contohnya cenggini or macam dalam blog aku ni



Okay nak try? Ikut step bawah ni.

1) Dashboard > Design > Edit Layout > Add Gadget > HTML/Javascript
2) Copy dan paste kod bawah ni dalam tu

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/exeloph/file/Twitterbang.js"></script><br />
<script type="text/javascript">
var birdSprite="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiImanZgLahIJqvWFtG7L1M9ozNPYBYobfAzxk9CwODKJfVnmBxzPFTA24d3kV6eLezOAbUSmyKCBQpM0_sdCqvXvcMHmrORwfY-ibZZKF2HLTCHpjjHLqV5rUPKcICtbxtTI2ql5-2oq04/s1600/birdsprite.png"; var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span"); var twitterAccount = "http://twitter.com/USERNAME";var tweetThisText = "Twitter - http://twitter.com/USERNAME http://URL WEBSITE/";tripleflapInit();</script>


Colour OREN tukar dengan username Twitter korang. Contohnya http://twitter.com/zyleenerdice
Colour PINK tukar dengan url blog korang. Contohnya http://zyleerahman.blogspot.com

If ada masalah or tak jadi bagitahu okay?

Soalan Menggugat Jiwa


Hai, morning guys! Sihat pagi ni? Heww aku pun sihat. Actually aku di tag oleh cik Scha yang omei ni untuk answering question dia. Eh dia bukan Scha al-Yahya lah. Dia Scha lain. Haha. Okay, soalan yang aku disuruh jawab ni bukan soalan cepugangsa ala ala Abby Fana dj radio Sinar tu. Ni soalan latest punya. Haha. Okay bawah ni ada rules dia. So kena follow one by one. Let's get started.



THE RULES :

( 1 ) You must post this rules.
( 2 ) Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
( 3 ) Answer the questions the tagger set for you in their post, and create 11 new questions for the people you tagged to answer.
( 4 ) You have choose 11 people to tag and link them on the post.
( 5 ) Go to their page and tell them you have tagged him / her.
( 6 ) No tag back.
( 7 ) No stuff in the tagging section about  "you are tagged if you are reading this" you legitimately ( aka REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY  ) have tagged 11 people.
Yeahh mari kita mulakan.


11 THINGS ABOUT MYSELF

1) Saya lebih prefer orang panggil saya Zylee Rahman walaupun keluarga dan kekawan rapat panggil Azie. Jangan cakap saya dedik letak Zylee sebab itu nama Chinese family saya dulu. Hewww.
2) Saya lahir 5 Julai 1994 dekat Hospital Kajang. Eh umur berapa tu? Tekan kalkulator nanti dapat lah jawapan. Ya, saya memang lahir dekat hospital ceruk memana tah.
3) Lebih suka berduka dari gembira. Apakah maknanya itu? Saya cepat emosi. Sikit sikit cengeng. Saya juga susah kawal marah aka hot temper. Sebab tu saya akan lepas aje kemarahan saya tak kira siapa pun kalau saya tengah mengamuk.
4) Gemar menyendiri di kala malam bulan mengambang. Eh means? Okay waktu malam aku lebih seronok kalau melayan hati sendiri sensorang dalam bilik sambil goyang bontot.
5) Saya cepat malu dengan orang yang belum saya kenal kalau jumpa buat pertama kali. Tapi kalau dah lepak bebanyak kali, memang mulut kalah Mak Jemah oiiii.
6) Dulu blogging sebab nak dekat dengan bf. Tapi sekarang lebih suka blogging untuk luahkan perasaan, kongsi pandangan dan release tension.
7) Peminat Aaron Aziz yang tegar. Sejak Form 2 lagi. Masa tu first drama dia berlakon plus first dia terlibat dengan dunia seni dalam dram Janji Diana. Wowwww! Suka badan muscle plus muka macho dia tu. Ohh abang Aaron!
8) Family saya nombor satu! Tapi sekarang saya pun meletakkan kekawan saya dalam list nombor satu. Sebab tu kitorang bagi gelaran team kitorang KAWAN NO 1!
9) In fact, saya tak suka makan. Sebab tu badan saya kering melidi dengan berat 42 kg and tinggi 165cm. Okay BMI saya tak balance aka terlalu kurus. Jadi sila nasihat saya tentang bagaimana nak gemuk.
10) Saya bercita cita nak jadi doktor pakar. Sebab tu saya terpaksa struggle diri saya dalam kelas dan cuba dapat yang terbaik untuk subjek Bio, Chemis, Add Math dan Sports Science.

Okay, mari lihat soalan yang diberi oleh cik Scha kita.

Q(1) Suka makan apa ?
A(1) Paling feveret lah laksa Penang and Bihun sup utara. Sebab? Aku asal orang nun jauh dekat utara. Hihi tapi kalau western aku lebih suka sizzling. Yummmyyyyy!

Q(2) Ada BF / GF atau tidak? kalau ada, nyatakan kenapa anda pilih si dia.
A(2) Saya takde BF tapi ada yayang. Heww, okay kami masih dalam proses kenal mengenali (ayat retis). Saya suka dengan cara dia yang simple. Dia selalu menasihati saya tak kira apa pun. Paling utama dia paling tough kalau kena maki dengan saya. Okay jangan tanya dah. Haha

Q(3) Siapa diri saya pada anda ? :3
A(3) Awak kawan sekolah saya. Heww plus teman baik dekat blog kan? Hihi.

Q(4) Tarikh lahir bila ?
A(4) 5 Julai 1994. Dah tanya ni jangan lupa present tahun depan. Hikhik.

Q(5) Tempat idaman untuk pergi ?
A(5) Sudah semestinya Madrid, Sepanyol. Kita dah lama nak pergi Al-Hambra. Berangan sampai terbawak bawak mengarang esei lebih 350 perkataan masa trial SPM hari tu. Haha. Kita nak cari boifren baru dekat sana. Haha.

Q(6) Peminat tegar warna apa ? nyatakan sebab suka.
A(6) Dulu fanatik kaler hijau dengan pepel. Tapi sekarang kalau boleh kaler pink je nak dalam hidup. Tu yang kaler baju untuk belog pun kaler pink. Dulu kalau nampak pink mesti cakap "Yuckkssss, lembik!" Haha

Q(7) Apa pengalaman manis yang pernah anda alami ?
A(7) Kita tak hengat pengalaman manis apa. Tapi kita paling seronok dulu masa tiap tiap tahun naik stage ambil anugerah masa hari kecemerlangan. Heww masa tu rasa "Ya Allah terima kasih kurniakan hamba pancaindera yang sempurna!"

Q(8) Target dalam hidup.
A(8) Okay saya nak capai cita cita saya as doktor pakar tu. Then nak pecah rekod dalam family. Teringin sangat nak membalas jasa orang tua dengan berkat usaha untuk capai cita cita ni.

Q(9) Lebih kepada facebook atau twitter ? jelaskan kenapa.
A(9) Facebook. Sebabnya saya lebih cepat dapat kenalan dalam tu. Anyway saya sangat suka kumpul kenalan baru so nanti boleh buat dalam album or letak dekat dalam frame.

Q(10) Bila mula ber-blogging ? Nyatakan sebab apa.
A(10) Masa first dulu blogging 1 Jun 2009. Tapi takde rezeki dah dengan blog tu. Now for this blog aku start 30/9/2011. Hampir sebulan jugak. Reason berblog ni sebab ni lah tempat untuk aku curahkan segala apa yang aku nampak dan alami.

Q(11) Apa yang buat anda boleh hilangkan stress ? (tak kisah apa-apa pun)
A(11) Dengar lagu. Tak pun hentak hentak baby saya. Eh maksudnya hentak tangan dekat dada dia lepas tu nangis. Huaaaaaa. Haha saya memang kuat menangis. Shuuutttt.

Okay jeng jeng jengggg soalan mahal dari saya :

1) Macam mana hidup awak sekarang?
2) Pernah tak awak rasa teringat dekat kekasih lama walau dah lama putus?
3) Apa awak anggap saya dalam diri awak?
4) Apa yang membuatkan awak tertarik pada BF/GF awak?
5) Pendapat awak tentang blog? Apa awak rasa kalau ber-blogging?
6) Tempat dan tema perkahwinan awak nanti?
7) Apa matlamat awak dalam hidup?
8) Antara Facebook, Twitter, Tagged and Myspace mana lagi bosan?
9) Tarikh lahir awak bila?
10) Siapa yang paling awak sanjung dalam hidup?
11) Benda paling berharga yang awak pernah dapat?

Soalan atas ni saya nak orang di bawah ni jawab. Jangan tak jawab pulak.

Hewww, Saya Dah Graduate!


Hai, selamat malam. Ehh budak comel atas ni bagi salam. Cepat jawab! Wajib tu. Hihi. Ehh lamanya rasa tak update blog. Ada jugak lah dekat seminggu. Yeke? Eh ada bukti ni. Tengok print screen bawah ni.



Tu print screen dari blog adik aku, Ana Berry. Try lah singgah. Nak ngorat? Euwwww dia budak lagi. Baru 11 tahun. Tak matang tak matang (sambil angkat tangan dan goyang goyang kata tak setuju.) Hew heww. Okay stop cerita pasal dia. Hm yang mana tertanya mana cik adik manis ni menghilang, jap nak list kan semua reason kenapa sampai tak sempat nak hupdate blog yang dah bersawang macam rumah terbiar ni.

1) Eeee sibuknya aku dengan masalah negara ni. Eh masalah apa tu? Sebenarnya bukan masalah tapi cabaran masa depan macam dalam PSK yang cikgu aku ajar tapi aku selalu tidur masa waktu dia. Nak tahu cabaran apa? SPM bang, dik! Gua goyang ni bila dengar SPM dah dekat.

2) Reason seterusnya, jarang online lelama dekat laptop or pc. Eh saya nak kasi tahu rahsia saya ni. Awak janji jangan bocorkan. Janji janji janji duluuuu! Hihihi. Saya ni pesen online sekejap lepas tu off balik. Sebab tu blog pun kekadang tak hapdet. Lagi lagi kalau bukak account Facebook esoknya mesti banyak IM chat yang tak balas masuk dekat inbox. Whaha, memang tak suka lah online lelama ni. Itew bukan hot pun. Heww.

3) Arggghhhhhh apa aku nak hupdate dekat blog ni? Eee nak tulis apa ni? Ala kering idea ahhhh. Sebenarnya, sebenarnya, sebenarnya kita takde idea idea dah nak mengarang cerita, mengarang puisi dalam ni. Ish tipu ahh puisi kan? Haha. Hah jangan cakap aku gagap macam dalam lagu Stacy tu. Kekadang dah on blog, tapi melopong leleh tak tahu nak update apa.

Eh jap jap. Panjangnya intro. Sebenarnya cuma nak cerita pasal hari bersejarah kita aje. Ni sampai sibuk nak listkan reason. Hari tu kan masa hari Sabtu, kita dah graduate. Menangis tak berdrama sebab sebak sangat kita dah tamat pengajian Tingkatan 5. Memula nak cover cuns. Alih alih Hidayah dekat sebelah menegur nampak air mata bergenang.Skemanya ayat aku. Bila dia cakap cenggitu cepat cepat aku tempek bedak cover air mata yang dah mula menitis.

Dewan Teater Maktab PDRM jadi saksi yang aku dah bebas belum sepenuhnya dari susah payah selama menjadi BUDAK SEKOLAH. Dah 11 tahun babe! Ishh rasanya mesti terkenang nanti zaman sekarang bila dah besar nanti. Eh mesti bila dengar PDRM korang cakap tak grand kan? Eh ne ada. Sumpah tempat dia lawa. Kitorang pakai dua dewan, satu Dewan Teater, satu lagi Dewan Banquet untuk makan. Nah tataplah gambar aku dan kengkawan meraikan hari terindah kitorang.


Yang penting haruslah pampang gambar tuan punya belog first sekali. So takde lah mata korang silau tengok gambar yang lain yang lagi superb. Heww. Okay ni depan sekolah tengah tunggu bas. Hm aku pakai heels coklat setinggi 5 cm. Semua risau aku tumbang jalan depan stage ambil sijil. Watrilek je. Syukur takde apa jadi.


Tengok tu. Matching gitu colour kitorang. Blueish girl. Nak kenal sebelah? Enda namanya. Takmo takmo. Itu budak jiwa kosong. Nanti hidup korang kosong jugak. Haha.


Eh siapa awek purple tu? Mana mana? Tengok lah bebetul tu. Haha. Tu Cik Fara Hamster. Nak kenal? Ishh kang aku kena wrestling dengan abe SI dia kalau aku rekomen dia kat orang lain. Nanak nanak, yang biru cair pun tak boleh. Nanti Alan Ross mengamuk sakan dekat aku. Hew.


Ehh itew suka gambar niww. Comelnyepppp. Haipp siapa yang comel tu? Aku ke orang sebelah? Jangan cakap orang sebelah. Haha. Okay tu Hidayah. Dia dah ada kot. Pape isi borang dekat bawah. Ni masa dalam Dewan Teater tu. Dari sini boleh nampak dewan dia memang grand kan? Hikhik.


Ni most paling penting. Okay I dapat bunga dari budak paling pandai dekat sekolah. Abang Raimi aka abang Ray. Heww awak ingat saya tak laku ke? Tengok abang Ray yang senyap pun boleh kasi bunga dekat I. Harapan lah nak tunggu baby aku kasi. Padahal je kan Raimi bagi. Aku yang mintak sebenarnya. Haha.


Ni sebelum nak sentap menyentap. Eh apa tu? Makan lah. Bahasa diraja guna santap kalau bahasa aku sentap. Heww. Muka wajib menayangkan gigi ku yang cantik dan bersinar gitu. Gunalah POLIDENT. Apakah punya jenama itu?


Dan gambar takkan lagi menarik kalau takde gambar bersama guru tingkatan. Aku tersepit tu ha. Sian aku. Eh jap nama cikgu kita, Cikgu Zack. Dia comel? Memang. Nak ngorat? Haipppp tak boleh. Dia dah married dah ni dengan Abang Mad yang handsome. Muka masih awet muda ye? Betul tu (sambil angkat tangan dan kepala terangguk angguk geleng geleng). Dah jadi mama dah pun ni. So reject dari list korang nak ngorat tu.


Ini gambar sesudah menyentap dan berkenyang kenyangan. Aku orang kampung tu pakai tangan. Sudu kasi sudu plastik. Memang tak dapat lah aku nak ngap ayam masak merah tu. Last last pakai tangan jo lahh. Eh yang tengah tu kawan kita. Namanya Anis. Eh bukan Anis Syafira. Ni Anis Maniss. Hahah.


Gambar lagi menarik bersama gegirl saya. Yang lain semua dah kenal. Yang green belum kan? Okay si green Atifah Chong. Dia makwe Ayie. Tak boleh kebas dah. Siapa suruh lambat. Haha. Okay si gemuk tak pandang camera mahal aku ni Aqi. Dia tak dapat dikenal pasti statusnya. Haha


Gambar seng sekelas mesti ada. Eh tali pinggang green tu siapa? Cepat je korang kan? Tu Angah, sebelah dia Piee. Nak kenal tak boleh. Dah ada booking. Haha. Yang lain tak larat nak sebut nama. Nak kenal bagitahu nama kaler baju. Heww.


Okay rasanya cukuplah dengan semua gambar dekat atas. Tak larat nak tunjuk bebanyak. Okay, hope korang enjoy! Doakan aku untuk SPM yang tinggal tak lama lagi waktunya ini. Dadaaaa.

Tutorial : Icon Cute Tepi Bloglist


Selamat petang! Hari ni masa agak panjang terluang di rumah so banyak betul kerja nak buat. Pagi tadi lepas bangun terus buang taik mata, tenyeh hilangkan semua air liur basi yang melekap lekap dekat pipi then pergi sekolah. Breakfast pun hanya roti canai dengan air ho ho hoo Horlick tu. Sampai tergagap gagap nak sebut menu pagi tadi. Tak apa lah janji sodap dan ada makanan kan?

Tetiba rasa hari ni macam nak buat tutorial pertama dalam blog ni. Eh ketinggalan zaman lah kau ni Zylee. Orang lain dah lama dah buat tuto semua tu. Hihi kisah pulak aku. Lambat ke cepat suka hati aku lah kan? Amboi jauh tersasar aku melalut dari entri kali ini. Okay mari kita start belajar tutorial ini.

FOR PENGGUNA TEMPLATE DESIGNER

1) Dashboard > Design > Page Element > Pergi tekan setting untuk blog list korang. Untick button ICON dan terus save. Tengok gambar bawah untuk lebih jelas. (P/S : If korang tak ada blog list ni, just tekan add gadget dekat page element. Cari yang ada tulis Blog List. Tekan ADD okay.)



2) Next korang pergi Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates. I would prefer if you all back up blog korang so if ada pape berlaku, boleh cover balik.

3) Tekan button F3 dan cari kod dekat bawah ni.
]]></b:skin>

4) Okay jumpa tak? Good kalau jumpa. Copy code dekat bawah ni dan paste dekat atas code yang korang cari tadi.

.sidebar ul li {background:url("URL GAMBAR") no-repeat 2px .25em;margin:0;padding:0 0 3px 16px;margin-bottom:2px;text-indent:7px;line-height:1.3em;}

5) Preview dulu tau. If jadi terus save.

FOR PENGGUNA LAYOUT

1) Direction sama macam untuk pengguna TD. Setting bloglist.

2) Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates > Download Full Templates.
*Apa pun kita kena back up. Takut kang tak jadi merana korang semua. Hihi

3) Tekan button F3 dan cari kod di bawah ini.

.sidebar ul li {

4) Copy dan paste kod bawah ni dekat bawah kod .sidebar ul li { ni.

background:url(“URL GAMBAR”) no-repeat 2px .25em;
margin:0;
padding:0 0 3px 16px;
margin-bottom:2px;
text-indent:7px;
line-height:1.3em;
}

5) Preview dulu. Kalau jadi save terus.

6) Or if korang tak jumpa kod .sidebar ul li {, korang try cari kod dekat bawah ni pulak dekat kotak yang korang tekan F3 tadi.

.sidebar li {

6) Copy dan paste code dekat bawah ini dekat bawah kod yang korang cari tadi.

background:url(“URL GAMBAR“) no-repeat 2px .25em;
color:#000000;
border-bottom:2px solid #FFFFFF;
border-top:2px solid #FFFFFF;
border-right:2px solid #FFFFFF;
border-left:2px solid #FFFFFF;
margin:0;
}

7) Okay tekan Preview. If no error plus icon tu ada terus save okay?

Hm if korang tak tahu mana nak cari icon yang comel comel tu untuk replace dekat URL GAMBAR tu, korang pergi Photobucket ataupun Glitter-Graphic. Kalau ada apa masalah or tak jadi, bagitahu tau.

Saya Nak Cerita Pasal Ehem, Cepat Tekan!



Menonong laju semua tekan entri aku kalah Schumacer nak lawan dekat litar. Kahkah. Semuanya gara gara title entri yang superb bajet tu. Eh tahu ke ehem tu apa? Pakwe lah Zylee oiiiiiii! Eh gatal ya awak ni. Laju aje bab macam ni. Kecik kecik dah gatal nak tahu pasal couple. Siap pandai sebut PAKWE. Haha. Yelah, kekawan asyik tanya macam ni

Mana kau kenal baby kau? Cer citer!

Eh akak, dah ada pakwe baru? Bagilah tahu siapa

Alah Zylee, tulis lah dekat blog pasal pakwe you. I nak tahu sesangat!


Ewahhhh semuanya pakat nak tahu. Actually ikut hati tak nak cerita. Yelah aku tak nak show off dekat sesiapa pun. Nanti orang kata sengaja nak menunjuk. Eleh kau ni, baru ada pakwe dah kecoh? Kau ingat kau laku sangat? Ha tengok tu. Tu sebablah aku tak nak cerita apa pun.

Beginning nya cenggini. Masa tu aku baru aje menjinakkan diri dalam Facebook. Ceh ceh cehhhh niat di hati dengan penuh keazaman yang tinggi nak cari kawan seramai yang mampu dalam Facebook sampai nak terkoyak poket baju sekolah kalau boleh isi dalam tu. Aku dengan kegatalan yang amat sebab nampak muka dia yang tersangat handsome plus macho dengan pantas terus send request dekat dia. Dalam hati mula terdetik, "Eh dia nak approve ke aku? Muka handsome, aku tak berapa comel pun. Nanti dia tak approve malu nak letak mana muka awet muda ni. Hew heww". *P/S: Aku bukan pentingkan rupa okay. Tah tetiba bila nampak muka dia terus tangan gegatal sesangatnyew nak send request dekat dia.

Dua hari lepas tu aku online, nak tahu apa? Dengan terkezutnya tengok dia dah approve plus dia hantar dekat wall "Thanks add I. Jangan sombong okay?". Tu kira ayat standard lah kan. Hikhik. Tengah sengih sensorang ingat nak reply wall dia tetiba dapat IM. Bila tengok nama dekat IM, rasa macam jantung nak tercabut lepas tu cantum balik. OH HEM GEE, OHHHH HEMM GEE! Dia hantar chat. Cenggini dia hantar "Morning sweety. Have a nice day!" Ewah eksaited kemain aku ni, terus reply "Morning handsome. Awal online?". Ceh aku pun pandai ayat nak manis aje.

Hihi terus kitorang layan chat. Lama jugak chat dengan dia. Macam macam lah kitorang borak. Tanya itu, ini lah. Eleh wehh standard punya soalan aa. Memang masa tu aku rasa dia ni happening sesangat lah. At last lah, aku cakap dengan dia nak off sebab masa tu aku nak keluar dengan kekawan aku dekat KL. So aku cakap macam ni "You, I nak off dah. Later we chat again okay? Bye". Dia terus lelaju hantar, "I nak number you boleh?". Aduhai aku dengan perasaan yang berbelah darab terus reply "017-XXXXXXX, janji jangan kasi sesiapa pun." Haha macam budak kecik punya text pulak. Then dia terus reply "Thanks, nanti I text you." Aku pun terus off.

Then masa tengah nak bersiap lelawa tempek bedak berinci inci, blusher semerah merah yang mampu, lipstick kalah retis, tetiba sampai text, TIT TIT! Dalam hati, terdetik "Sibuk lah text ni. Aku nak mekap cantik macam Dato' Siti pun tak boleh. Kacau aje". Aku pun dengan muka terpaksa sampai orang rasa macam nak baling tepung terus pergi ambil handphone yang tengah charge tu. Bajet charge macam keluar jauh sangat padahal dekat KL je pun. Unknown number text. "Hai you, ni I ******." Wahh terus terloncat macam orang gila bila dapat text. Dalam hati mula cakap, "Jakun aa kau ni. Bukan retis pun yang hantar text dekat kau." Aku pun dengan advancenya terus reply, "Hai babe! Dah breakfast?" Ece ceh cehhhh. Tadi time sampai text punyalah mulut kau cakap memacam Zylee, bila tengok siapa hantar terus ngengada eh kau. Haha.

Hm dalam aku otw nak pergi jumpa kawan aku tu pun aku asyik text dengan dia aje. Sampai dekat KL pun memang tak renggang handphone dari tangan. Selalu simpan dalam poket aje sebab tak ada orang nak text. Amboi bila ada orang text terus lupa daratan sampai tak nak berenggang dengan handphone. Masa tu, nak pergi toilet tacap mekap pun handphone pegang, nak telan burger dekat McD pun handphone tak renggang, tengah pilih baju pun handphone dekat sebelah. Masa tu rasa macam dah angau sangat dah. Kahkah. Makin lelama text makin rasa something dengan dia. Percaya? Percayalah wehh.

Bukan takat situ je lah aku text dengan dia. Sampai dekat rumah pun sama. Nak makan handphone letak dalam poket. Sambil telan sebutir sebutir nasi tu, tangan kiri di bawah memainkan peranan me-reply text beliau. Haha, takut kantoi mama bising tu yang terpaksa macam tu. Silent mode tetap tidak dilupakan set pada handphone tu. Jangan heran lah kalau aku cakap aku siap bawak handphone masuk bilik air bila aku nak mandi. Semangat berkobar nak balas text dia. Takut dia menanti bosan tunggu aku reply ke tak. Bukan apa sebab aku betul betul seronok lah masa tu text dengan dia. Memang tak bosan. Ada je benda nak borak. Boleh dikatakan aku sudah mula obses pada dia waktu tu. Hew hew.

Hah nak tahu bila first jumpa? Keesokan harinya coincidently lah aku nak keluar dengan geng sekutu aku. Then tetiba tangan gegatalnya pergi ajak dia sekali keluar. Apalagi, dia pun "Okay, sayang!" Dengan muka penuh keterujaan sebab seronok dipanggil sayang, aku pun dengan pantas menyiapkan diri secantik cantik boleh. Kononnya tak nak sang jejaka nampak muka aku comot kalah gajah tak mandi. Sesampai aje dekat tempat dituju terus call "Babe, ada di mana?". Sang pria terus membalas "I fetch you. You ada dekat mana?" dan bla bla bla punya cakap. Masa tengah tunggu dia tu, terkejut tetiba ada orang serang dekat belakang. Terus muka pucat tak berdarah pandang orang tu. Masa tu nafas yang aku sedut pun tak terasa. Ceh wahh. Dia pun kelu aje tengok. Terus aku tanya "Macam mana you boleh cam I sedangkan you dari belakang?" Dia pun terus jawab, "I know all about you. I tahu you macam mana." Ehhhhhh, lagi sentap aku bila dia cakap macam tu. Dalam hati mula berdetak, apa sebenarnya yang dia maksudkan?

Sejak daripada hari tu, hampir setiap hari kami texting, calling. Aku daripada kaku dan kelu tak tahu nak cakap bermadah helah dengan dia terus pandai. Sudah pandai menggunakan perkataan "sayang", "baby", dan macam macam lagi. Lagi lagi dulu skema cakap I, you aje and perkataan sayang tu tapi sekarang dah pandai dia kerek sama wa. Kekadang dia bahasa kau aku. Bila dia marah aku mula mulut dia cakap aku bangang, senget dan memacam lagi. Ehh jangan ingat aku diam aje. Aku pun cakap macam tu jugak dengan dia. Ha brutal tak kami? Haha.

Sebenarnya sudah banyak kali dia ajak aku couple. Tapi aku cakap SAYA PERLU MASA = SPM. Haha sebenarnya aku lebih fikirkan masa depan aku and lagipun aku sudah pernah berjanji dengan diri sendiri, takkan bercinta sampai habis paper SPM. Aku suruh si pria tunggu dan dia sanggup. Walaupun kekadang aku rasa seperti menyeksa dia dan suruh dia cari perempuan lain namun sikit pun dia tak nak berpaling pada aku. Deyyy aku tak pakai ubat guna guna okay? Hihi. Dia yang batak aku. Kahkah. Okay, sayang sejujurnya I sayang you sesangat. I harap you pegang janji you. Thanks being one of my life.

P/S : Thanks to Kak Lyssa. Hihi


Nah baby, I senyum untuk you. I lappp chiuuuuu. Cepat senyum balik. Kihkih

Saya Bukan Perempuan Jenis Begitu!



Hai dan selamat petang bloggers sekalian. Untuk makluman, entri ini ada berunsur geram dan sakit hati. Mungkin ada bahasa kesat yang akan dikeluarkan. Maafkan saya andai ada sesiapa yang terasa atau mahu mempertahankan hak dan prinsip mereka jika mereka membaca entri ini. Jika anda tidak sanggup membaca entri ini, sila tekan butang pangkah pada bahagian atas dan blah dari sini. *Maaf, belum start apa apa sudah marah. Watlek Zylee. Chill lah. Cool down bebeh. Biasalah kalau marah dah menguasai diri memang cenggini. Ya dak?

Okay actually aku nak tanya pendapat korang sekalian.


Korang suka orang yang korang tak kenal hantar mesej lucah dekat kau?

Kau suka dia anggap kau perempuan murahan?

Kau suka dia rasa macam kau ni serupa anak patung Barbie yang beli dekat pasar malam belakang rumah yang koyak dalam masa 2 hari dan throw macam tu aje?

Kau suka orang pijak kepala kau macam kau tu tak ada harga diri?

Kau suka orang kata kau ni macam perempuan tepi jalan yang boleh diorang kutip macam itu aje?

Kau suka dianggap perempuan yang tah apa apa punya perangai tu?


Okay korang jawab soalan atas. Korang suka? And aku dapat agak mesti tak suka kan? Sama macam aku. Aku tahu apa jawapan yang korang beri kalau benda ni semua jadi dekat kau. Kau mesti cakap


Saya tak suka orang macam tu. Dia ingat saya ni hape dia nak buat cenggitu

Kau jahat! Kau ingat aku ni perempuan jalanan ke?

Saya ada maruah, saya ada perasaan yang perlu dijaga. Hati saya hanya sekeping. Tolonglah faham!


Hah see kan? Perempuan tak suka lelaki yang cakap benda yang carut marut ni depan mereka. Mungkin bila lelaki tengok perempuan ni macam boleh terima apa yang diorang cakap tapi sebenarnya jauh panggang dari api. Hah kan dah bermadah helah aku ni. Okay mungkin kau nampak aku ni macam perempuan yang bersosial dan boleh terima apa saja yang kau cakap tapi sebenarnya tak! Tak tau. Kau mungkin fikir aku ni seperti perempuan jalang atau apa apa istilah yang sesuai. Tak wehhh! Kau tak kenal aku macam mana.

Adakala aku terfikir mungkin mak atau ayah kurang beri didikan pada anak dia. Tapi nak salah truly pun tak. Yang anak pun gatal. Setiap hari bukak laman web lucah kau tengok orang tu kong kek sana sini. Sebab tu hormon ADH plus Testosteron kau mula regulate dan terangsang. Tu yang kau kata stim lah sangap lah. Dan yang jadi mangsa perempuan. Oh mungkin lah kau sebelum ni pernah minta dekat awek kau, then dia bagi aje. Tapi kau jangan ingat aku macam tu. Tak mo tak mo. Saya bukan perempuan macam itu. Contoh mesej macam bawah ini.



Hah nampak tak? Tak nampak klik gambar. Okay mamat atas tu hantar dekat account Tagged saya "hi awk..sye stim laaa :(". Okay ayat dia tu saya ambil tanpa pengubahsuaian okay. Nanti awak semua tipu cakap saya ubah suai saja nak kejar hot ke hape. Tak tipuuuuu saya tak macam tu. Okay faham? Aku balas "so apa masalahnya? ada kaitan dengan aku?" Ayat aku pun tak ada ciplak ciplak. Ori mari.

Okay ayat mudah plus sopan saya gunakan lepas ni. Hm motif saya nak cerita dekat sini saya tak suka lelaki yang saya tak kenal hantar macam tu dekat comment ke mesej ke dekat profile saya. Awak tahu walau awak nampak muka saya ni jahat plus rasa macam nak rejam dengan batu (zaman apa tah kau ni hidup siap rejam batu. tu zaman purba dulu lah) tapi saya baik. Sebenarnyalah. Hihi. Jangan kata saya perasan okay? Orang cakap, saya cuma bagitahu aje.

Sejujurnya saya sangat tak suka orang hantar macam tu. Saya baru approve awak semalam. Awak kenal saya pun tak. Ada ke awak nak terus serang perempuan yang awak baru kenal then cakap macam tu dekat dia? Awak suka kalau hadik, hakak, makcik awak yang masih muda bergetah diperlakukan macam tu? Please lah. Saya bukan nak mengutuk lelaki tetapi saya luahkan saja. Saya tahu orang lain pun akan bersikap macam saya. Saya bukan sesuka nak malukan kaum Adam ke apa, sumpah tak! Saya nak awak semua fikir. Saya percaya pada karma. Kita buat kat ore, ore buat kat kita balik.

Sebab tu saya tak memalukan awak yang hantar dekat saya tu. Saya tak show image awak walhal muka awak sekali. Saya tahu awak akan malu dengan saya nanti. Dan mungkin orang sekeliling awak akan ejek awak. Sebenarnya bukan awak sorang aje yang hantar cenggini dekat saya, ramai lagi. Tapi saya malas nak print screen pampang banyak sangat. Nanti orang kata saya kejar hot lah glamour lah macam retis.

Note untuk kaum Adam. Janganlah buat macam tu dekat kaum Hawa. Kelak awak yang kena. Mungkin sekarang awak hanya fikir nak seronok aje, dan awak fikir bila awak cakap macam tu orang perempuan akan terima. Tak wak! Tak! Saya perempuan, saya tahu apa perempuan suka dan tak. Saya hanya tegakkan kebenaran. Saya tak nak lelaki sewenang-wenangnya anggap yang perempuan ni tak punya harga diri. Senang dipijak dengan selipar CROCS yang awak beli dekat Jaya Jusco atau kasut Hush Puppies yang awak beli dekat Sogo masa sale hari tu. Saya tahu kalau saya tak cakap pun mungkin orang lain akan cakap. Tapi terserah lah.

Saya tahu kalau saya cakap macam ni mesti ada yang kata perempuan pun sama. Tak kisahlah. Nasihat ini untuk perempuan juga. Saya pun tak kisah kalau kalian tak setuju dengan apa yang saya cakap ni. Saya cakap atas dasar manusia. Kita human being, masing masing ada silap. Mungkin awak saja nak main mainkan saya or bergurau. Tapi benda macam ni saya tak anggap gurauan! Saya take it serious. Mungkin awak tak sedar apa yang awak cakap semua tu tapi tak apa lah. Saya dah maafkan. Harap Allah ampunkan dosa awak tu.

P/S : Ending banyak menggunakan bahasa yang sopan. Saya tak nak awak rasa saya jahat lepas tu nak condemn kaum awak tak kira lelaki atau perempuan. Saya minta maaf sesangat andai awak anggap saya nak menjatuhkan awak. Tak! Saya nak tegakkan kebenaran. I have my pride and dignity! Saya tak nak orang sesuka anggap saya like sampah and senang senang buat saya macam tu. Mungkin cara hidup saya tak macam awak semua tapi saya pun hamba Allah. Saya hidup atas bumi ni bukan untuk apa pun. Kita dekat sini sementara sahaja. Umpama perantau macam dalam buku teks Agama Islam tajuk Hadis Kehidupan di Dunia Ibarat Seorang Perantau yang saya belajar awal tahun hari tu. Tak saya tak nak cerita pasal agama. Saya tak layak untuk memberi sebarang komen. Saya berharap dosa saya awak diampunkan Allah. Itu sahaja.

Wordless Saturday : Sad


Kesedihan cik Zylee yang sangat kental dan tahan dengan segala emosi melanda tatkala mendengar lagu ini. Hayatilah.


Like and comment it. Thanks

Tempat Menarik Untuk Shopping Baju Ala-Ala Korean Style


Selamat malam bloggers. Hows today? Okay aku sihat and Alhamdulillah masih bernafas. Heheh. Agak jarang aku mengonline kan diri sambil menghapdet blog. First time nak update blog waktu cenggini. Aicehh sangat bersemangat okay? Selalunya time macam ni aku membesarkan pungkuk di rumah sambil membaca buku dan menggaru-garu kepala. Kahkah tak faham maksud pungkuk cari kamus.

Dengan berkat korang semua yang sentiasa berada di belakang aku, semakin bersemangat diri ini meneruskan perjuangan dalam dunia blog. Terima kasih kepada anda semua. Saya sayang anda!

Tetiba rasa nak update blog malam ni walaupun sebenarnya waktu macam ni maybe ada yang tengah study dengan pakwe, makan KFC dengan family, tapi aku totap mahu update ini blog.

Berbalik kepada title, hari ini aku nak bawa korang menjelajah ke dunia online sambil memborong! Ada yang tertanya sambil tergaru garu kepala yang tidak gatal. Kita nak borong apa tu wahai Cik Zylee yang manis? Okay saya jawab soalan anda tu. Saya mahu membawa kalian semua ke dunia di mana anda dapat memborong baju secara online. Nak ke tak nak? Mesti nak kan!

First time aku know about shopping online ni lepas tengok dekat Facebook then terus pergi web dia. Mudah sangat untuk korang shopping online dekat situ. Percayalah. Korang hanya perlu register as salah satu members mereka dekat situ. Kalau nak order just ikut guide yang ada dekat situ. Dan secara jujurnya, aku dah pernah beli baju secara online di laman web ini. Seriously korang akan rasa berbaloi dekat situ. Harga sangat berpatutan. Bukan itu sahaja, korang semua boleh dapat bermacam macam baju fesyen Korean yang sangat sangat style dekat situ. Memang aku agak gelojoh bila first time shopping dekat situ. Kihkih.




Lets click LIKE at their Facebook profile.


Untuk buat payment pun tak susah sebab dia receive money from Maybank2U, RHB, Public Bank and others bank. So tak menyusahkan korang untuk beli barang dekat situ and buat payment. Lagi untung sebab sekarang ni banyak baju yang New Arrival baru sampai. So boleh korang enjoy dengan baju baju tu. And one more yang best sesangat sampai rasa nak guling guling sebab sekarang ni diorang bukak order baru from tomorrow, 6th October and korang akan receive goods korang pada 14th October. SallyShopping ni istimewa sebab dia ada set time and date untuk korang buat pre order and receive barang korang. Tak menjadi masalah untuk korang kan?

Ha rambangkan mata korang untuk lihat laman web rasmi SallyShopping ni. Cepat lah pilih baju yang cantik cantik so tak ada lah korang terlepas peluang nak dapat baju yang korang minat tu. Lai lai lai lai. Nah hayati lah contoh baju yang ada dekat sini. Hihi






Amacam? Ada terasa nak beli tak? Hihi korang tunggu apa lagi. Cepat dapatkan semua barang barang panas ni dengan segera. Hihi and jangan lupa terima kasih dekat aku. Haha.

Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan


Hai! Hari ini kita cerita pasal lelaki dan perempuan. Apa istimewa lelaki dan apa istimewanya perempuan. Nak tahu tak? Eh kalau nak tahu cepat tekan entri aku ni lelaju sepantas kereta Formula 1 berkelajuan 350 km/J. Ewahh sampai gitu nok!

Kita human being, semua ada melakukan silap include me. Tapi dari sudut pandangan mata kita, kita dapat lihat perbezaan antara orang lelaki dengan perempuan. Percayalah lelaki dan perempuan Allah ciptakan berbeza-beza. Setiap manusia lain-lain. Aku lain kau lain. Aku hidung senget, kau hidung mancung. Pipi aku leper, pipi kau tegang. Aku putih berseri, kau hitam menawan. Bulu mata aku lebat dan panjang, bulu mata kau macam tak ada aje. Aku slim ala ala tiang lampu, kau tembam ala ala Giant dalam cerita Doraemon tu. Bukan Giant hypermarket ye wak. Saya highlight lagi sekali. Nmpak ada beza kan?

Mari kita lihat perbezaan antara lelaki dan perempuan.

1) Perempuan tidur lagi lama daripada lelaki.

Eh betul ke ni? Macam tak caya aje. Kalau tak percaya, tengok orang sekeliling kita tu. Contohnya kakak kita. Cuba ingat balik dia bangun tidur pukul berapa? Dia tidur sebenarnya pukul berapa. Ha dari situ dah boleh banding kan? Kakak aku bangun pukul 11 pagi hari ini. Aku bangun 6.15. Awal kan? Ewahh jangan percayalah kalau sabtu ahad aku bangun waktu macam tu kan? Aku bangun sempurnakan semua dulu then aku tarik bantal melelehkan segala apa yang ada dalam mulut aku lepas tu. Zettttt!

Ewah bangunlah yang atas ni. Alarm dah bunyi dah tu tapi tak nak bangun lagi.

2) Sperma lelaki yang menentukan jantina bayinya.

Ha ni pun takkan tak percaya. Bila aku baca balik fakta ni betul lah. Macam masa aku dalam kelas Biology, Cik Rohana aku cakap sperm lelaki tentukan jantina anak. Bukan ovum perempuan. Berjuta kali dia cakap. Cuba kau fikir yang mana berenang dan banyak pakai tenaga? Dah confirm sperm kan? Ovum hanya senyap tunggu sperm datang. Sperm pun berlarian cari ovum dengan mitochondrion menjanakan tenaga maksimum untuk fuse dalam ovum. Ha masa sperm dah fuse tu lah automatically dia dah hantar genetic info dekat ovum.

Hah yang banyak sekeliling tu lah sperm ye kawan kawan. Nampak masing masing berebut jadi juara nak masuk ovum.

3) Perempuan mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki.

Ha nak tahu apa sebabnya? Sebab setiap bulan perempuan kan datang bulan. Setiap kali datang bulan, telur akan pecah dan darah haid keluar. Bukan setakat darah haid aje. Cuba tengok kalau mak kau tengah mengandung adik kau. Kalau masa tu mak kau dah nak bersalin, masa dia bersalin kan darah keluar banyak. Kita panggil darah nifas kan? Ala ala darah haid jugak dia keluar. Jadi disebabkan itu lah perempuan memerlukan sel darah lebih dari lelaki.

Nampak kan pregnancy woman atas ni? Bayangkanlah macam banyak sel darah dalam tu.

4) Perempuan mempunyai lebih banyak peluh daripada lelaki.

Ewahh ini betul ke tak ni? Aicehhh secara jujurnya aku menyokong fakta ni. Dulu masa aku kecil aku selalu macam ni. Bila pergi sekolah dah banjir dekat ketiak tu. Bila lama lama jadi kuning kat bahagian tu. Okay sekarang dah tak ada. Tak hengat pakai apa. Nak tengok? Kahkah. Okay, ia sebenarnya penyakit yang dikenali sebagai "hyperhydrosis". Hyperhydrosis ni tak bahaya tapi kita perlu dapat nasihat pakar if nak sembuh. Ada orang kata penyakit keturunan. Itu aku tak pasti lagi. Kenapa perempuan lebih banyak penyakit ni aku tak pasti jugak. Maybe sebab perempuan mempunyai kelenjar keringat lebih 75% daripada lelaki.

Kau selesa dengan keadaan diri kau yang macam tu? Gulpppp!

5) Lelaki lebih kuat berdengkur berbanding perempuan.

Ini fakta wa sokong 100%. Ewahhh. Setiap kali bila aku mengurut kaki ayah aku, confirm dia leleh. Dah dia tengah leleh tu siap ada bunyi "Ghoooo". Hah sentap Mak Jemah okay bila dengar. Apa bunyi "Ghooooo" tu? Eh tanya lagi, dengkurlah. Itu baru satu prove. Lagi satu Along aku. Kekadang bila aku bangun nak pergi sekolah, confirm aku dengar dia berdengkur. Kekadang aku sengih sesorang bila tengok. Habis lah kalau Kak Ila baca. Mengikut fakta lah, seramai 48% lelaki tidur berdengkur banding perempuan sebanyak 22%. Yang ini tak kaji lagi kenapa lelaki lebih kuat berdengkur.

Kau mampu bertahan dengan situation macam ni? Zassssssss!

6) Lelaki yang telah mencecah umur 65 tahun cenderung mencari isteri yang lebih muda untuk dibuat teman.

Okay lebih mudah words kita cakap orang veteran lah. Ini telah dibuktikan oleh pakar pakar dekat luar sana tu. Ustaz Shariman yang selalu mengajar Agama Islam dalam kelas aku tu pun ada cakap lelaki semakin dia meningkat tua, nafsu dia semakin membuak buak. Zasssssss! Ini betul lah. Tapi ayah saya okay aje. Haha. Tak tahu nak banding macam mana. Tapi kalau perasan sebelum ni kat dalam paper pun banyak keluar artikel pasal ni. Yang saya tahu pasal Nek Wok sorang aje. Bagi perempuan, semakin usia meningkat, nafsu dia semakin menurun. Itu sebab dia nak mengalami satu proses iaitu menopause. Menopause menyebabkan hormon estrogen dalam badan berkurangan dan mengalami penurunan fungsinya. Menopause dialami oleh perempuan yang menjangkau umur 50 tahun ke atas.

"Sayang love you sorang je manje"

7) Perempuan lebih suka warna cerah manakala lelaki lebih suka warna gelap.

Jika orang perempuan diberi pilihan untuk memilih antara warna Merah dan warna Biru, mereka akan lebih memilih warna biru. Instinct perempuan lebih menggemari warna yang soft seperti Pink, Putih, Blue dan sebagainya. Lelaki lebih cenderung warna yang lebih gelap seperti Hitam, Merah, Oren dan sebagainya. Ini memang benar tau! Kita boleh nampak berdasarkan persepsi kita. Aku selalu perasan benda alah ni semua dekat family aku, kawan dan baby aku sendiri. Haha. Tak percaya? Lu pikirlah sendiri.

Maaf lah, model lain cuti. Model ni aje free. Kihkih

8) Lelaki lebih lama membaca satu buku berbanding dengan perempuan.

Yang ini fakta beno ye! Aku sendiri nampak depan mata. Cehhh. Contoh ayah aku ni ha. Dia memang suka baca surat khabar. Dan aku rasa kalau aku beri 2 jam untuk ayah aku habiskan baca 1 paper tu belum tentu habis. Aku tak tahu apa yang ayah aku baca. Maybe dia teliti sekali semua iklan apa yang ada dalam tu sebab kekadang ayah aku cerita dekat mama. Kuikui. Tapi betul aku tak tipu. Sampai kan kawan ayah aku dekat pejabat, aku panggil Mak Enon, dia cerita dekat mama yang ayah aku suka baca paper tapi selalu tak habis habis. Eh memang aneh sikap ayah aku ni. Tapi bukan bermakna perempuan tak membaca. Sekarang ni kalau tengok pun perempuan lebih pandai daripada lelaki even perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu banding lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 nafsu.

Maaflah tak ada gambar ayah aku macam ni untuk dibuat contoh -____-

Okay Aku rasa cukup lah setakat 8 sahaja. Penat lah nak cerita lagi. Tapi kalau korang semua kurang yakin dengan fakta ni semua, try lah survey. Hihi. Okay choww dulu. Bye bye!