Friends Are Like A Piece Of Puzzle

Evening! Disebabkan hari ini sekolah bagi kelas aku cuti untuk diguna masa PMR nanti, banyak lah time aku nak hupdate blog ni. Okay, hari ini nak cerita pasal kawan. Kawan? Tahu apa maksud kawan yang sebenarnya? Maybe sesetengah orang anggap kawan tak penting lah apa lah tapi sebenarnya sebaliknya. Yes, memang truly Allah, Rasulullah and family comes first tapi ada pernah korang terfikir kebaikan kawan korang sehingga di mata korang, diorang lah kawan yang terbaik, sentiasa bersama korang? Ada tak?

Friends are like
A piece of puzzle.
Once you throw it out
It will never be completed.


Percaya tak? Betul wehh. Tak caya cuba try. Huhu. Cuba gambarkan, bila korang main puzzle, satu puzzle hilang. Satu puzzle tu sahaja sebenarnya akan menentukan hasil apa yang korang buat tu. Bila hilang mesti korang cari kan? Nak lengkapkan semua tu sekali. Ada ke bila korang main puzzle, satu hilang dah lengkap semua gambar dia. Tak kan? So macam tu lah dengan sahabat. Friendship ini aku umpamakan sama macam puzzle tu. Bila tak ada kawan, apa yang kita rasa sebenarnya? Mesti sad kan? Orang lain ada kawan, kita tak ada pun.

Aku rasa sangat bertuah ada kawan kawan yang sangat memahami. Bersama susah dan senang, teman ketawa bila gembira dan juga teman duka ketika hati sedang lara. Serious! Walau kadang kita bergaduh tapi mesti cepat okay. But lately jarang kita macam tu. Kita semakin dekat, banyak gurauan. Itu yang membuatkan kita rapat sebenarnya.







Dan jika aku berkata,
berkatalah kepada kau tentang kebenaran persahabatan?
Sahabat adalah kemahuan cinta, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang aku taburi dengan kasih dan aku tuai dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan pendianganku.
Kerana aku menghampirinya saat hati lapa dan mecarinya saat jiwa perlu kedamaian.
Bila aku berbicara, mengungkapkan fikiranku,
kau tiada takut membisikkan kata "tidak" di kalbuku sendiri,
pun tiada kau menyembunyikan kata "ya".

Dan bila mana aku diam, hatimu tiada "kan henti mendengar kata hatiku";
kerana tanpa ungkapan kata,
dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat dan keinginan terlahirkan bersama
dengan sukacita yang utuh, pun tiada terkata.

Di kala berpisah dengan sahabat, janganlah berduka cita;
kerana yang paling aku kasihi dalam dirinya,
mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya,
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki,
nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatku.
Jika aku harus tahu musim surutmu,
biarlah aku mengenal pula musim pasangmu.
Siapakah gerangan sahabat itu sehingga aku sentiasa mencarinya,
untuk sekadar bersama dalam menempuh waktu?
Kerana dialah yang boleh mengisi kekuranganku, bukan mengisi kekosonganku.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria bersulam kebahagiaan.

Amin.

Intro


Hai semua. Good Night for Malaysian and Good Morning to others country (sebenarnya aku tak ingat negara apa sekarang waktu pagi. shuut). Okay as usual macam tak kenal aku kan? Alah yang comel comel tu. Haha okay perasan kejap.

Umum dah tahu kenapa aku dah tukar email blog plus link sekali. Complete change terus okay. Ye lah aku siap post semua dekat Facebook aku kan? Mesti yang ada profile aku ada perasan even tak comment pun. Tak percaya tengok bawah.




Nampak kan? Tipu kalau tak nampak. Sedih wehh. Blog yang aku bina sejak aku Tingkatan 3 hancur macam tu aje. Alah korang mesti ada cakap macam ni :

"Takat blog je pun. Bukan ada apa sangat"

Eh kau tak tahu macam mana aku rasa time blog ni siap memula dulu. Gembira tak terkata. Aku memang suka bab menulis nulis ni. Sebab tu karangan perfect (jangan nak kata aku tipu. karangan aku tak seperfect mana, tapi boleh dikata A lah. aiceh). Okay tu selingan aje. Dah blog ni canggih kan, so kita pakai perkataan "TAIP" okay.

Hm aku ada jugak tanya kawan yang lain. Diorang suruh aku check tu lah check ni lah, tapi orang yang block tu lebih pantas dari aku. Aku dah tak boleh nak trace dah apa semua. Aku tak ada lah nak menuduh sesiapa pun. Memang ada sikit terkilan tapi nak buat macam mana. Aku ada cerita jugak dekat baby. Tah dia cakap maybe ada perempuan ni (tak nak memalukan perempuan tu bila aku tulis nama dia). Aku memang tak suka kalau orang ada masalah dengan penyakit hati ni. Tapi aku 100% tak nak percaya apa baby cakap. Takut salah kang dah memfitnah orang kan?

Okay lah, akhirnya aku nak isytiharkan blog aku yang bawah ini telah berkubur. So hope apa apa, contact aku dekat sini. Follow lah blog aku yang ini. If ada update from blog lama, jangan percaya okay? Aku dah tak boleh on dah yang tu. So faham faham ye.


Okay, bye dan selamat malam.